Wednesday, February 2, 2011

Liverpool 2-0 Pekan Stoke


                                                                   ''tolonglah gol!!!!!"
        



            Patutlah dari semalam lagi aku asyik teringat mamat Arnabun aka Suarasa ni.Rupanya,dia dah rancang siap2 nak bagi fan  lupakan si pengkhianat nusa dan bangsa itu.Walaupun golnya tidaklah boleh dikira bergaya namun cukup untuk membuatkan penyokong menarik nafas lega bila  terbayang gol demi gol yang akan dijaringkannya selepas ini.Tempoh 30 minit yang diberikan Kenny cukup untuk beliau menunjukkan keupayaannya kepada penyokong.

           Overall,persembahan Liverpool boleh dikatakan sudah kembali kepada standard yang diharap2kan.Walaupun terdapat pemain seperti Aurelio yang nampak agak tenggelam punca,mungkin terlebih dos sapu minyak cap kapak,namun komitmen pemain2 lain amatlah patut mendapat pujian lebih2 lagi hero baru Anfield,Lukas.3 bek bersaudara,Karibungkus ,Agar-agar dan Skrtel nampak amat selesa bermain bersama.Kelly terus cemerlang dengan hantaran dan larian bertenaga.Lepas ni ,sure Fabio Kepala(capello) akan jeling-jeling manja utk tengok adakah dia cukup bagus utk menggantikan Johnson bagi slot kanan england.Tuan haji kapten pun sudah mula serasi bermain bersama Meireles dan berani roam forward tanpa meninggalkan kawasan midfield.Serbuk Kunyit pula siap mendapat pujian melangit dr komentator.Mungkin beliau  mahu mengingatkan bahawa tenaganya(zahir dan batin) masih diperlukan pasukan.Reina pula masih tenang seperti biasa walaupun mukanya monyok semacam jarrr.Rindu sahabatnya kot,el-Ninah yg berhijrah ke Chelsian.Sabor jer la,nuuu kwn baru Karol dan Karot kan ada.

           Jadi,harap-harapnya Kenny akan terus mengemudi kita kembali kpd zaman kegemilangan.Gandingan Andy-Suarez sangat dinanti-nanti penyokong.Mudah-mudahan semua pemain mengerah kudrat bersedia menentang Chelsian ahad ini.Ada tugas berat utk mereka membuktikan sesuatu kepada ex player kita.YNWA



P/S-lucu melihat Carroll yang senyap aja bilamana semua menyanyi lagu YNWA.Rileks,nanti time minggu orientasi mesti abg kapten ajarkan.

          



        

        

No comments:

Post a Comment