Saturday, April 23, 2011

Preview oh preview: Liverpool VS Birmingham City




Reina
Flanagan-Carragher-Skrtel-Aurelio
Lucas-Spearing
Meireles
Kuyt-Carroll-Suarez



7 match tanpa kalah menentang pasukan kita.Ermmmm boleh tahan kebal jgak team Pak Alex ni.Namun semuanya tak mustahil kerana bola itu bulat,apa-apa saja mungkin berlaku.Tak perlu contoh jauh-jauh,usha saja keajaiban waktu lawan pasukan taska.Bak kata pepatah dulu-dulu,impossible is nothing.


Berbalik kepada fokus utama kita yakni tentunya perlawanan menentang Birmingham malam ini.Berbekalkan rekod bersih tanpa kalah di padang anfield di bawah asuhan Kenny,sudah pasti semua orang mahukan kemenangan malam ini.Dengan lampu picit sibuk menyuluh ke arah kemunculan bakat-bakat muda skuad sepanjang minggu ini,kita jangan terus lupa dan alpa.Mungkin saja juara mengejut Piala Carling ini bisa menunjukkan taring mereka seperti yang dilakukan ke atas pasukan taska tempoh hari.


Kenny saya jangkakan akan terus memberi sepenuh kepercayaan kepada Flanagan dan Robinson untuk mengisi slot full-back.Carragher dan Carroll pulak tak pasti turun ataupun tidak.Tapi kita jangan risau kerana kita kan masih ada Ngog.Pak Alex lega besar bila bek Republik Czech mereka,Jiranek  sudah cergas untuk bermain di sisi target Liverpool,Roger Johnson.Ini jugak peluang untuk kita lihat bagos sangatkah beliau ni sampai dikatakan Kenny terguling-guling merayu kepada pemilik agar membelinya.Raul pastinya masih riak di atas anugerah yang dimenanginya.Selalunya orang riak ni main betoi-betoi takut kena kutuk pulak nanti.So,saya rasa dia boleh main elok malam ni.Carroll pulak harapnya tak laa jadi cam pungguk rindukan bulan,kena lebih banyak bergerak dan agresif.


Pemain tumpuan malam ini semestinya Luis Suarez yang sangat senyap pada perlawanan sebelum ini.Saya optimis dia akan bermain cemerlang di hadapan penyokong sendiri.Satu lagi nama yang memang saya risaukan pulak adalah Craig Gardner.Mamat ni memang makin menjadi-jada sekarang ni.Ada peluang saja dia skor.Gandingan Lucas dan Spearing kena rangka strategi kasi pemain ni menangis macam Fabregas hari tuu.Jangan bagi ruang dia bergerak bebas.Mujurlah Zigic dan Jerome cedera,kuranglah lah sikit ancaman dari udara yang bek tengah perlu hadapi malam ini.


Itu saja liputan kami di sini.Pakat pakat tengok laa jadi apa malam ini.YNWA

1 comment: