Monday, January 31, 2011

Terima Kasih Torres




Lepas ni mamat celup ni akan pakai jersey biru pulak. Torres telah pun selesai proses perpindahan ke Chelsial. Torres: "It is the dream for every top class footballer to play at a top class club and now I can do that". Jadi apa pun dia dah jadi milik Chelsial. Memang agak kesal dia pindah. Tambah-tambah ke rival team. Anyway selamat berjaya di sana dan nantikan gandingan terbaru Andy Suarez menentang Chelsial.

Selamat Datang Andy Suarez













Selamat datang di ucapkan kepada korang berdua. Dua-dua mamat ni telah mengikat kontrak bersama Liverpool selama 5 tahun. Andy Carroll akan memakai jersey no. 9 dan Luis Suarez pulaakan merembat jersey no. 7. Jadi kepada peminat Liverpool sekarang dah boleh pergi membeli jersey-jersey baru. YNWA

Torres Ke Chelsial




TORRES TO START CHELSEA TALKS

Dah Berjaya



Wah. Berjaya juga Liverpool pancing mamat galah ni. Lepas ni kombinasi Torresuarez akan dilupakan. Kita akan menyaksikan gandingan baru iaitu Andy Suarez. Harap-harap kombinasi ni menjadi. Dengar khabar mamat ni dah da kat Melwood. Cepat betul dia sampai. YNWA

Fan Marah


Nampaknya peminat sudah naik minyak dengan membakar jersey tertera nama Torres. Apakah akan terjadi sebaliknya?? Nantikanlah sampai ke penghujungnya.

SEMUA INI GILA!

memang gila...liverpool dapat carroll woii!!

Memang semua dah jadi carca marba. Liverpool kelihatan seperti terlalu terdesak. Adakah Torres akan berambus dari Mersyeside? Semua jadi tanda soal. Walau apapun mamat ni pon okey jugak. Bak kata seseorang "Mesut Ozil+Sami Khedira+Van Der Vaart+Javier Hernandez = Andy Carrol'. Benarkah?.Sama-sama kita nantikan. YNWA

Betul Ke???



Mamat ni dikatakan telah lulus ujian doktor untuk ke Chelsial. Betul ke?? Segalanya akan terjawab tidak lama lagi.

Semakin Hangat


Saat-saat terakhir sebelum tetutupnya tirai Januari menjadi semakin hangat dengan gisip mengatakan Liverpool sedang membida pemain kesayangan Newcastle sebanyak 40m. Cubaan membida dengan harga 30m ditolak. Kemudian ditambah menjadi 35m. Namun Newcastle masih menolak. Tamak betul. yang menghairankan aku kenapa Dalglish tergila-gilakan mamat ni. Mungkin sebab Torres. Tapi aku rasa harga ni tak berbaloi. Duit ni boleh guna untuk musim panas ni. Boleh beli player cekang-cekang sikit.
Apa pun segala percaturan ada dalam pala otak King Kenny. YNWA

Charlie Adam Sudah Terlepas


Kenalkah anda dengan pemain ini? Bahawasanya dia tidak akan ke Liverpool. Setan Merah memang selalu dengki dengan kita selama ni. Jadi Setan-setan ni telah membida lebih tinggi dari Liverpool. Fergie kata freekicknya sahaja dah 10m. Nak ambil hati la tu. Tak apa la. Kita cari player lain. Banyak lagi player yang hebat-hebat. YNWA

Sunday, January 30, 2011

Lulus Ujian Doktor



Akhirnya Luiz Suarez telah lulus ujian doktor. Bermakna di sini beliau akan bermain intuk Liverpool menentang Stoking City la yer. Semoga anda berjaya di sini. YNWA

NANDO OH NANDO!



"His armband proved he was a red torres,torres 
You'll never walk alone it said torres,torres,
we bought the lad from sunny spain 
he got the ball he scores again
fernando torres liverpool#9
na na na na na..."
      
mungkin kita tidak akan mendengar lagi bait nyanyian untuk FT9 selepas ini. Tiada angin tiada rebut tiba-tiba dia telah mengemukakan permohonan secara bertulis kepa pihak LFC bahawa beliau ingin berpindah. Ini amat mengejutkan seluruh peminat LFC seantero dunia khususnya. Permohonan untuk berpindah atau transfer request ini telah dihantar sejurus selepas Liverpool secara rasminya telah menolak bidaan Chelsea untuk torres yang dikatakan bernilai hamper 35 m. Persoalannya sekarang,dimanakah kesetiaan seorang pemain bernama Fernando Torres?

Isu ini cukup rumit. Terdapat bnyak versi berita atau rumours untuk dibaca tetapi satu fakta yang kita tak buleh nak sangkal adalah akhbar tetap akhbar. Nak kasik laku paper kena la ada cerita sensasi. Kalau tak jangan harap pembaca nak berminat. Ada kata Chelsea improvebid sampai 50m plus anelka(huh?). Ada juga yang kata NSEV sanggup jual torres untuk beli player baru dan memantapkan skuad. Tetapi bagi saya, insane bernama Fernando Torres ini tiada galang gantinya. Saya boleh kelaskan dia sebagai seorang pemain yang datang hanya seratus tahun sekali. Amatlah rugi jika kita kehilangan beliau. Peminat seluruh dunia sedang menunggu untuk menantikan gabungan baru elnino+elpistorino. Pesanan saya buat torres, fikir dahulu sebelum bertindak. Anda tidak akan berjumpa kelab yang sentiasa dibelakang anda seratus peratus. Silap haribulan, anda terperosok di bangku simpanan Stamford Bridge dan menunggu dijual ke Besiktas padaa harga lelong. Anda sudah berada di kelab yang stabil,tak perlu berpindah. LFC still needs you! Kami tak sanggup tengok kombinasi surez-ngog..nunca caminaras solo…



Friday, January 28, 2011

LUIS 'EL PISTOLERO' SUAREZ

 1)   Suarez is nicknamed 'El Pistolero' which translates as 'The Gunfighter'.


2)   His most prominent features are his pointy ears. In fact, they gained so much attention during his time in Holland that he even appeared in a Dutch advert for hearing aids!

3)   Luis had long hair when he first arrived at Ajax but was ordered to cut it off - by his wife Sofia! Her reason? She felt it would be a suitable show of respect after he was handed the club captaincy.

4)   He was born on January 24, 1987 and shares a birthday with The OC actress Mischa Barton as well as musician Jools Holland.

 5)   Luis grew up in Salto, Uruguay's second biggest city. It is famous for the 'thermal pools' which are kept at over 100 degrees fahrenheit throughout the year.

6)   He finished the 2009-10 campaign as the Eredivisie's top scorer with 49 goals in all competitions. He was also named Dutch Footballer of the Year.

7)   IFFHS crowned him the World's Top Goalscorer for 2010.


8).  He regards Lionel Messi as the world's best player. In an interview with Spanish newspaper El Mundo Deportivo back in 2009 he said: "Messi is the best, no doubt about it. It's a pleasure to watch him play. I asked Martin Caceres about Messi, and he said that in the locker room Messi is just one of the players in the group and very humble."

9)   According to the man himself, his key attributes as a footballer are his technique and his innate knack for scoring goals.  "I can say that I am technically very good, and I am lucky to be able to score goals easily. However, I don't like to talk about myself; I prefer others to say what they think of me."

10)  Talent must be in the name as he shares his with a man regarded as one of the best Spanish players of all-time. The great Luis Suarez played for Barcelona and Inter Milan between 1950 and 1970, notching up three Serie A titles, two European Cups and two Intercontinental Cups in nine seasons with the Nerazzurri.

Luis Suarez Bakal Ke Anfield


Bintang Ajax ini bakal ke Anfield. Liverpool telah mengeluarkan sebanyak 26.5m. Dia akan tiba selepas selesai pemeriksaan doktor. Aku sangat tidak sabar menantikan gandingan hebat dua bintang dunia Fernando Torres dan Luis Suarez. Nantikanlah wahai Syaitan Merah. YNWA

Torres Not For Sale

Add caption


Chelsea telah membida pemain kasayangan kita dengan harga 35m tetapi ianya telah di tolak. Ingat senang-senang ka nak beli Torres? Tunggu la 10 tahun lagi. Ini adalah prospek terhebat Liverpool.

Wednesday, January 26, 2011

Liverpool VS Fulhampeh

Fuh. Aku amat teruja sekali melihat aksi pada minit-minit awal permainan. Pasukan kesayangan kita bermain dengan begitu agresif bagaikan garuda menyambar mangsa nya. Tapi itu semua tidak berlaku lama. Momentum permainan akhirnya mulai merosot. Liverpool tidak dapat bertahan lama dengan tempo menyerang. Semuanya jadi caca marba.

Kelibat Sang Kapten sangat la dinantikan dalam perlawanan ini. Aku agak terkejut juga melihat lineup team tadi. Meireles main dengan Torres. Memang tidak dapat dijangkakan apa yang bermain dalam benak fikiran King Kenny. Aku rasa beliau lebih gemar meletakkan Meireles di situ berikutan prestasi yang dishowkan olehnya. Abg Gerrad main dengan Poulsen???Mana Lucas Leiva???Pelik!!!!

Percaturan King Kenny sukar kita duga. Aku sangat la mengharapkan keajaiban dengan sentuhan beliau. Apa yang aku nampak pada game tadi Gerrard seakan-akan tiada function. He cannot control the game. Mungkin sebab player Fulhampeh main macam hampas. Tak kisah la apa pun. Kapten kena main di tempat asalnya kot. 

Untuk pertahanan kita pada game tadi aku nampak sangat-sangat la bagus. Skrtel dah minum ayaq stoking Kenny kot. Larian Johnson sangat memukau. Rambut dah pendek kurang sikit beban dekat kepala agaknya.
Banyak overlap yang dia buat. Tapi nyaris-nyaris juga nak kena penumbuk dengan Pantsil si penjaring gol. Terima kasih.Nasib baik la mereka main profesional. Kalau liga Malaysia silap-silap dah masuk hospital. Tapi sekarang dah bagus. Bagi anak muda Kelly, banyak lagi masa untuknya. Dialah bek yang paling menyerlah dalam game ni. Overlapnya sangat mengujakan. Hantarannya cantik. Sipi-sipi ja nak gol time meireles tanduk. Stockdale cekang la plak. Kelly bakal jadi prospek Liverpool yang mahal. Aku harap player-player muda macam Pachecho dapat main juga.

Wira untuk game ni aku rasa la Reina si penjaga gawang. Fulamak main dahsyat betul. Asyik Save ja. Kalau tak da dia la tadi aku rasa mau tiga empat gol gak yang bocor. Selamat la gawang Liverpool. Bagi Poulsen aku rasa sudah masanya dia bersara. Dia dah tua. Lari pun lambat walaupun dia main cantek la juga. Shelvey lebih sesuai untuk menggantikan tempat dia la aku rasa. Torres kureeng sikit la tadi. Bek lawan main agresif sangat. Kuyt pun tak boleh nak buat apa. Tapi gol Torres yang dikatakan Offside tu memang tak puas hati betul. Lebih baik ambil Linewoman dari Lineman. aku nampak memang tak Offside la. Rugi betul. Tapi apapun kita menang walaupun gol hadiah dari Pantsil. Penyokong Setan Merah mungkin akan bersuara. So buat tak tau saja dengan mereka-mereka ni. Jangan layan. Yang penting kita menang dapat tiga mata. YNWA


Tuesday, January 25, 2011

New World

Unexpected. Tetiba ja dapat idea nak buat blog untuk Liverpool dan sukan-sukan yang lain. Majornya untuk liverpool la. Walaupun blog-blog peminat setia Liverpool berlungguk kat pasaran, tapi aku dengan senang hati nak tambah gak koleksi kat pasaran. Aku harap blog ni boleh jadi tempat aku meluangkan masa untuk menyokong Liverpool di mana sahaja. Terima kasih kepada kawan-kawan yang selalu menyaport aku. Aku harap korang semua boleh polish blog ni sampai berkilat macam kepala Jonjo. Sekian YNWA.