Wednesday, April 27, 2011

Gosip sana gosip sini


"eh eh janganlah camni bang,malulah saya kena posing depan fan"


Anda kenal dengan pemain muda ini?Dia adalah Phil Jones,19 tahun,seorang centreback yang sangat klasik.Kenapa dia dikatakan klasik? Walaupun ketinggian dia hanya 1.80 m(tak tinggi dan renjong macam crouch),namun badannya memang cocok dan ideal bagi seorang defender(tak boroi dan tak keding).Dia jugak ada disamakan dengan kapten england sekarang,John Terry kaki curang dari segi keupayaan membaca permainan dan agresif mengawal kawasannya.Walaupun dia masih tak menjaringkan sebarang gol untuk blackburn,namun kita perlu ingat dia hanya berumur 19 tahun.Banyak lagi ruang dan tunjuk ajrku sifu mampu diberikan oleh Kenny dan staf-stafnya andai kita berjaya mendapatkannya.Ditambah pulak kita ada pasangan pakar tanduk-menanduk,Kyrgiakos dan Carroll.Maka saya rasa tiada masalah bagi aspek itu.

Dilaporkan Kenny ditemani oleh Damien Comolli sempat teropong belia ini bermain menentang manchester city dan dikatakan kedua-duanya sangat tertarik dengan gaya permainannya walaupun tewas 1-0.Baru saja mereka dok syok,tiba-tiba depa dapat tau rupa-rupanya pasukan iblis merah jugak tengah mengusha dari tirai kamar.Iblis merah dengarnya sedang merancang untuk menyatupadukan dia dan Smalling,partnernya di england bawah-21 di kawsan bek tengah untuk tahun-tahun akan datang andai Vidic dan Ferdinand mati kena gelek treler.Dengan kemati-pucukan pemain kita seperti Agger,Kelly dan Carragher kadang-kala,tak termasuk Kyrgiakos yang tak mampu bermain pun di bahagian bek(striker lebih sesuai tapi kena beli Delap),maka memang Jones sangat menyamai dengan ciri-ciri yang dimahukan oleh pemilik kelab.

Bagi saya,selepas beberapa kali melihat dia bermain,memang dia kelihatan seperti prospek masa depan yang ada kelas gituu.Namun,apa akan berlaku kepada player-player kita yang diloankan ke kelab-kelab lain seperti Ayala,Mavinga dan Darby?adakah bakat mereka akan terkubur begitu saja?Saya tinggalkan soalan itu untuk dijawab oleh Kenny musim panas ini.YNWA.

Tuesday, April 26, 2011

"Saya tak akan masuk team iblis"!-Reina the Legend


"Torak,sampai hati kau tinggalkan ana di sini seorang diri.Tolong ana,...bantu ana....,ana anak yatim piatu"


Begitulah sedikit keluhan manja Pepe bila Torak meninggalkan beliau seorang diri untuk ke team curang.Hanya beliau seorang yang tinggal dan terselamat daripada setrilion armada sepanyol yang dibawak oleh tongkang Uncle rafa.Tapi itu dulu,skrg ni beliau sudah mula terbayang piala2 yang bakal dijulangnya pada musim2 depan andai beliau setia untuk bersama dengan kita.Keeper yang berharga 20 m ini kekal optimis dengan prospek pemain-pemain seperti Ashley Muda atau M'Villa yang kita tahu bertaraf empat setengah bintang akan kelihatan di padang anfield summer ini.Berikutan itu,kami sempat membuat temuramah di halaman rumah flatnya di kampung Baru.Mari kita tengok apa kata-katanya;


KOMRAD REDS:ok abang Pepe saya mula dengan soalan ringkas dulu.Betulkah abg tak nak pindah ni?Saya macam tak yakin jer.Bukan abg selalu dok rindu torak kaa?


ABG PEPE:Issyy ana nak tnya ni.Pernahkah ana berbohong?anta pernah tengok ka?Ana masih sayangkan kelab ni yang banyak tolong ana,tolong bayar duit ana pinjam kat along,bayar duit saloon rambut ana,bayar duit ni,bayar duit tuu.


KOMRAD REDS:Ok saya nak tanya berapa kelab yang dok usha abg pepe?saya sampai dengar pengetua taska pasang cctv kat rumah abg lagi.Ada benarkah?


ABG PEPE:Laju betul korang eh tahu berita ni.Memang,memang betul berita ni.Pengetua taska suruh anak bongsu ana yang mengaji kat taska dia pasang kamera dalam bilik ana.Tentang kelab tuu,jap eyh,tunggu sat(sambil gunakan kalkulator saintifik).Haaa ada laa dalam 10 kelab.Kelab dalam eropah aja dikira,yang lain ana tolak siap-siap.


KOMRAD REDS:Apa pesanan abg untuk semua?


ABG PEPE:Ana harap semua pembaca blog ni doakan torak skor 100 bijik  kat chelshit.99 bijik own goal.Dan kepada orang tua fergie,kau pergi laa cari orang lain.Ana tak hingin nak join angkatan iblis tuu,mintak maap banyak-banyak.




Maka,selepas terasa mukanya diterajang oleh kata-kata abg Pepe,orang tua itu mula mencari serta merayu kepada keeper lain.






"adik,adik tengok laa muka abang ni.Abang nak offer kontrak ni.Bukan senang abang nak mai jauh-jauh camni."

"sori,saya tak minat jadi anak ayam"


Pencarian pun terus berlanjutan nampaknya.YNWA


Monday, April 25, 2011

Kemenangan Besar



"Ko tau dak, kita xpenah menang besar lagi musim ni, klau Pak Cik Roy yg pegang korang sahih xdapat nak menang sebesar ni."kata king kpd Maxis.
"Bos betul la bos. Memang Hampeh la Klau dia yg pegang. Saya pon xbleh buat hatrik. Terima kasih bos bg saya main. Saya akan buktikan yg saya memang hebat dari Messi sbb saya Maxis." balas maxi.
"hahahahaha", mereka ketawa.


Saya rasa dah lama tak menulis dalam blog ni. Terima kasih buat sahabat-sahabat penulis yang lain Amirulez dan Zaid Kuyt yang banyak membuat entri dalam blog ni. Saya ambil masa sikit untuk menambah entri dalam blog ni walaupun sibuk. Sibuk sehinggakan tak sempat nak menonton game lawan Birmirgham hari tu. Tapi tak pa saya dah tgk yang ulangan punya. Siap dah download lagi. Hehehehe..

Saya rasa Liverpool sudah lama tidak menang besar lebih dari 4 gol. Terakhir adalah pada perlawan menentang Hull pada musim 2009/2010 kalau tak silap saya laaa. Kita menang 6-1 dan hatrik juga di hasilkan pada perlawanan tersebut yang di buat oleh ex-strikas kita Tores.

Saya harapkan momentum kemenangan akan diteruskan. Biar pasukan kita menjadi pasukan yang di takuti oleh semua. Dan saya mengharapkan King akan bersama dengan kita. Terlalu banyak percaturan dan jasa yang diberikan oleh King. Jasamu dikenang King.

Kita dapat lihat bagaimana King berjaya menaikkan pemain-pemain muda. Kelly, Flanagan, Robinson dan Spearing adalah contoh di mana King berjaya membuktikan akademi Liverpool adalah yang terbaik. King juga telah berjaya menjadikan Lucas seorang pemain yang dahulunya dikeji dan sekarang dipuji peminat. King banyak mengubah rentak dan percaturan pasukan kita. Terbukti King adlah legend kita. YNWA (asgard).

Saturday, April 23, 2011

FULL TIME:Liverpool 5 vs 0 Birmingham City



"Bos kasi laa saya main lepas ni,janganlah kedekut,saya tere dari Messi lagi"


No Gerrard.No Carroll.No problem.Terbaik dari ladang performance Liverpool hari ini.Luar biasa hebatnya,kegembiraan ini ditambah perisa pulak bila aku dengar pasukan ayam sekadar seri menentang team pakcik Roy.Memang legend lah pakcik.Nampak sangat dia masih sayangkan Liverpool.

Kepada para pelanggan celcom baik hampa tukar la cepat-cepat ke Maxis.Tengok malam ni ,dia naik sheikh skor hatrik.Semua game yang dia skor setakat ni semuanya menang.Memang hang tuah betul mamat ni.Ada guna lagi pemain macam dia ni,harapnya janganlah dijual.Baik jugak dia diturunkan kerana dia lebih tangkas berbanding Carroll.Hasilnya,naaaaahh 3 bijik!Malam ni sekali lagi Kuyt terpaksa ambik sempoa kira berapa bijik dah dia skor musim ni.Suarez?memang dia tak dak luck sekali lagi.Terpegun den tengok dia sepak silang kaki tadi.Tak kisahlah dia skor ataupun tak janji dia bermain elok dan tak mengecewakan penyokong.Okey lah tu boleh assist sampai 2 bijik.

Hakikatnya,Birmingham memang macam tikus nak kena ngap dengan kucing jaa sepanjang perlawanan.Ditambah dengan psikologi dimainkan oleh penyokong,den dah nampak kita nak menang besaq lepas gol kedua.Kenny memang pakar formasi.Beliau gunakan posisi diamond pada awal perlawanan untuk membolehkan Meireles menggunakan kebolehannya supply bola untuk unit serangan.Kemudian ditukar pulak kepada  formasi 4-4-2.Spearing-Lucas sudah menjadi seperti adik-beradik nampaknya.Main sambil bertepuk-tampar pun tak goyang.Den ternampak Abang Gerrad jeles melihat dua midfield itu meniru gaya permainannya.Manakala dua fullback muda,bergaya lagi hebat itu masih kekal cemerlang.Apa yang aku suka dua budak ni main macam EPL tuu gelanggang mainan depa waktu kecik-kecik.Naik turun,overlapping,terjahan keras dan banyak lagi.Hleb pun kena buli dengan Robinson.Reina pulak hari ni sibuk praktis meninju bola,itu pun hanya dua tiga  kali saja.Jonjo saya lihat memang punya gerakan seorang midfielder yang boleh kita harap.

Apa yang kita boleh dapat hari ini;

  1. Pemilik tunggu apa lagi,bagi ja jawatan pengurus tu kat Kenny cepat-cepat.Sudah jelas dia paling layak dan tampan untuk mengembalikan zaman gemilang kita.
  2. Gaya 'pass and move' sudah nampak dari game ke game di bawah Kenny.Cuma perlu konsisten dan terapkan gaya ini di game away jugak,bukan sekadar kuat di home.
  3. Flanagan,Robinson dua-dua boleh pakai.Kalau beli LB musim depan jangan lupakan mereka langsung
  4. Suarez kena kurangkan komplen macam Kuyt.Tapi kualiti yang dia ada memang sempoi.
  5. Maxis tuu masih boleh main backup player.
  6. Tempat ke eropah bukan mustahil.Ingat,pasukan ayam masih perlu lawan Chelsea,City dan pasukan kita.
  7. Sapa perlu Messi bila kita ada Maxi???YNWA

Preview oh preview: Liverpool VS Birmingham City




Reina
Flanagan-Carragher-Skrtel-Aurelio
Lucas-Spearing
Meireles
Kuyt-Carroll-Suarez



7 match tanpa kalah menentang pasukan kita.Ermmmm boleh tahan kebal jgak team Pak Alex ni.Namun semuanya tak mustahil kerana bola itu bulat,apa-apa saja mungkin berlaku.Tak perlu contoh jauh-jauh,usha saja keajaiban waktu lawan pasukan taska.Bak kata pepatah dulu-dulu,impossible is nothing.


Berbalik kepada fokus utama kita yakni tentunya perlawanan menentang Birmingham malam ini.Berbekalkan rekod bersih tanpa kalah di padang anfield di bawah asuhan Kenny,sudah pasti semua orang mahukan kemenangan malam ini.Dengan lampu picit sibuk menyuluh ke arah kemunculan bakat-bakat muda skuad sepanjang minggu ini,kita jangan terus lupa dan alpa.Mungkin saja juara mengejut Piala Carling ini bisa menunjukkan taring mereka seperti yang dilakukan ke atas pasukan taska tempoh hari.


Kenny saya jangkakan akan terus memberi sepenuh kepercayaan kepada Flanagan dan Robinson untuk mengisi slot full-back.Carragher dan Carroll pulak tak pasti turun ataupun tidak.Tapi kita jangan risau kerana kita kan masih ada Ngog.Pak Alex lega besar bila bek Republik Czech mereka,Jiranek  sudah cergas untuk bermain di sisi target Liverpool,Roger Johnson.Ini jugak peluang untuk kita lihat bagos sangatkah beliau ni sampai dikatakan Kenny terguling-guling merayu kepada pemilik agar membelinya.Raul pastinya masih riak di atas anugerah yang dimenanginya.Selalunya orang riak ni main betoi-betoi takut kena kutuk pulak nanti.So,saya rasa dia boleh main elok malam ni.Carroll pulak harapnya tak laa jadi cam pungguk rindukan bulan,kena lebih banyak bergerak dan agresif.


Pemain tumpuan malam ini semestinya Luis Suarez yang sangat senyap pada perlawanan sebelum ini.Saya optimis dia akan bermain cemerlang di hadapan penyokong sendiri.Satu lagi nama yang memang saya risaukan pulak adalah Craig Gardner.Mamat ni memang makin menjadi-jada sekarang ni.Ada peluang saja dia skor.Gandingan Lucas dan Spearing kena rangka strategi kasi pemain ni menangis macam Fabregas hari tuu.Jangan bagi ruang dia bergerak bebas.Mujurlah Zigic dan Jerome cedera,kuranglah lah sikit ancaman dari udara yang bek tengah perlu hadapi malam ini.


Itu saja liputan kami di sini.Pakat pakat tengok laa jadi apa malam ini.YNWA

Thursday, April 21, 2011

Raul Meireles-Pemain Terbaik Tahunan PFA pilihan peminat

''Errrmmmm lawa jgak ref pompuan tuu,men kenyit2 mata plak.I like mat rempit!"





Ada sedikit warna warni kehidupan yang kita dapat sepanjang dia bermain untuk kita musim ini.
  1. Terima kasih daun keladi Pakcik Roy kerana tergerak hati dan ambil tahu nak beli dia dulu.
  2. Sememangnya pembelian berbaloi-baloi sedangkan kualitinya saya rasa berharga 15 m ke atas(pandai pakcik pujuk rayu Porto juai murah).
  3. Kenny makin sayang kat dia sebab tolong skor 5 gol untuk dia tambah-tambah gol lawan team curang.
  4. Letakkan dia main  'free role'.Jelasnya jangan letak dia men wing sebab dia tak boleh men kat situ dan  tak suka dok bahagian tepi padang sebab orang asyik maki tatu dia.
  5. Rindu kat Alonso makin kurang sebab kita ada mamat ni walaupun gaya permainan tak sama pon.
  6. Musim depan kenny kena kasi dia makan makjum banyak-banyak agar selalu konsisten dan tak cedera.
  7. Nanti dah ada gandingan Aquilani-Meireles rasanya Abang Gerrard leh goyang kaki layan bini kat umah.
  8. Kekuatan fizikal kena pertingkatkan.Habis musim ni Raul kena pergi daftar nama kat kelas senamrobik Abang Kyrgiakos kasi player lain cuak sikit tengok otot dia.
  9. Cuti panjang ni Kenny kena suruh Carroll berlatih bola lambung dengan dia biar ternganga keeper nanti.
  10. Suruh dia ajak CR mai join kita.
YNWA

Tuesday, April 19, 2011

KING KENNY BEBAS PERTUDUHAN


pengurus tadika tidak puas hati


(dialog hanya rekaan semata-mata)

PENGETUA TADIKA: Hey Hey Hey! Aku tak percaya cinta…ehh...Hey Dalglish! Kau buat syok apa. Aku tau la kau ni lejen pon. Tapi tu bukan penalty.

KING KENNY: Piss on you!(peace on you sebenarnya)

Begitulah serba sedikit perbualan yang dapat wartawan Komrad Reds, Aizat Khooo rakam sejurus selepas perlawanan tempohari tamat. Kata aizat lagi, “kalau ikut mmng aku nak lempang ja wenger tu,nasib baik ni tempat orang…khoooooo khooooooooo!”. Wah bagus aizat! Semangat inilah yang skuad KOMRAD REDS mahu.
.
Ramai yang sudah salah faham dengan tindakan King Kenny. Sebenarnya dia nak bagi salam dekat pengetua tadika ni(peace on you) walaupon jelas beliau mengangkat tangan dan membuat muka ketat ala-ala orang kalah judi. Tengok tu,memang lejen la King Kenny. Walaupon kena provoke dan maki, masih bagi salam dekat manager lawan. Salute!

Yang patut kita barankan adalah, pihak penyokong Setan Merah telah menyamakan tindakan KK dengan Wayne Rooney yang telah di banned 2 perlawanan kera mencarut semasa mengaji. Mencarut di depan kamera maksod saya. Saya memang tidak amek port menatang ini. Nama pon syaitan,apa boleh buat. Dengki itu biasa. Jurucakap FA(tiada nama) mengulas..

“apa ke bangang nya fans man u ni. Tau la tak puas hati team mereka tersungkur dengan rival sendiri.kat wembley plak tu. Boleh ke samakan tindakan King Kenny dengan Wayne Rooney.”

KOMRAD REDS: Jadi abang jurucakap,apa tindakan dari FA,? Boleh abang kasi tau?

ABANG JURUCAKAP FA: mana sama apa yang king Kenny dengan rooney buat. Rooney sengaja maki depan kamera. Jelas pulak tuu. Kesian dekat para ibu bapa. Anak-anak telah didedahkan dengan perkataan kesat. Abang sedih tau. King Kenny pulak dia Cuma cakap secara spontan. Dah pakcik tadika tu kata kat dia dulu. Abang rasa dia bukan sengaja.

Fark! uduhnya aku dalam tv.! Kng Kenny tak sama dengan I ok. Dia lejen, aku ni shrek jee.


KOMRAD REDS: ooo…abang jurucakap tak rasa ke KK tu bagi salam dekat Wenger, tapi diputar bellitkan oleh para wartawan

ABANG JURUCAKAP FA: ermmm..boleh jadi jugak

Jadi para penyokong man u,janganlah kerana idola mu buat onar, kelab sebelah pon kau nak kasi tempias. Pikir dulu sebelum bersuara. Belasungkawa untuk kekalahan korang keh keh keh…

Monday, April 18, 2011

Gosip sana Gosip sini(RUANGAN BARU)


Dari kiri:Hugo Lloris(Lyon),M'vila(Rennes),dan Sakho(PSG)


Ya ,gosip terbaru yang kita dengar mengatakan Dalglish berminat untuk mendapatkan ketiga-tiga pemain kebangsaan Perancis ini.Aik,keeper pun ada.Hangat!hangat!Ini menambahkan spekulasi bahawa sememangnya Liverpool dengan sepenuh hati dan jiwa sudah bersedia andai takdir telah menentukan jodoh Reina dengan Liverpool sudah tiada.Jom kita lihat serba-sedikit tentang pemain-pemain ini.Check it out....


HUGO LLORIS(GK)-Sememangnya pemain yang layak untuk menggantikan Reina sebagai goalie   kita.Tangkas bertindak,bagus dalam situasi one on one dan berkepimpinan(merupakan naib kapten  bagi Lyon dan Perancis,bukan ketua rumah sukan mahupun pengerusi BADAR).Merupakan keeper tahunan bagi Liga 1 Perancis bagi 2 tahun berturut-turut.Berumur 26 tahun.
                          
Nilai anggaran-20 m

 M'VILA(CDM)-Mempunyai susuk fizikal dan gaya permainan ala-ala Mascherano.Memang menepati kehendak kelab yang mahukan pemain muda berbakat.Kekuatan yang ketara bagi dirinya adalah susuk fizikalnya serta berbakat melindungi kawasan pertahanan dengan baik.Sememangnya Liverpool akan menggunakan wang hasil penjualan Aquilani jika benar,sohih dan mutakhir berita ini.Baru berumur 20 tahun.

Nilai anggaran-18 m

SAKHO(CB/LB)-Dikatakan bakatnya menyamai Gallas(kulit dah sama pun).Boleh bermain sebagai bek kiri tetapi selalu diletakkan di bek tengah kerana fizikalnya yang tegap dan tinggi.Bagus di udara dan pandai membaca permainan.Juga mempunyai 'bateri' yang tahan lama seperti Kuyt dan jarang injured.Pernah menjadi kapten termuda dalam sejarah liga 1 perancis(berumur 17 tahun ketika itu).Mempunyai peminat serata eropah terutama Arsenal yang mengejarnya tak dapat-dapat dari dulu.Sekarang berumur 21 tahun.

Nilai anggaran-15 m


Secara zahirnya,saya rasa LLoris itu sangat ideal bagi menggantikan Reina yang makin kesunyian kerana tak dak kawan di sini.Manakala bagi M'vila pulak saya rasa tak perlulah beli kerana kita sudah ada Lucas dan Spearing.Simpan saja duit itu untuk membeli midfield yang mampu menggantikan Abang Gerrard.Kita hanya perlukan midfield kreatif saja yang mampu 'menari-nari' dengan bola seperti yang dilakukan oleh Nasri ataupun bekas pemain kita,Benayoun.Untuk Sakho,saya rasa memang patut dan harap-harapnya Liverpool akan mengejar pemain ini sesungguh hati kerana ramai pemain pertahanan kita kian kudung,Carragher pulak macam sardin hampir expired.Persaingan dari seteru terdekat EPL pun ada kerana pasukan taska pun gila-gila mahukan khidmatnya.Itu yang mampu saya kongsikan.Pendapat anda bagaimana pulak?YNWA

Sunday, April 17, 2011

FULL TIME:Arsenal 1-1 Liverpool









"Yeaahhh,bukan takat baju jaa  aku boleh bagi,spender pun boleh laaaa"




Sebelum saya mula berceloteh panjang,mari kita lihat dulu komen pengurus pasukan taska yang memang tunggu masa saja untuk bertinju dengan Kenny.

“It wasn't a penalty. Lucas stood in his way and stopped his run to got to the ball. It's not a penalty.

“We conceded the penalty after 11 minutes and injury time was eight minutes. I don't see where the extra three minutes time came from and I don't think it was a penalty.”

The 61-year-old also claimed Liverpool arrived at the Emirates 'only to defend' but accepted his side looked jaded and struggled to create chances.



Owh...begitu rupanya alasanmu wahai pakcik Wenger.Dengan mentaliti dan alasan yang dia berikan,saya sudah nampak kenapa kemarau piala Arsenal akan terus berlanjutan.Ok,memang kita lihat Liverpool bermain bertahan dan hanya sekali-sekala saja mencuba tapi padanlah dengan masalah yang dialami.Jack robinson,Jay Spearing,Flanagan,Jonjo serta Kyrgiakos kesemuanya bukannya 1st eleven pasukan sedangkan Arsenal dari goalie hinggalah penyerang rata-ratanya pemain intenational.Mengaku saja yang pasukan kamu tuu tak cukup 'ngam' lagi nak bergelar juara.Yang lebih menariknya,ketika Liverpool dan Chelsea menewaskan MU,tak segan silu pulak pasukan taska ni sekadar seri.


Sudah cukup rasanya luahan dan leteren saya kepada orang tua tuu.Cakap banyak pun tak guna jugak.Kita berbalik kepada perlawanan semalam.Mendebarkan.Penuh dengan drama.Tengok gerak khas pun tak tercabut jantung macam ni.Dan dengan sepenuh ikhlasnya saya memuji persembahan mantop barisan belia diketuai oleh Spearing,pemain terbaik perlawanan.Walaupun asyik diasak bertubi-tubi dari minit pertama lagi,namun perlu dibanggakan yang Arsenal hanya mampu menembusi gawang kita dengan jaringan penalti sahaja.Siapa kata taktik parking bas di depan palang gol tak mampu dapat mata?


Aurelio memang kaki batang mancis.Tak sampai pun separuh masa pertama sudah terkedek-kedek keluar.Mujurlah penggantinya,Robinson pun bukan calang-calang orang.Walcott pulak harapkan laju tapi crossing hancuq.Last-last Walcott mati akai dan tunduk malu apabila ditukarkan.Mujurlah Kyrgiakos pun tak buat perangai lamanya dan teguh menjadi benteng di barisan belakang.Flanagan masih tetap maintain cool walaupun kadangkala digula-gulakan Nasri.Dan yang kerap diperkatakan gandingan pemuda berdua ini,Spearing-Lucas.Dengar saja tak komersial namun tetap menonjol.Patutlah sampai Newcastle pun merisik khabar tentang Spearing ni.Jonjo pulak,ermmmm no komen.Yang pastinya permainannya memang lingkup tapi terima kasih daun keladi kerana memberikan sumbangan mendapatkan freekick saat akhir perlawanan.Mungkin masih awal untuk menilai dirinya.Dari bayang muka Meireles,nampak sangat yang dia amat merindui abang Gerrard.Abang,bila kau nak main balik?


Suarez pulak separuh masa pertama bermain amatlah hodoh.Passing kat pasukan lawan,dribble tersangkut dan kerap berleter.Namun selepas dia menukar kasutnya pada masa rehat,kita sudah ternampak kelibatnya yang lama.Kuyt memang tanpa disangkal terbaik dari ladang.Mesti T@#!$ jeles bangat tengok aksinya di sini.Carroll bermula garang tapi akhirnya dia semakin bengang dengan servis bola yang diterimanya dan banyak  turun padang membantu pertahanan.


Secara keseluruhan,satu saja yang saya pasti,pasukan yang bermain cantik tak semestinya menang.Ada kalanya taktik bertahan mampu menghasilkan sesuatu.Cukup sekadar kali ini.Harap-harapnya Carragher cepat sembuh dan murah rezeki.Bagi syaitan merah pulak,jangan awal sangat melompat gembira,kami akan kembali musim depan.YNWA




P/S-Baru saya perasan yang muka Kyrgiakos nampak mcm Undertaker...ermmmm

Preview Oh Preview:Arsenal VS Liverpool


Kemungkinan kesebelasan pemain yg akan diturunkan. 4-2-1-3

Reina
Flanagan-Carragher-Skrtel-Aurelio
Lucas-Spearing
Meireles
Kuyt-Carroll-Suarez


Liverpool akan meneruskan pecutan perebutan tempat ke Eropah apabila turun ke tanah London malam ini.Dengan berbekalkan semangat yang disuntik berikutan kemenangan ke atas Manchester City selasa lepas,skuad Liverpool sememangnya berhasrat untuk menghancur-leburkan sumpahan di padang Emirates.The Reds tak pernah menang di Emirates(menang 3,kalah 3).Tapi saya yakin Arsenal pasti gigit jari jika kita terus-terusan menyerang sepertimana yang kita pamerkan pada perlawanan sebelum ini.

Kedua-dua pasukan sejak turun-menurun selalu dilanda kecederaan di saat-saat akhir musim.Liverpool masih merindui sentuhan kapten pasukan,Stevie G beserta deretan lagi bek-bek yang semuanya masih MC antaranya Agger(knee injury),Glen(hamstring) serta Kelly(hamstring).Arsenal pulak saya rasa sama sahaja masalahnya dengan Fabianski,Mannone,Vermaelan, dan Bartley cedera manakala keeper bermasalah,Almunia  beserta Song dan Sagna diragui.

Pasukan utama skuad pastinya sedikit sebanyak ingin membuktikan kepada skuad junior(yang telah membalun MU 6-0 baru-baru ini,yeahhhh!!!!) mereka jugak mampu bermain baik menentang  Arsenal.Dengan Suarez-Carroll semakin serasi dan bagai pinang dibelah dua,saya begitu optimis kita mampu menembusi gawang lawan.Cuma yang dirisaukan adalah unit midfield.Kita hanya ada Lukas-Spearing-Meireles sedangkan Arsenal seperti yang kita tahu ada raja passing seperti Nasri,Fabregas,Wilshere dan Arshavin(sangat-sangat kenal mamat ni).Yakin saja,Kenny pasti ada solusinya.Unit pertahanan pulak saya harapkan kekalkan saja seperti menentang City,jangan gatai-gatai pulak letak si Kyrgiakos!!!

Saya pastinya menant-nanti apakah mampu Liverpool bermain garang dan rancak seperti tempoh hari.Saya yakin Liverpool banyak berlatih bola-bola lambung untuk Carroll bila mamat tu keluarkan kenyataan tentang golnya menentang Arsenal di awal musim dan mengharapkan hantaran berkualiti seperti itu lagi nanti.

Akhir kata,tempat di eropah bukanlah mustahil jika yang dirancang serba menjadi.The Gunners has escaped once,how about this time?Go Reds Go!!!YNWA.

Thursday, April 14, 2011

Lelong..lelong!!!




Rasa-rasanya semua dah heboh tentang jersi away team kita untuk musin depan ni.Amacam???Pada pendapat saya laa,quite okey laaa baju ni,nampak stylish dan smart.Seakan-akan ada sedikit persamaan dengan baju Jerman untuk Piala Dunia.Nampak garang bila dipakai.Cuma tak tahulah bagi Ngog sesuai atau tak.


Berikutan itu,kami sempat  interview sikit apa kata pemain-pemain seperti Jamie Carragher dan Stevie G tentang baju ini.Ikuti interview ringkas ini.








"Bagi cek laaa boleh tahanlah baju ni.Yang paling penting baju ni lagi lawa dari baju pasukan curang.Cek tengok  nampak cam pakai baju besi kebal.Tapi tak paa,pakai baju ni musim depan cek gerenti tak injured lama lama dah.Ni baru cek pakai,tak tengok lagi Kyrgiakos pakai.Dia pakai nampak cam Ironman kot"







"Bagi aku baju ni lawa dan berkualiti.Nampak tampan bila aku pakai."

Kalau itulah komen mereka,lain pulak dengan Reina yang nampaknya kurang suka dengan baju barunya.Semasa sesi fotografi,mukanya jelas menampakkan kekecewaannya.




"Kalau ikut hamba lah,hamba tak mau dah pakai baju ni.Cukupla pakai sekali ja,nampak cam badut sarkas kepala dongga  jaa.Taon depan hamba jenuh kena kutuk dengan Balotelli.Hamba tak mau pakai baju ni,law tak hamba mogok pindah."


Errr..tak apalah cik Pepe.Saya harapkan jersi baru ni akan membawa semangat baru jugak untuk pemain-pemain  mengharungi musim depan.Adakah mampu saya melihat pemain seperti Young,Coentrao ataupun Hazard menyarung jersi ini musim depan?Sama-sama kita tunggu dan lihat.YNWA



Monday, April 11, 2011

FULL TIME:Liverpool 3 0 Manchester City





Fuuuuhhhh!berkobar kobar perasaan saya nak update blog bila menyaksikan perlawanan yang  45 minit pertama mungkin merupakan persembahan yang terbaik musim ini.Bahkan Shebby Singh dengan loghatnya Bangalorenya  memuji,'I think maybe this is the best performance from liverpool this season'.Sememangnya semua pemain layak dipuji terutama liverpool's number 9,tak lain tak bukan Andy Carroll yang sepanjang perlawanan membuktikan dia jugak mampu menggunakan kakinya,kepala toksah kighaaa la smpai berpusing-pusing Kolarov masa gol keduanya.


Pada mulanya bila saya tengok kesebelasan utama timbul keraguan,''Isy,biar benar Kenny ni p letak Spearing ngan Flanagan tuu,dah laa lawan City''.Rupa-rupanya,tanggapan saya jauh meleset sama sekali.Pasukan kita seawal wisel ditiup lagi sudah bermula garang seperti peluru mencari mangsa dengan Suarez sibuk mengacau bek pasukan lawan yang tak terkejar dengan kelajuannya membawa bola.Kombinasi Carroll-Suarez memang menjadi pada seawal minit ke-6 lagi apabila keduanya bergabung tetapi malangnya cubaan Suarez ditampan Hart dan terkena palang.Pasukan tuan rumah terus mengasak dan terbukti berbaloi.Gol pertama Carroll jelas mengingatkan kita detik ketika dia menjaringkan gol menentang kita semasa di Newcastle dulu manakala gol ketiga walaupun tidak jelas sama ada ditanduk Kolarov ataupun Carroll tetapi dia turut menunjukkan kebolehannya di udara seperti diketahui ramai.Gol kedua muncul dimana hampir keseluruhan kotak penalti dipenuhi pemain Liverpool dan bila sepakan Aurelio melantun...tup tup Kuyt sekali lagi menunjukkan yang dia jugak amat bijak menghidu peluang.Tak ragu-ragu lagi Mancini mesti nak beli kau wahai Kuyt.


Jelasnya kawasan tengah memang didominasi oleh gandingan Spearing-Lucas dengan Meireles diletakkan sedikit di hadapan dan bebas bergerak turun naik.Agak menabjukkan permainan trio bertiga ini menguasai kawasan tengah dengan Barry dan Yaya Toure yang bersaiz lebih besar drpd mereka tak mampu berbuat apa-apa.Pujian untuk Lucas yang mengawal tempo permainan pasukan dan seringkali memulakan serangan dan kredit jugak bagi Meireles yang terus-terusan membuka ruang dengan pass yang mengelirukan,tak lupa jugak hantaran cantik untuk jaringan kedua Carroll.Kapten Carrager tak goyang langsung dalam mengawal unit pertahanan.Ini dibantu dengan kualiti Dzeko,pemain rebutan ramai suatu masa dulu dan tengoklah permainan lembiknya,sah-sah pemain terburuk di padang.Gandingan Carragher-Skrtel di bek tengah sememangnya membuatkan saya lega sedikit.Paling kurang tiadalah aksi roti kirai Kyrgiakos lagi dan Aurelio banyak membantu serangan.Saya agak teruja melihat slot bek kanan diisi oleh pemain yang seusia saja dengan saya,Flanagan malahan sepanjang perlawanan dia menjaga kawasannya dengan baik di samping membantu serangan.Saya sudah nampak masa depan yang cerah untuk pemain ini dengan krisis kecederaan yang kita alami sekarang.Berbadan kecik,berjiwa besar.Well done lad!!!Bagi Kenny pulak,langkah untuk mengeluarkan Carroll diiringi tepukan gemuruh sememangnya bijak untuk memberikan pemain baru ini satu pengalaman dan 'perasaan' bila  menjaringkan gol di hadapan Kop End.


Saya jugak kurang berpuas hati dengan etika yang ditunjukkan pemain lawan,Ballotelli.Tahulah team kau kalah pun tapi tunjukkanlah sedikit sportmanship sebagai seorang professional.Kata kaki baran tapi bila kena bentes dengan Lucas sikit aja buat-buat sakit pulak.Komentator pun dengan sinisnya berkata dia langsung tak menunjukkan permainan berpasukan.Memalukan!!!Harap-harapnya tiada pemain pasukan kita yang berkelakuan memalukan sepertinya.Bagi Adam Johnson pulak,saya harap anda sudah melihat potensi yang ditunjukkan Liverpool jadi janganlah ragu-ragu jika bidaan untuk kau muncul dari kami nanti,kami sedia menerima winger laju seperti kau wahai Johnson.


Kemenangan ini menjarakkan pasukan dengan tangga ke 5 masih dengan 5 mata tetapi Spurs mempunyai kelebihan satu perlawanan di tangan.Posisi ke 6 saya rasa lebih realistik dengan jumlah baki perlawanan yang akan dimainkan lagi.Namun,kemenangan ini memberikan amaran kepada pasukan di tangga atas bahawa Liverpool sama sekali tidak akan melepaskan kelompok' Big four' kepada pasukan lain dan pasukan kita layak berada dalam kelompok Eropah.Saya yakin peluang musin depan lebih cerah untuk kita merebut semua kejuaraan.Siapa perlu Torres bila kita ada Kuyt-Carroll-Suarez?YNWA

Saturday, April 9, 2011

Preview oh preview: Liverpool VS Manchester City





Kekalahan pasukan kita di tangan pasukan bimbingan bekas Manager 'tersayang' kita,Uncle Roy pada minggu lepas sedikit sebanyak menjejaskan peluang kita untuk merebut slot terakhir bagi tempat di Eropah musin depan.Ini langsung tidak dibantu  bilamana kita mendengar  kecederaan demi kecederaan  melanda  pemain utama pasukan kita.Namun perlu diingatkan Anfield telah menjadi 'kubu' di bawah kendalian Dalglish yang tidak lagi tewas dalam 10 perlawanan di tempat sendiri.


Bagi saya posisi penyerang langsug tiada masalah dengan Carroll semakin cergas manakala Suarez seperti biasa setiap perlawanan setakat ini mampu menunjukkan magiknya melepasi lawan dan tidak henti-henti turun naik padang.Jika benarlah Dalglish tidak gemar menurunkan Maxis dan Cole,bagi saya posisi 4-3-3 lebih selesa dimainkan memandangkan ketiadaan pemain sayap tulen dengan Carroll diletakkan sebagai penyerang utama disokong oleh Kuyt di sebelah kanan  dan Suarez di kiri.


Gandingan Lucas-Meireles saya harap diteruskan,lupakanlah seketika niat untuk menurunkan Spearing kerana dia bukanlah pengganti Gerrard..Ketika melawan West Brom tempoh hari,boleh dikatakan Meireles langsung tenggelam bilamana diletakkan di sayap kiri manakala Lucas dan Spearing mungkin  terlalu gembira sain kontrak baru sehingga dibuli di kawasan tengah ,mentang-mentang laa badan kau comel macam Barney,Spearing.


Bahagian pertahanan inilah kelemahan kita yang paling ketara.Pemain senior yang tinggal hanyalah Carrrager,Skrtel,Wilson dan jugak,jeng...jeng...jeng.....hero baru Anfield, Kyrgiakos.Aurelio pulak dikatakan sudah mula training,harap-harapnya dia cergas sepenuhnya dan diturunkan untuk menambah dimensi serangan.Saya sudah tak sanggup lagi melihat insiden si ekor kuda tua Kyrgiakos  seperti digulung roti kirai oleh penyerang lawan.Itu baru saja Odenwingie belum lagi berhadapan dengan Tevez,Dzeko ataupun Balotelli yang kesemuanya pemain international.Saya harapkan Carrager berhentilah membuat terlalu banyak long ball kerana ia  mudah dibaca oleh pihak lawan.Buat 2 pemain baru yang diserap masuk ke dalam skuad utama,Jack robinson dan John Flanagan diharapkan mereka mampu membuktikan usia bukannya penghalang untuk berjaya.Kita harapkan mereka mengambil semangat Kelly yang  
sudah menunjukkan potensinya yang sebenar untuk bermain di peringkat senior.Harapnya, 'Riise' baru ataupun 'Phil Neal' baru akan muncul jugak di padang kita.


Akhir kata,saya cuma harapkan pihak pengadilan mampu berlaku adil dan insiden seperti di Howtron minggu lepas tidak berulang lagi.Perlindungan untuk pemain gagah seperti Carroll juga diperlukan,beliau bukanlah Hulk Hogan mahupun cicakman.Apapun,pemain-pemain perlu bermula garang dari awal wisel berbunyi sehingga penamat.Sebarang kesilapan kecil mungkin akan membawa padah bila berhadapan dengan pasukan seperti City ini.Go Reds go!!!!YNWA

Wednesday, April 6, 2011

FULL TIME: West Brom Vs Liverpool

Susah untuk saya katakan tentang game ini. Nampak seperti gaya permainan sudahh bertukar. West Brom bermain stail Kenny dan stail Pak Cik Roy masih tersemat dalam kalangan pemain Liverpool. Saya seperti sudah  hilang semangat untuk menyaksikan perlawanan tersebut. Tapi disebabkan keyakinan saya pada King saya teruskan juga melhat aksi tersebut.

Separuh masa sudah menampakkan kawalan bola yang tinggi oleh pasukan Pak Cik Roy. Permainan mereka nampak begitu berbahaya. Odemwingie agak sukar untuk dikawal bagi Kirgiakos saja la. Kalau ada Agger rasanya pertahanan kita nampak lebih utuh. Apa yang saya lihat pada perlawanan tersebut semua pemain bermain di bawah tahap sebenar. Lebih menyedihkan pasukan kita pula asyik dihantui dengan kecederaan yang berpanjangan. Musim perpindahan kali ini rasanya bek tengah perlu lagi seorang yang boleh menjadi tembok besar cina kita.

Pemain tengah seorang pon tak dapet nk support striker. Spearing nampak tersangat lembik. Lucas bermain dalam keadaan mamai rasanya. Raul tersangat huduh apabila bermain di sayap kiri. Sepatutnya dia bermain di bahagian tengah. Apakan daya semua caturan ada dalam kepala King. Kuyt yang bermain untuk Belanda sebelum ni nampak seperti terkapai-kapai dan macam letih ja. Letih bermain untuk negarnya kot. Saya amat harap Kuyt boleh skor lagi malam tu. Harapan tu adalah palsu semata.

Untuk striker kita yang hebat Suarez dan Caroll saya rasakan gandingan mereka buat masa ni tidak menjadi. Rasanya perlukan lebih waktu untuk mereka serasi bersama. Saya rasa team kita perlukan pemain sayap yang laju dan mampu untuk membuat hantaran tepat kepada Caroll. Elia mungkin dapat mengisi kekosongan tersebut.

Bagi pengadil pula, rasa macam tak ada pengadil ja malam tu. Pengadil tu macam buat tak tau je. Bengang jugak saya tengok. Dah la pasukan bimbingan saya kalah sebab pengadil pagi tu. Bila tengok game tu rasa tak semangat ja. Apapun semangat yang tinggi amat diperlukan oleh penyokong dan jugak pemain bagi meneruskan baki perlawanan yang ada untuk mengejar slot ke eropah.

Tapi pertahanan kita perlu di baiki segera bagi menentang City. Kirgiakos rasanya tak sesuai untuk game kali ni. Harap je badan besar tapi lembik. Teruskan usaha Reds. YNWA

p/s: maaf la emo sikit.