Sunday, February 6, 2011

Post match analysis:Liverpool 1 0 Chelsea

Speechless! Lidah rasa cam kena gam UHU!Itulah perasaan saya apabila pasukan kita berjaya menewaskan pasukan kuda tua,Chelsea dengan jaringan satu berbalas kosong.Setelah tabloid serta akhbar banyak menyuluh spotlight kepada Torres dan Suarez menjelang pertembungan ke-126 antara dua pasukan ini,tiba-tiba lain pula yang muncul.Yang menjadi hero bukanlah tuan haji kapten atau Maxis,tetapi pemain serba boleh,Raul Meireles.Jaringan ke 4 beliau daripada 5 match.Mesti bertambah dengki pengurus Syaiton yang pernah berhasrat ingin mendapatkan beliau.Kredit untuk bekas pengurus,Uncle Roy kita yang sukses dalam mendapatkan beliau(hanya ini saja kejayaan yang dibawanya saya rasa).

Permainan bermula dengan Chelsea  bermain posisi 4-1-2-1-2 dan mengorbankan formula 4-3-3 yang selalu digunakan juara liga ini  semata-mata untuk memuat dan menyesuaikan bekas pemain kita,T@!#@(booooo...) manakala David Luiz diletakkan di bangku simpanan.King Kenny pula mengambil risiko bermain menggunakan posisi tempoh hari dengan  Maxis menggantikan Aurelio serta Carrager menggantikan Kyrgiakos.Suarez pula hanya diletakkan di bangku simpanan dan dengan sepenuh keyakinan meletakkan Kuyt bermain keseorangan di hadapan.Ajaib!!!!Saya terkedu dan tertanya-tanya adakah percaturan dan posisi pelik wal ajaib yang dilakukan King Kenny mampu berhasil menentang pasukan yang lebih 'besar' ini ?


Tanggapan saya silap nampaknya apabila kedua-dua pasukan bermula garang.Kesilapan awal Maxis yang menghantar bola kepada bekas teammatenya (dia mungkin tidak mendengar berita perpindahan T@#!$ ke Chelsea) nyaris membawa padah.Mujurlah dia cuak tengok muka garang Skrtel lalu menendang keluar.Yang paling menarik tentang perlawanan ini adalah keghairahan yang ditunjukkan pasukan kita walaupun berada di tempat lawan walaupun adakalanya cuak dan gelabah seperti berlaku pada Maxis.Pujian untuk midfield serta bek yang sangat berdisiplin.Konsep 'pass and move'  yang cuba diterapkan King Kenny semakin serasi dan buktinya boleh dilihat dalam perlawanan ini.Agger kelihatan begitu santai melayan kerenah T@!#$ dan sempat juga naik membantu serangan.Kelly memang saya jangka akan mendapat panggilan England tak lama lagi dengan Capello sempat usha-usha aksi matangnya menangkis serangan di bahagian kanan.Glen juga selesa bermain naik turun  membantu menyerang tanpa meninggalkan tugas defensifnya.Hero kita,Raul tak payah cakaplah, semakin mengaum sekarang.Makan Super Power kot midfield kita,naik turun padang  tak  letih-letih.



Owh, tentang bekas pemain kita itu,saya rasa permainannya malam ini  memang LEMBIK seperti kebiasaannya. Memang bukan debut yang diharap-harapkan.Malah Agger sempat tomoi dua tiga kali kakinya.Tahniah Agger sebab tolong bayar hutang kami!Betul kata King Kenny-tiada pemain lebih besar daripada kelab.


Keseluruhannya,kelab ini berada di landasan yang tepat di bawah Kenny Dalglish,legend kita.Kemenangan ini diharapkan menjadi 'warning sign' kepada pasukan-pasukan lain bahawa Liverpool sudah bangkitttt dan juga menjadi booster kepada pemain kita mengejar top 4.Mungkin tika ini,ada seorang bekas pemain kita yang sedang menangis teresak-esak menyesal.Who knows???YNWA.


                               "mana aku nak letak muka ni.Dah la lebam kena bantai,                                                                        
                                                   main pulak tak sempoi"


Banner Of  The Day-18 League titles,5 European cups,Is Chelsea are bigger than Us?



No comments:

Post a Comment