Thursday, February 24, 2011

PREVIEW OH PREVIEW:LIVERPOOL VS SPARTA PRAGUE




Tugas berat menanti pasukan kita pagi ini. Dalam perlawanan di tempat lawan tempoh hari, kita gagal mencipta sebarang gol. Ini bermakna pasukan lawan yakni pasukan Rambutan ehh Spartan mempunyai kelebihan yang kukuh dek kerana mereka tidak dibolosi di gelanggang mereka. Ini member kelebihan buat mereka dari  factor gol tempat lawan(away goal rule) yang bermakna keputusan seri berjaringan sekurang-kurangnya bakal menyaksikan pasukan kita tersingkir.Pendek kata sekarang kita tidak seharusnya membenarkan pasukan lawan menjaringkan gol tetapi kita sendiri harus mencipta amuk di gelanggang sendiri

Tanpa kapitan yang masih tak sembuh dan kena jumpa tabib, kita diberitakan bahawa Agger sudah kembali cergas. Begitu juga dgan abang cole kita yang dijangka akan main.

Apapun game pagi ni bukannya pukul 4 lg seperti biasa tetapi pukul 2 pagi. Anda semua jangan silap jam pulak satgi tak pasal-pasal dapat tgok lagu europa ja hahahaha. Bersamalah kita doakan yang terbaik untuk pasukan kita. Walk on!YNWA

Sunday, February 13, 2011

FULLTIME:LIVERPOOL 1-1 WIGAN



Sebenarnya gua memeng malas nsk update blog ni. Maklom sajalah dengan keputusan pasukan kita malam 
semalam, hehehehe. Tapi atas dasar pandang ke timur,eh macam dr. Mahathir la pulak ahahahaha. Atas dasar professionalisme sebenarnya, maka saya ulas juga. Bercakap mengenai Dr Mahathir, saya punya tahap konfiden semalam memang tinggi,apatah lagi kita berdepan dengan antara pasukan tercorot liga dekat Anfield pulak tu. Cehh!apa barang masuk Dr Mahathir ni. Hahaha sabar,bukan saya dok teringat kat CekDet,tapi saya duk teringat dekat seorang lagi doctor yakni dR Rozmey(jusmate susu kurus tu) yang memang terkenal dengan konfidentasinya yang tahap melampau. Ada ka target filem 2 Alam buleh pecah panggung dengan kutipan melebihi 20j? Hoi agak2 la bro. Haa macam tu la thap konfidentasi(??) saya malam semalam, habeh kurang Liverpool buleh tibai sebijik masa first half, pastu sodakallah hulazimkan game dengan 4-5 bijik lagi wuhahahahah. Wigan jer pon bro.  Apa sangat la yang depa ada ahahaha. Chelsea pon kita bantai.

Ku sangka panas kat Baling, rupa-rupanya banjir di negeri Johor. Baju sama biru(tapi bju wigan ada jalur putih)tapi stail masing2. Keputusan perlawanan semalam tidak berpihak kepada pasukan kita apabila kita sekadar mampu seri 1-1  dalam perlawanan di tempat sendiri. Permulaan yang baik jika tidak dikekalkan pasti membawa padah.kita mendahului pada separuh masa pertama sekali lagi melalui Raul Meireles-our legend in making pada separuh masa pertama dengan menyambut baik hantaran Fabio Aurelio yang terkena pertahanan lawan degan satu volley yang cantek menewaskan Al-Habsyi. Selang beberapa minit kemudian giliran suarez mencuba namun terkena tiang sebelah kanan.

Separuh masa kedua menyaksikan beberapa pertukaran dilakukan. Meireles dikeluarkan, ura-ura mengatakan dia mengalami kecederaan dan Ngog dibawa masuk. Kemasukan Ngog nyata mengecewakan saya kerana dia asyik hold bola dan jatuh…skali lagi hold bola dan jatuh..natang apa lah yang dibuat oleh mamat ngog ni. Kemasukan Jovanovic juga tidak banyak memberikan impak kepada barisan serangan Liverpool sebaliknya Wigan telah mendapat gol penyamaan menerusi Gouhori. Salah bek kita jugak. Sapa suruh tak amrk N’zogbia tu. Tak pasal-pasal dia buleh but low cross tapi Gouhori memang kompom offside masa tu. Dey apa da linesman! Sejurus selepas itu pasukan kita terus memberikan tekanan terhadap pintu gol wigan termasuk 3 sepakan percuma dari posisi yang bahaya namun hampeh-tiga2 tak masuk(suarez kena palang lagi). Namun yang jelas sekali ternyata bek wigan mark kaw-kaw punya kita punya arnab yakni Suarez.

Kesimpulannya, kita perlu segera bangkit.YNWA!(gua xdak mood nak tulis..sorihehehe)


P/S:siapa perasan lagu torres dekat old trafford semalam?

Saturday, February 12, 2011

Preview oh preview: Liverpool vs Wigan





                  vs








Pada malam ini pukul 10.55 waktu Malaysia, Liverpool akan menerima kunjungan daripada Wigan. Melihatkan kepada prestasi pasukan kita, tampak ia memberikan sinar kemenangan pada malam ini. Tetapi hanyalah di atas kertas. Biarpun Wigan berada pada zon penyingkiran kita tidak boleh memandang enteng pada pasukan ini. Bak kata Hasbullah Awang "bola itu bulat dan tidak lonjong".

Apapun kemenangan amat dicari bagi mengekalkan rekod kemenangan dan tanpa dibolosi. Adakah posisi sebelum ni akan dikekalkan. Itu terpulang kepada Master Key kita King Kenny. Pelbagai percaturan sedang bermain dalam ruangan fikiran beliau.

Dikhabarkan kapten fantastic kita masih belum pulih sepenuhnya. Adakah beliau akan bermain pada malam ni menjadi tanda tanya bagi semua peminat Liverpool. Bek kanan yang semakin naik namanya sekarang Martin Kelly juga dikhabarkan tidak sembuh sepenuhnya lagi. Berita baik pula dilihat Joe Cole sudah boleh bermain dan berada dalam bench dan mungkin akan digunakan bila-bila masa sahaja.

Biar la apapun semuanya bergantung kepada King kita bagi memastikan  3 mata penuh menjadi milik mutlak kita pada malam ini. Sengatan Suarez amatlah diperlukan ketika ini bagi membolehkan peminat percaya kepada kehebatan beliau. Gandingan midfield kita yang akan diketuai Meireles perlu serasi untuk terus menyerang dan bertahan. Segalanya bergantung pada keserasian para pemain malam ini. Buatlah yang terbaik. YNWA (asgard).

Friday, February 11, 2011

HODGSON KE WEST BROM

Bekas pengurus liverpool, Roy Hodgson sah akan ke West Brom bagi menggantikan Roberto Di Matteo yang dipecat minggu lepas. Kami di KOMRAD REDS mengucapkan selamat maju jaya kepada uncle roy dan jangan buat onar dekat kelab baru.

Wednesday, February 9, 2011

Aksi Persahabatan

Pagi tadi beberapa pemain kita telah beraksi untuk negara mereka dalam aksi persahabatan. Antaranya ialah Christian Poulsen, Daniel Agger, Glen Johnson, Raul Meireles, Dirk Kuyt, Lucas Leiva dan termasuk juga pemain kita yang telah diloankan iaitu Alberto Aquilani. Bagi Pepe Reina dan Danny Wilson, mereka hanya menghiasi bench sahaja.

Pada perlawanan Denmark menentang England di Copenhagen, pemain pertahanan kita iaitu Agger telah meletakkan negaranya di hadapan dengan tandukan yang amat berbisa. Harap-harap dia boleh skor untuk The Reds pulak. Poulsen pulak diberi tanggungjawab untuk menjadi ketua pasukan. Manakala Johnson telah membantu pasukannya menang pada perlawanan tersebut apabila dia mengassistkan gol untuk Ashley Young. Ketiga-tiga pemain tersebut telah bermain untuk tempoh 90 minit.

Kuyt pulak telah membantu pasukan negaranya menang apabila Holland telah membenamkan Austria 3-1. Pemain Liverpool yang selalu main kat posisi wing kanan ni telah berjaya menyempurnakan sepakan penalti dan bermain selama 75 minit.

Lucas pulak telah bermain selama 90 minit. Tapi team dia kalah 1-0 kepada Perancis hasil jaringan Karim Benzema. Raul Meireles pulak diberi peluang bermain selama 79 minit. Pasukannya pun kalah kepada Argentina 2-1 apabila Lionel Messi berjaya menjaringkan penalti pada minit-minit terakhir perlawanan. Aquilani masuk di minit 63. Italy terikat 1-1 kepada German.

Tahniah diucapkan kepada pemain-pemain yang beraksi awal pagi tadi(waktu Malaysia). Diharapkan anda semua fit bila bertemu Wigan nanti di Anfield. Hidup Liverpool. YNWA. (asgard) 


Monday, February 7, 2011

RATING OH RATING:LIVERPOOL VS CHELSEA


REINA
Pelik,agak relaks dan hantaran tak berapa menjadi seperti  biasa  tetapi apabila diperlukan dia tidak mengecewakan

RATING:6/10

KELLY
Selesa dengan right-back-wing role. Banyak membantu serangan. Cross yang mantap serta banyak mengunci pergerakan  Ashley Cole  serta counter attack Chelsea. Peka dengan situasi genting.

RATING:7/10

CARRAGHER
Menunjukkan  sesuatu elemen yang Liverpool telah hilang dalam penampilan pertamanya tahun ini-kekentalan bertahan serta komitmen. Leadership yang bagus dan sentiasa ada jika diperlukan. Bijak menghalang cubaan Torres pada separuh masa pertama dan berjaya menghalang kemaraan striker 3Abdul Chelsea. A great comeback carra!

RATING:8.5/10(MAN OF THE MATCH)

SKRTEL
Persembahan yang terpuji ditunjukkan walaupun banyak miss pass dan salah faham. Bijak clear bola cross Cole. Selesa di tengah.

RATING:6.5/10

JOHNSON
Banyak membantu serangan. Cepat membantu pertahanan apabila diperlukan tapi asyik kantoi dengan Bosingwa.

RATING:7/10

AGGER
Persembahan terpuji-bantai Torres!yeargh!dalam 3 orang bek dia yg paling offensive.

RATING:7/10

LUCAS
Masih lagi dengan sloppy passingnya namun harus diberi credit kerana berjaya menghalang kemaraan Anelka dan mengurangkan tekanan di bahagian tengah.

RATING:7/10

MAXI
Mempersiakan peluang gol ala-ala Ronny Rosenthal. Tenggelam di bahagian wing. Passing bodohnya hampir memberikan Torres gol.


 

RATING:5/10(FLOP OF THE MATCH)

GERRARD( c )
Sentuhannya agak terhad namun dua perkara harus diberi pujian-hantaran kepada Maxi dan Meireles!

RATING:7/10

MEIRELES
Terbukti superb di bahagian attacking midfield sejak ditugaskan. Gol ke 4 nya daripada 5 perlawanan memastikan 3 mata penuh di Stamford bridge. Golnya buleh dikatakan clinical finish!

RATING:8/10

KUYT
Kekok sebagai lone striker. Kerajinan dan staminanya harus diberi pujian

RATING:7/10

SUBS:

AURELIO
Menggantikan maxi yang hilang punca. Satu cubaan tepat yang  diselamatkan cech. Melakukan beberapa lariaan mengelirukan

RATING:6.5/10


POULSEN
Masuk menggantikan meireles. Tidak  banyak memberikan impak.


Sunday, February 6, 2011

Agak Cuak



Kali ni aku usha game Liverpool bukan di kawasan aku. Semalam keluar pergi makan-makan dengan kawan-kawan di Bertam. Sembang punya sembang tak sedar jam dah menunjukkan pukul 11.40. Alamak nak balik rumah memang tak sempat. Nak tengok dekat mana ni??? Ni bukan tempat aku. Mana aku tau tempat-tempat nak usha game bola. Kalau dekat tempat aku memang satu tempat ja aku landing sebab situ ja tempat untuk penyokong Liverpool berhimpun. Dah la tv banyak. Duduk site mana-mana pun boleh usha lagi. 

Ok. Aku pun set la dengan member aku nak tengok dekat mana. So, lepas hantar je member-member aku yang lain balik rumah sebab tak boleh join sekali aku pun dengan segera pergi la ke kedai yang berhampiran secepat yang mungkin. Sampai-sampai je di situ, mak ai, penuh pulak. Dah la tv tu possing untuk pelanggan di luar je. Yang dalam kosong la. Itu tak pa lagi. Yang dekat luar tu semua baju biru. Adus. Kacau line la macam ni. Tak kan nak berselit-selit kat situ pulak. Aku sorang je fan The Reds. Mau kena tibai dengan diorang. Dah la bukan tempat chek.

Aku tengok jam lagi 2 minit lagi nak mula. Tak pa la. Ubah plan kali ni. Aku tanya member aku kat mana ada gerai lagi. Dia kata nak senang jom pi tempat dia. Ok set. Ingatkan dekat ja. Mau 6 @ 7 minit jugak. Tu pun sebab pecut tahap gila dah. Sampai-sampai ja game dah mula. Terlepas la nak tengok aksi salam-salaman. Mana nak tau mungkin ada sorang dua player buat dajal kat To@#$. Tapi itu semua tak berlaku. Bagus betul player Liverpool. Ada disiplin. Kat sini pun agak penuh. Tak pe la, asalkan boleh tengok.

Alamak!!! Sini pun tempat fan Chelsial berhimpun. Alah!! Buat tak reti apa sudah! Tak nampak langsung fan Liverpool. Semua macam bersorak untuk Chelsial je. Nasib baik la aku tak pakai jersey, kalau tak dah lama kena paku. Banyak betul komentator kat sini. Pak cik-pak cik kat sini pakat-pakat kasi ulasan. Kadang-kadang nak tergelak jugak dengar diorang sembang. Koleksi pundit kot.

Dalam dua tiga kali Liverpool nak buat serangan, suara aku dah memecahkan atmosfera kat situ. Tu baru nak buat serangan bukan serangan betul. Biasa la rasa macam duduk kat tempat sendiri pulak. Sesekali ada la dua tiga mamat Chelsial asyik dok pandang-pandang je kat aku. Tambah-tambah bila Maxi terlepas nak skor. Kalau perempuan dah lama aku ngorat. Sebab laki je aku cuak sikit. Pandangan mereka tu tajam bagaikan dipanah. Tapi diri ini tetap cool. Cewah!!!

Masuk je second half aku senyap sikit. Kali ni Chesial asyik menyerang je. Takut pun ada. Pastu bola sampai kat Abg Gerad, terus menghantar ke tengah and then Kuyt dummy di situ, tetiba Meireles, GOALLLLL!!!!!! Bersorak sakan aku. Bising aku sorang ja sambil berkata "padan muka", sebab kat tv tunjuk muka T@#$% yang kesedihan. Yang lain senyap sepi. Time ni la fan-fan Chelsial usha panas ja. Macam nak bagi buah tomoi kat aku jer, nak tiru Agger la tu sebab dia dah kasi tomoi sama T@#$%. Nak tergelak betul tengok diorang ni. Tapi dalam hati agak cuak. Dan keadaan ni berakhir sampai wisel penamat. Yes!! Terdengar pulak omongan sorang brader ni kat kawan dia, 'jangan sembang dengan aku, aku tengah bad mood'. Aku pun gelak la sekuat hati, tapi dalam hati saja la. Nak mampus gelak betul-betul, mau bengkak sebelah mata.

Tahniah kepada pasukan Liverpool. Tak sia-sia aku berjalan jauh. Percaturan King Kenny memang dahsyat la. Aku sangat berbangga menjadi fan Liverpool. In King Kenny We Trust. YNWA (asgard).

Bingkai Kayu


Apecer ni??? Ceh!! Dasar penciplak. Dah tak da idea ka memang tak penah ada idea. Nak tergelak jugak la tengok natang ni. Bukan nak tergelak tapi dah terguling-guling pon. Kalau yer pon nak buat banner, buang la lambang Shankly Gate tu. Apa pun kita menang. YNWA (asgard).

Post match analysis:Liverpool 1 0 Chelsea

Speechless! Lidah rasa cam kena gam UHU!Itulah perasaan saya apabila pasukan kita berjaya menewaskan pasukan kuda tua,Chelsea dengan jaringan satu berbalas kosong.Setelah tabloid serta akhbar banyak menyuluh spotlight kepada Torres dan Suarez menjelang pertembungan ke-126 antara dua pasukan ini,tiba-tiba lain pula yang muncul.Yang menjadi hero bukanlah tuan haji kapten atau Maxis,tetapi pemain serba boleh,Raul Meireles.Jaringan ke 4 beliau daripada 5 match.Mesti bertambah dengki pengurus Syaiton yang pernah berhasrat ingin mendapatkan beliau.Kredit untuk bekas pengurus,Uncle Roy kita yang sukses dalam mendapatkan beliau(hanya ini saja kejayaan yang dibawanya saya rasa).

Permainan bermula dengan Chelsea  bermain posisi 4-1-2-1-2 dan mengorbankan formula 4-3-3 yang selalu digunakan juara liga ini  semata-mata untuk memuat dan menyesuaikan bekas pemain kita,T@!#@(booooo...) manakala David Luiz diletakkan di bangku simpanan.King Kenny pula mengambil risiko bermain menggunakan posisi tempoh hari dengan  Maxis menggantikan Aurelio serta Carrager menggantikan Kyrgiakos.Suarez pula hanya diletakkan di bangku simpanan dan dengan sepenuh keyakinan meletakkan Kuyt bermain keseorangan di hadapan.Ajaib!!!!Saya terkedu dan tertanya-tanya adakah percaturan dan posisi pelik wal ajaib yang dilakukan King Kenny mampu berhasil menentang pasukan yang lebih 'besar' ini ?


Tanggapan saya silap nampaknya apabila kedua-dua pasukan bermula garang.Kesilapan awal Maxis yang menghantar bola kepada bekas teammatenya (dia mungkin tidak mendengar berita perpindahan T@#!$ ke Chelsea) nyaris membawa padah.Mujurlah dia cuak tengok muka garang Skrtel lalu menendang keluar.Yang paling menarik tentang perlawanan ini adalah keghairahan yang ditunjukkan pasukan kita walaupun berada di tempat lawan walaupun adakalanya cuak dan gelabah seperti berlaku pada Maxis.Pujian untuk midfield serta bek yang sangat berdisiplin.Konsep 'pass and move'  yang cuba diterapkan King Kenny semakin serasi dan buktinya boleh dilihat dalam perlawanan ini.Agger kelihatan begitu santai melayan kerenah T@!#$ dan sempat juga naik membantu serangan.Kelly memang saya jangka akan mendapat panggilan England tak lama lagi dengan Capello sempat usha-usha aksi matangnya menangkis serangan di bahagian kanan.Glen juga selesa bermain naik turun  membantu menyerang tanpa meninggalkan tugas defensifnya.Hero kita,Raul tak payah cakaplah, semakin mengaum sekarang.Makan Super Power kot midfield kita,naik turun padang  tak  letih-letih.



Owh, tentang bekas pemain kita itu,saya rasa permainannya malam ini  memang LEMBIK seperti kebiasaannya. Memang bukan debut yang diharap-harapkan.Malah Agger sempat tomoi dua tiga kali kakinya.Tahniah Agger sebab tolong bayar hutang kami!Betul kata King Kenny-tiada pemain lebih besar daripada kelab.


Keseluruhannya,kelab ini berada di landasan yang tepat di bawah Kenny Dalglish,legend kita.Kemenangan ini diharapkan menjadi 'warning sign' kepada pasukan-pasukan lain bahawa Liverpool sudah bangkitttt dan juga menjadi booster kepada pemain kita mengejar top 4.Mungkin tika ini,ada seorang bekas pemain kita yang sedang menangis teresak-esak menyesal.Who knows???YNWA.


                               "mana aku nak letak muka ni.Dah la lebam kena bantai,                                                                        
                                                   main pulak tak sempoi"


Banner Of  The Day-18 League titles,5 European cups,Is Chelsea are bigger than Us?



Preview oh preview: Liverpool VS Chelsea



Menjelang pertembungan hangat dua pasukan rival ini,kita singkap kembali sejarah tahun 1986 di mana King Kenny,pengurus kita sekarang menjaringkan gol terpenting yang menjulang Liverpool kepada takhta liga.Masa itu saya pun belum menjenguk dunia luar lagi.Namun,mampukah pasukan kita sekali lagi menampan serangan Chelsea yang dikatakan mahu tunjuk lagak menurunkan striker 3 serangkai,Anelka-T!@#%$-Drogba.In my opinion,saya yakin King Kenny mampu membuat ramuan formula secukup rasa bagi menghalang pemain-pemain kuda tua Chelsea tunjuk sempoi.Malah,dengan ketibaan Clarke yang sudah khatam menghafal gaya permainan bekas pasukannya,saya tidak nampak kenapa Liverpool tidak mampu mengekang Chelsea yang ingin mengambil kesempatan atas kekalahan Team Syaiton semalam.

 Dengan kembalinya seorang lagi Scouser berpengalaman,Carrager tentunya banyak pilihan yang mampu dilakukan King Kenny.Mungkin dia akan meletakkan Glen bermain sebagai sayap kanan,siapa yang tahu.Pasukan kita bukannya pasukan lembik tetapi cita-cita murni Hodgson yang mahu sangat team kita bermain ala-ala manja,inilah hasilnya sekarang.Pemain baru kita,Suarez pula nampaknya pulun berlatih sekarang.Beliau mungkin ingin melupuskan memori penyokong terhadap T!@#$@ dengan mencuri tumpuan pada perlawanan besar ini.Kita pun boleh lihat kelicikan serta pergerakan ala-ala Owen semasa zaman mudanya ketika aksi cameonya.So,penyokong perlu percaya dengan kebolehan beliau dan terus menyokong.Adik saya punyalah semangat menyokong suarez sampai sanggup membeli but yang dipakainya.Ayuh kita meniru semangat itu.

Kesemua pemain sihat-sihat belaka kecuali dua pemain kita terpaksa bersabar telan ubat supaya cepat sembuh di bangku.Bekas pemain Chelsea,Abg joe( knee injury)  serta Jay Spring(foot injury) tidak sembuh-sembuh lagi untuk bertandang ke Jambatan Roboh.Ini merupakan berita menggembirakan kerana tidak seperti zaman Hodgson di mana pemain-pemain ada saja yang sakit (mungkin meluat tengok muka pak cik Roy).Pemain kebanggaan kita .Paul koncisakit pun dengar-dengar sudah bahagia menyambut raya cina di Hutan Nottingham.Mesti Pakcik Roy melawatnya setiap hari di sana.

Jadi,segala outcome bagi perlawanan ini hanya akan diketahui pada malam ini.Damai sudah tiada,yang tinggal hanya amarah penyokong-penyokong terhadap T!@#@.Let bygone be bygone.Teruskan dengan apa yang kita ada.Pemain tiada yang lebih besar daripada kelab.Kita perlu pegang dan telan ayat ini agar sebati dalam diri kita.Saya begitu mana penyokong yang lain hanya mengharapkan pemain menunjukkan touch serta flair yang sepatutnya bagi match besar ini.YNWA.

Friday, February 4, 2011

JANGAN BAKAR JERSI ANDA

Haha masih ingat kah anda peristiwa jersi bekas player number 9 kita, apa nama ntah penulis pn dah lupa dekat melwood tempoh hari? Hahaha tak sayang duit betul, baek mereka kasi  jersi-jersi tu kat kami blogger-blogger  Komrad Reds ni. Dapat jugak pahala. Hahahha.  Kalau bagi kat kami pon buleh kami pergi tonyoh nama torres tu anti nama carroll. Kami pn xpernah beli jersey ori kahkahkah.  Opps saya tercakap pulak nama bekas kita tu ahahaha sori beb.

Ahh cukup2 la tu mengarut hahahaha. Sebenarnya masih ada lagi cara anda untuk melupuskan memori T***** dalam kamus  atauu wardrobe Liverpool fc anda. Afrikit adalah penyelesaian bagi masalah anda. Siapa mereka ini? Untuk pengetahuan anda semua, mereka adalah sebuah badan swasta yang  mengumpul jersey-jersey bolasepak yang sudah tidak digunapaki lagi untuk dihantar ke kawasan2 yang dikategorikan sebagai miskin di benua Afrika. Ini adalah untuk memupuk semmangat cintakan bolasepak dalam kalangan semua makhluk di bumi. Tidak semua manusia berkemampuan. Tetapi passion itu yang penting. Idea penubuhan Afrikit telah dicetuskan oleh lima anak muda dari Sheffield Uniiversity yang mempunyai passion yang begitu tinggi terhadap bola sepak. Memetik tulisan mereka didalam laman web rasmi, http://www.afrikit.co.uk:
“We all have an intense passion for football as well as helping others, and as a result Afrikit was born.”



Semasa berakhirnya jendela perpindahan pemain musim sejuk beberapa hari lalu, Afrikit telah menerima faedah yang lumayan. Perpindahan Fernando T***** dari Liverpool ke Chelsea dan perpindahan Andy Carroll  dari Newcastle ke  Liverpool telah membawa faedah yang luar biasa. Ramai penyokong Liverpool dan Newcastle telah mendermakan jersi no 9 mereka.memeti tulisan di laman web rasmi:

“After one of the most frantic and exciting Transfer Deadline Days we've ever seen, Afrikit has become an unexpected benefactor to it all. We've been receiving an unprecidented amount of donations from Liverpool and Newcastle fans looking to donate their old Torres and Carroll shirts. Andrew Trott said, "The support we've received has been unbelievable. I was looking on Twitter to find out information on the Torres situation when out of the blue I saw a tweet saying 'don't burn your Torres shirts, send them to Afrikit.co.uk'.
It was a real surprise and created a lot of support all around Twitter. Since then we've been received loads of Torres and Carroll shirts from a number a considerably generous fans."
Afrikit sends shirts to some of the poorest areas in Africa. We are all passionate about football and passionate about Afrikit and what we do. Any support that people can give us is truly amazing, whether that be donating your old football shirts, joining our Facebook page and following us on Twitter or raising other's awareness of Afrikit and what we do on such things as forums and Twitter. It is all truly appreciated by us all at Afrikit.
We can't thank everyone enough for the support that we've already received. Long may it contine!”

Bagus. Daripada dok keja bakar jersi baik derma dekat depa. Xpn dekat kami. Pos 5 ringgit je.hehehehe






                                                        uii kami dapat jersi free!2ndhand pon xpa hahaha

Wednesday, February 2, 2011

Sangat Teruja


Semuanya bagaikan mimpi jadi kenyataan. Permainan yang sangat menarik dengan short passing ala-ala Barcelona. Aku rasa mcm berbaloi ja semalam. First half melihat aksi-aksi menarik di rumah. Dah masuk 2nd half perut dah menyanyi lagu seroja. Apa lagi cepat-cepat la aku ambil kunci moto keluar rumah.

Memang aku dah target nak pergi kedai dekat-dekat je sebab tengah dok half time. Bapak lagi pecut tak sangka la. Sampai-sampai ja kat kedai tu dengan selambanya pergi tengok tv siaran pa. Tau-tau tengok tak dak player pun pakai baju merah. Alamak!!! Game Ciry pulak. Hangin sikit. Cangak lagi. Apa lagi. Kalut terus. Adus kena pergi kedai dekat pekan pulak. Tak pa la. Aku pun pecut tahap racer dah. Memang tak ikut peraturan jalan raya dah. Nak buat macam mana. Tak dak kenderaan kat tengah jalan. Aku bedal je la.

Sampai-sampai ja memang kalut tahap cipan dah. Ingatkan dah minit 60 ka 70. Tengok-tengok baru minit 50. Tapi aku terlepas gol dari Meireles. Tak pa la. Mungkin ada gol lain yang akan menyusul. Memang ramai la penyokong setia Liverpool yang menyaksikan game tadi. Dari kecik sampai la yang besar. Tua muda semua ada. Semua kaum ada. 1 Malaysia katakan.

Sedar tak sedar Luis Suarez muncul. Apa lagi semua bagi standing ovation la. Sekali dengan tokey kedai bagi. Fuhhh!!! Bangga betul tengok Fan-fan Liverpool cam ni. tak tunggu lama selepas kemunculan Suarez tengah padang. Tetiba sorakan Fan bergema semula apabila melihat aksi menarik yang ditunjukkan oleh Suarez. Beremang bulu roma aku. Kiri aku india kanan aku cina. diorang ni tak habis-habis dok sembang pasai Suarez. Walaupun aku tak paham mereka cakap apa tapi aku tau topik yang diperkatakan adalah mengenai Suarez sebab aku ada dengar nama dia banyak kali.

Sekali lagi guruh bergema tapi kali ni lagi dahsyat. Goalllll!!!!!! Bunyi macam-macam kali ni. Sambil bagi standing ovation ada jugak yang menepuk-nepuk meja bagi gempak sikit. Teruja gila aku melihat fan Liverpool yang sangat setia melihat game Liverpool walau pukul berapa sekali pun. Tokey kedai rasanya untung besar hari ni sebab ramai tersangat yang dok makan kat situ. Tahniah fan liverpool. YNWA (asgard).    

FULLTIME:LIVERPOOL 2-0 STOKE




Full time! Satu permainan menarik ditunjukkan stvie g dan kompeni membawa kepada satu kemenangan di tempat sendiri. Ini sekaligus membakar semangat para pemain dan staff kerana ini adalah kemenangan ketiga Liverpool di bawah pemerintahan King Kenny. Pagi tadi juga menyaksikan kemunculan Luis Suarez, our new nombot 7. Laa saya cakap pasai suarez kaa? Tahniaah kepada our new number 7. Gol anda telah menyuntik semangat kami semua penyokong setelah keberangkatan el nonok. Kami yakin masa depan anda sebagai seorang reds. Walk on!

Berbalik kepada game, permulaan yang baik telah ditunjukkan oleh pasukan kita Cuma barisan hadapan kita yg diketuai Kuyt agak perlahan dan gagl menyudahkan peluang yang terhidang. Johnson kita buleh nmpak peningkatannya dan hampir-hampir score tadi namun tandukannya ditepis hebat Begovic. Ala, xpa Johnson,kau  tak skor pn main bagus dh kira bagus. At least reina tak bolos dan ini buleh menjadi motivasi kepada barisan pertahanan. Soto juga agak cemerlang, seperti biasa hebat di udara bak helang bertocang. Dia jugak xder luck kot tadi. Tandukan beliau di clear kan oleh salif diao. Bermulanya separuh masa kedua menyaksikan pasukan kita pantas menyerang ke kubu stoke dan hasilnya bermula daripada sepakan percuma gerrard tertampan pertahanan stoke,soto tolong tahan dan mereiles!sekali lagi dengan kepaduannya. 1-0 liverpool.

Suarez kemudiaannya masuk menggantikan aurelio dan tidak mengambil masa yang lama untuk mengambil hati penonton. Sebaik sahaja pijak padang penonton bangun dan bagi standing ovation kat dia. Memang buleh agak seram sejuknya masa tuu. Tak tumggu lama untuk tunjuk skillnya,suarez kmudian melakukan beberapa gerakan menarik. Dalam minit ke 60 lebih kot, kesilapan barisan pertahanan stoke yang gagal  mengeluarkan bola dari kawasan penalty mereka membawa padah. Suarez pantas berlari dan menggelecek begovic dan tendang masuk gol. Wilkinson konon tunjuk rajin try nk clear bola tuu tp x bejaya.liverpool  2-0!
Satu game bagus di anfield. Saya dah tak sabar nak tgok aksi ahad ni. Memang kena suruh skrtel tibia kaki torres biar injured berbulan bulan. Seorang pengkhianat tak patut diberi can. Saya dh buleh bayang kan kombinasi carroll-suarez, carroll as a targetman fuhh!