Tuesday, August 30, 2011

Selamat Datang Sebastian Coates

Waktu game Liverpool vs Bolton

Akhirnya!!!! Selesai sudah urusan pembelian si tinggi lampai ni dan selesai juga masalah setiap posisi. Selamat datang ke Liverpool dan semoga maju jaya. YNWA.

Thursday, August 25, 2011

FT : Exeter 0-5 Liverpool




Kemenangan mutlak. Itu yang dapat saya katakan. Malas nk ulas panjang2 game tadi. Harap-harap rentak kemenangan dapat diteruskan untuk melayan kunjungan Bolton di Anfield. Semua pemain bermain dengan baik pada game ni. Tobat fan-fan team cilanat akan kat cam ni " Ala lawan team ayam boleh la". Lantak kat diorang la nak kata apa pon. Ada aku kesah. Menang tetap menang dan performance tetap perlu ditingkatkan. Suarez adalah yang terbaik dalam kalangan terbaik. 1 gol dan 2 bantuan gol. Memang menakjubkan. Harap-harap dia dapat skor lagi dalam game seterusnya. Boleh la point aku naik pulak minggu ni. hahaha. YNWA.

Arrivederci Aquaman....


Aquaman dengan sahnya telah berhijrah ke AC dengan kontrak pinjaman semusim dan AC mempunyai pilihan untuk membelinya andaikata beliau mampu membuat sekurang-kurangnya 25 penampilan dalam musim ini.

Berat hati saya untuk mengulas berkenaan pindahnya pemain yang betul-betul saya sanjungi ini.Dari zaman Rafa hingga King Kenny,tak seorang pun yang cuba untuk mengeksploitasi sepenuhnya potensi yang ada padanya.Kita mampu saja melihat aksinya yang pendek namun sangat efektif jika diberi peluang.Kecederaan serta kemangkuk-hayunan Uncle Woy loan beliau pada Juve membataskan peluang beliau menunjukkan taring dan belangnya.Boleh saja para peminat timbulkan isu kenapa pemain lain yang hanya perabih gaji kelab masih kekal sedangkan Aqua ditendang kiri dan kanan namun siapakah kita untuk mempersoalkan tindakan King Kenny?Lagipun,perpindahan ini mungkin jalan yang terbaik untuk kedua-dua pihak dan kita perlu ingat tiada pemain yang lebih besar daripada kelab.Akhir kata,dari pihak kami,selamat maju jaya Aqua dan ketahuilah bahawa once a red always a red.YNWA.

Monday, August 22, 2011

SELAMAT TINGGAL ABANG SOTO!


σας ευχαριστώ sotiros kyrgiakos!



Liverpool hari ini telah mengumumkan persetujuan telah dicapai dengan kelab jerman,Wolfburg untuk penjualan abang Spartan bertocang kita, Soto Kyrgiakos. Selama berkhidmad bersama pasukan kita abam soto telah membuat 49 penampilandan menjaringkan 3 gol. Pasti kita akan teringatkan permainan beliau yang serupa burung,gah di udara,palat di darat. Pembelian bek seperti Enrique telah mengurangkan keberangkalian beliau untuk bermain di sini. Agak baik juga beliau keluar, Cahill sikit masa lagi nak masuk kelab. Boleh beliau habiskan sisa-sisa kariernya di jerman yang indah.apa kisah, duit tetap masuk. Apapun selamat berjaya kepada abang soto, sanggup bersama di saat kita jatuh dan bangun selama ini. Semat pesan saya ini di hati anda, “you’ll never ever walk alone”.

Sunday, August 21, 2011

Apa Cerita Aquaman? Benarkah?




Desas-desus telah mengatakan pemain terbaik Juventus musim lepas yang telah dipinjamkan Liverpool akan mengangkat kaki keluar ke Milan. Benarkah ini akan terjadi? Kita hanya perlu nantikan sehingga pintu perpindahan musim ini tutup.

Aquilani adalah pemain yang telah dibawa masuk dari Roma oleh pengurus lama Liverpool, Encik Rafa yang dikatakan akan menggatikan tempat Alonso yang telah berhijrah ke Real dengan harga 20 juta. Tetapi pemain ini datang dalam kena cedera dan memerlukan masa untuk pulih semula. Musim pertamanya tidak menjadi disebabkan kecederaan dan telah di pinjamkan ke Juventus selama semusim untuk mengembalikan prestasi asalnya. Ternyata musim tersebut amat bersinar baginya di Juve. Mungkin mamat ni sesuai bermain di liga Italy.

Jika ini benar-benar terjadi, sedikit kerugian dan keuntungan akan diperoleh Liverpool. Kerugiannya, Liverpool akan kehilangan seorang pemain yang agak kreatif bagi saya dan saya suka corak permainan dia. Saya rasakan Aquilani dapat menggerakkan jentera serangan dari bahagian tengah dengan jaya dan jitunya. Kebolehan menghantar  bola jarak jauh memang menarik perhatian saya. Dia juga pemain yang lincah dan mempunyai skil tersendiri. Musim lepas saya selalu melihat permainannya untuk Juve dan saya rasa gayanya amat sesuai jika digandingkan dengan penyerang sensasi kita, Suarez. Jika dilihat pada aksi persahabatan yang lepas, permainannya cukup teratur dan mampu mengucar kacirkan pertahanan lawan. Contoh yang mudah saya bagi adalah pada perlawan menentang pasukan tanah air. Kemasukannya pada babak kedua begitu menggamit perhatian para peminat yang menonton pada hari tersebut. Saya salah seorang yang tidak terkecuali menyaksikan perlawanan tersebut di stadium Bukit Jalil. Boleh dikatakan peminat di sekekliling saya menjerit "tak payah jaul la mamat ni. masih berguna lagi khidmat dia". Dia sangat kreatif dan banyak melakukan lorongan merbahaya. Dan jika dia dikekalkan, mungkin dia mampu membuat banyak lorongan yang baik untuk Suarez. Suarez pula amat berbahaya jika di beri lorongan yang cantik kerana mamat ni pantang jumpa bola, pasti dia akan mengejar.

Untungnya, Liverpool dapat mengurangkan jumlah pemain tengah yang tengah bersepah sekarang ini dan dapat mengekalkan Meireles yang merupakan pemain terbaik pilihan peminat EPL musim lepas. Meireles juga sangat kreatif dan berbahaya. Contohnya pada aksi malam semalam. Gandingan dia dan Suarez cukup menjadi-jadi. Asakan demi asakan dapat mereka lakukan sehingga mengucar kacirkan pertahanan Arsenal. Arsene Wenger pun garu kepala. Jika Aquilani ingin berambus dari sini apakan daya, saya mungkin tak dapat melihat aksi dia bermain bersama Suarez. Itu adalah hak dia. Kalau pemain itu tidak ada hati lagi dengan kelab lebih baik bagi dia berambus. Kalau dia stay lagi, mungkin dia tidak akan bermain bersungguh-sungguh macam Tor#@s. Tapi kita harus ingat sumpahan Bill Shankley terhadap pemain yang berangkat keluar. Tak ada seorang pon yang berjaya melepasi sumpahan ini melainkan Alonso sebab dia memang layak untuk menggugurkan sumpahan tersebut. Setiap pemain yang belah dari Liverpool tak akan berjaya seperti mana yang pernah mereka kecapi sewaktu di Liverpool. Biarlah apa pun yang terjadi Aqua berhak menentukan segalanya untuk kariernya. Pemain masuk dan pergi. Duit jualannya boleh dijadikan modal untuk mencari pemain lain. Semoga anda berjaya di kelab baru. YNWA.

p/s: jgn dok caya sgt sumpahan Shankley tu. saja nak melawak. berdosa kalau percaya. huhu 

Saturday, August 20, 2011

FT: Arsenal 0-2 Liverpool

Credit untuk Liverpoolsensasi sebab saya balas gambar ni.huhu

Reina
Kelly - Carragher - Agger - Enrique
Kuyt - Lucas - Adam - Downing
Henderson
Carroll



Malam ini telah membuktikan sumpahan ke atas tempat Arsenal memang benor nipunye. Ingat bagus ke main-main dengan sumpah ni. Dan terbukti gandingan Raul dan Luis sangat-sangat berbisa lagi berduri. Terkencing cikgu tadika tengok depa dua ni main. Siap boleh gelak-gelak lagi depa ni main. Jangkaan para peminat juga betul yang Liverpool boleh main-main dengan meriam. Maklum la bulan posa memang syok main meriam. Dengan ketiadaan beberapa tonggak utama akibat sakit tersalah makan waktu buka posa dan juga kehilangan ketua kelas, Cesc yang sudah melanjutkan pelajaran ke universiti Barcelona sedikit sebanyak telah membuka ruang untuk bermain-main dengan adik-adik kecil ni.

Babak pertama bermula agak suram dan permainan lebih banyak dikuasai oleh adik-adik. Saja ja nk bagi depa ni syok main-main dulu. Kalau skor awal-awal satgi nangis terguling-guling pulak. Abang-abang pun ada rasa perikemanusiaan jugak. Kesian kat adik-adik nak main tak puas pulak satgi. Permainan kembali rancak ketika penghujung babak pertama. Abang-abang dah tak larat nak tunggu adik skor. Liverpool banyak juga mengasak pada akhir babak nak tunjuk kat adik macam mana nak main. Kesudahan babak pertama 0-0.

Babak kedua menyaksikan abang-abang masih mencari jalan nak main-main dengan adik lama-lama sikit. Akibat kebosanan melihat abang bermain dengan adik, King memberikan ramuan istimewa untuk adik-adik dengan memasukkan abang long Suarez dan abang ngah Mereiles bagi menjaga kawasan hadapan. Ternyata ramuan itu telah membuatkan cikgu tadika ternganga dan rasa kesal sebab anak muridnya telah menjaringkan gol sendiri. Bebal tak boleh skor dekat gawang abang Reina, sumbat gol sendiri pon boleh la. Adik Frimpong sudah tak mau main dan bebal lalu di berikan kad merah kepadanya untuk menghantar dia pulang ke tepi padang minum air. Keluarnya Frimpong menampakkan kejelesan kawan-kawannya yang lain yang ingin mengikuti jejaknya keluar padang, adik-adik sudah tidak bermaya untuk bermain sehinggakan depa terleka dengan gandingan abang long dan abang ngah yang baru masuk. Sekali lagi gandingan terpadu malam ini membuahkan hasil dengan abang long menjaringkan gol kedua perlawanan dan gol keduanya untuk dua perlawanan berturut-turut. Kekecewaan cikgu tadika tampak jelas dimukanya. Siaplah hampa budak-budak oi, malam ni tobat kena rotan. Begitulah kisah abang yang mengajar adik bermain bola.

Jangkaan saya tepat pada malam ni dengan mengatakan Liverpool akan menang 0-2. Tetapi sayangnya saya tak sempat untuk meneka dalam peraduan yang di anjurkan oleh tuan empunya Liverpoolkita kerana ada hal sedikit di luar kawasan. Saya rasa permainan Henderson tak begitu menjadi begitu juga dengan Caroll. Depa perlukan sedikit masa untuk serasi. Percaturan King malam ini begitu menjadi-jadi dengan memasukkan Suarez pada pertengahan babak kedua. Suarez adalah pemain yang cukup bersemangat untuk menjaringkan gol dan dia berhak untuk itu. Permainan menjadi pantas selepas kemasukan Meireles dan Suarez dan terbukti Meireles berhak untuk tempat 1st eleven. Saya harapkan Liverpool akan meneruskan rentak kemenangan ini sehingga ke hujung musim. Semoga maju jaya. YNWA.

Friday, August 19, 2011

Preview oh preview: Arsenal VS Liverpool


Udara-udara optimistik sudah mula menonjolkan dirinya di Kota London.Dengan skuad yang hampir penuh(Johnson dan Gerrard pakat ambik mc balek raya)maka sudah semestinya kemenangan mutlak yang diharapkan peminat setelah berkurun lama 3 mata penuh tak pernah kunjung tiba menentang team meriam besi ini.Arsenal bakal memulakan hidup tanpa figura penting yakni Fabregas,Clichy dan sudah pasti Nasri yang hampir pasti berambus dari kelab ini.Tambah lagi masalah bila ramai pemainnya beratur panjang untuk berjumpak dengan doktor.Namun,janganlah kita sama sekali terpedaya dan mudah underestimate pasukan ini ynag semua orang tahu merupakan 'second barcelona' team.Gabungan Ramsey,Walcott dan Persie boleh saja melukakan hati kita..Dan jangan pulak dilupakan Arshavin yang merupakan nemesis terbesar kita selepas Alex Ferguson!Saya jugak sangat nanti-nantikan aksi Chamberlain yang dikatakan sangat,sangat wonderful itu.

Liverpool bakal bersedia dengan skuad yang mungkin lebih baik dan bertenaga daripada ketika menentang Sunderland tempoh hari.Jangan kita lupa yang Enrique baru saja check-in sebelum terus diserap masuk ke dalam skuad manakala Suarez pula masih lagi pening-pening lalat dek penangan parti liar meraikan kemenangan Copa Amerika.Setelah seminggu penuh skuad ini berlatih bersama,sudah pasti momentum penuh bakal diperoleh.King Kenny saya sangat-sangat harapkan menggantikan Flanagan yang sudah hilang toniknya dengan Martin Kelly kerana beliau mempunyai fizikal,tenaga dan jugak lebih matang dalam membantu serangan dan pertahanan.Gabungan mantap Carragher-Agger pula pastinya tak berubah dengan Agger diharapkan rajin-rajinkan diri cuba untuk mara ke depan test nasib.Enrique pulak pastinya perlu all-out dan bersedia lumba lari dengan Walcott sepanjang perlawanan.

Henderson yang agak kecewa menentang Sunderland mungkin ditukarkan dengan Kuyt yang lebih banyak makan garam di sayap kanan manakala Downing di sayap kiri.Barisan tengah pula saya impikan Adam dan Lucas bergabung membuli dan mengasak barisan muda belia Arsenal sehabis baik kerana kekuatan terbesar Arsenal adalah di barisan tengah.Adam jugak perlu mengambil kesempatan atas kelemahan set-piece Arsenal dan banyak membuat long diagonal ball kepada Carroll seperti match tempoh hari.Carroll sudah pasti ingin menunjukkan tag 35 jutanya kepada penyokong dan saya sangat harapkan Koscielny dan Vermaelan tak lena malam kena baham dengan beliau dan Suarez.

Akhir kata,moga-moga perlawanan ini membuka mata semua pihak bahawa Liverpool masih berbisa dan unggul.Mohon permisi.YNWA

Tuesday, August 16, 2011

Rangkuman Pembelian Pemain


  • Jordan Henderson
  • Charlie Adam
  • Stewart Downing
  • Doni
  • Jose Enrique







Saya minta maaf banyak disebabkan keterlambatan untuk mengupdate blog. Maklum la terlalu banyak urusan sehinggakan terlupa untuk meluangkan sedikit masa bersama blog ni. Apapun kita hanya mampu merancang tapi Dia yang tentukan.

Berbalik semula kepada tajuk asal entry saya, saya di sini ingin merangkumkan pembelian yang dibuat pada pintu perpindahan kali ni yang bakal melabuhkan tirai pada 31 Ogos ni. Setakat ini pembelian yang di buat oleh King dan Comoli saya rasakan adalah yang terbaik dan terganas. Pemain sulung yang di bawa masuk Jordan Henderson. Beliau adalah pemain terbaik Sunderland musim lepas. Berikutnya Charlie Adam bekas Kapten pasukan Blackpool yang saya rasakan pemain terbaik Blackpool smusim lepas. Seterusnya Doni dari As Roma yang akan memangku tugas Reina. Kemudian pemain sayap terbaik Villa Stewart Downing. Dan yang terbaru dan termantop, pemain bek kiri terbaik EPL Jose Enrique telah selamat dan lulus ujian kecergasan dan berkemungkinan dia bakal di turunkan untuk menggantikan Jonhson pada perlawanan sulung menentang pasukan Sundal di Anfield.

Saya rasa bukan setakat itu sahaja pemain yang akan di bawa masuk ke kem latihan Melwood. Rumours setakat ini mengatakan Gary Cahill pemain dari Bolton akan masuk dgn nilai perpindahan 12 juta dan Ngog akan dijadikan barang cagaran kepada Bolton. Bolton sekarang terdesak untuk mencari peganti Sturidge yang sudah kembali ke Chelsea. Sebab tu depa mintak Ngog sebagai tambahan. Saya rasa tak ada salah pun meepaskan Ngog ni. Kalau dia duduk di Anfield pon mungkin dia tak akan naik. Mana lah kita tau kot-kot dia pi Bolton rezeki dia maju, jadi striker tebaik ka, boleh main dengan pasukan kebangsaan ka, Barca dengan Real berebut dia ka. Sapa tahu? Tapi saya rasa sampai sekarang pemain yang keluar dari Anfield tak pernah Berjaya melainkan Xabi Alonso. Mungkin ini adalah sumpahan Bill Shankley.

Apapun kami sebagai penyokong amat berterima kasih kepada owner kerana sanggup mengeluarkan pitih yang begitu banyak untuk menaikkan semula Liverpool ke takhta liga. Dan kami mengharapkan yang terbaik dan termantop daripada semua pemain Liverpool. Sinar kemenangan rasanya sudah kembali menempat di Liverpool dan Liverpool kini kembali menjadi pencabar musuh tradisi, Menyu dan seluruh pasukan EPL. Selamat kembali ke zaman kegemilangan dan teruskan perjuangan. YNWA.