Saturday, April 9, 2011

Preview oh preview: Liverpool VS Manchester City





Kekalahan pasukan kita di tangan pasukan bimbingan bekas Manager 'tersayang' kita,Uncle Roy pada minggu lepas sedikit sebanyak menjejaskan peluang kita untuk merebut slot terakhir bagi tempat di Eropah musin depan.Ini langsung tidak dibantu  bilamana kita mendengar  kecederaan demi kecederaan  melanda  pemain utama pasukan kita.Namun perlu diingatkan Anfield telah menjadi 'kubu' di bawah kendalian Dalglish yang tidak lagi tewas dalam 10 perlawanan di tempat sendiri.


Bagi saya posisi penyerang langsug tiada masalah dengan Carroll semakin cergas manakala Suarez seperti biasa setiap perlawanan setakat ini mampu menunjukkan magiknya melepasi lawan dan tidak henti-henti turun naik padang.Jika benarlah Dalglish tidak gemar menurunkan Maxis dan Cole,bagi saya posisi 4-3-3 lebih selesa dimainkan memandangkan ketiadaan pemain sayap tulen dengan Carroll diletakkan sebagai penyerang utama disokong oleh Kuyt di sebelah kanan  dan Suarez di kiri.


Gandingan Lucas-Meireles saya harap diteruskan,lupakanlah seketika niat untuk menurunkan Spearing kerana dia bukanlah pengganti Gerrard..Ketika melawan West Brom tempoh hari,boleh dikatakan Meireles langsung tenggelam bilamana diletakkan di sayap kiri manakala Lucas dan Spearing mungkin  terlalu gembira sain kontrak baru sehingga dibuli di kawasan tengah ,mentang-mentang laa badan kau comel macam Barney,Spearing.


Bahagian pertahanan inilah kelemahan kita yang paling ketara.Pemain senior yang tinggal hanyalah Carrrager,Skrtel,Wilson dan jugak,jeng...jeng...jeng.....hero baru Anfield, Kyrgiakos.Aurelio pulak dikatakan sudah mula training,harap-harapnya dia cergas sepenuhnya dan diturunkan untuk menambah dimensi serangan.Saya sudah tak sanggup lagi melihat insiden si ekor kuda tua Kyrgiakos  seperti digulung roti kirai oleh penyerang lawan.Itu baru saja Odenwingie belum lagi berhadapan dengan Tevez,Dzeko ataupun Balotelli yang kesemuanya pemain international.Saya harapkan Carrager berhentilah membuat terlalu banyak long ball kerana ia  mudah dibaca oleh pihak lawan.Buat 2 pemain baru yang diserap masuk ke dalam skuad utama,Jack robinson dan John Flanagan diharapkan mereka mampu membuktikan usia bukannya penghalang untuk berjaya.Kita harapkan mereka mengambil semangat Kelly yang  
sudah menunjukkan potensinya yang sebenar untuk bermain di peringkat senior.Harapnya, 'Riise' baru ataupun 'Phil Neal' baru akan muncul jugak di padang kita.


Akhir kata,saya cuma harapkan pihak pengadilan mampu berlaku adil dan insiden seperti di Howtron minggu lepas tidak berulang lagi.Perlindungan untuk pemain gagah seperti Carroll juga diperlukan,beliau bukanlah Hulk Hogan mahupun cicakman.Apapun,pemain-pemain perlu bermula garang dari awal wisel berbunyi sehingga penamat.Sebarang kesilapan kecil mungkin akan membawa padah bila berhadapan dengan pasukan seperti City ini.Go Reds go!!!!YNWA

2 comments:

  1. kita tenggok cam ner.. yang pasti mireles memang tak bleh duduk kat sayap, jangan sekali kali nak try bubuh kat sayap lagi, dan aku pasti spearing masih belum bersedia untuk menentang team besar lagi... better letak cole atau maxi kat sebelah sayap tolak balik mireles ditengah,

    walaupon carrol tinggi permainan bola lambung tak diperlukan.. ini bukan NBA, jangan takut aku pasti carrol bleh pakai kaki dia,

    Carrol adalh option kalau dapat corner bukan hantar bola tinngi dari tengah nak score cam ner...boleh paham lah antar bola tinggi dari tengah untuk set up suarez dapat bola, tapi..tapiiiii... aku rasa suarez pon tak mintak tolong ngan cara menyusahkan macam tu,

    lebih baik main hantaran bola bawah jer, memandangan Liverpool punya player tak ada kekuatan fizikal

    aku dapat tengok ketika seri bertemu Braga dan kekalahan Liverpool pada Westbromwich adalah kerana mengubah tektik semata mata kerana adanyer Carrol ditengah padang


    Harap harap Daglish boleh mencorak teknikal dalam serba kekurangan yang ada skang,

    ReplyDelete