Monday, April 11, 2011

FULL TIME:Liverpool 3 0 Manchester City





Fuuuuhhhh!berkobar kobar perasaan saya nak update blog bila menyaksikan perlawanan yang  45 minit pertama mungkin merupakan persembahan yang terbaik musim ini.Bahkan Shebby Singh dengan loghatnya Bangalorenya  memuji,'I think maybe this is the best performance from liverpool this season'.Sememangnya semua pemain layak dipuji terutama liverpool's number 9,tak lain tak bukan Andy Carroll yang sepanjang perlawanan membuktikan dia jugak mampu menggunakan kakinya,kepala toksah kighaaa la smpai berpusing-pusing Kolarov masa gol keduanya.


Pada mulanya bila saya tengok kesebelasan utama timbul keraguan,''Isy,biar benar Kenny ni p letak Spearing ngan Flanagan tuu,dah laa lawan City''.Rupa-rupanya,tanggapan saya jauh meleset sama sekali.Pasukan kita seawal wisel ditiup lagi sudah bermula garang seperti peluru mencari mangsa dengan Suarez sibuk mengacau bek pasukan lawan yang tak terkejar dengan kelajuannya membawa bola.Kombinasi Carroll-Suarez memang menjadi pada seawal minit ke-6 lagi apabila keduanya bergabung tetapi malangnya cubaan Suarez ditampan Hart dan terkena palang.Pasukan tuan rumah terus mengasak dan terbukti berbaloi.Gol pertama Carroll jelas mengingatkan kita detik ketika dia menjaringkan gol menentang kita semasa di Newcastle dulu manakala gol ketiga walaupun tidak jelas sama ada ditanduk Kolarov ataupun Carroll tetapi dia turut menunjukkan kebolehannya di udara seperti diketahui ramai.Gol kedua muncul dimana hampir keseluruhan kotak penalti dipenuhi pemain Liverpool dan bila sepakan Aurelio melantun...tup tup Kuyt sekali lagi menunjukkan yang dia jugak amat bijak menghidu peluang.Tak ragu-ragu lagi Mancini mesti nak beli kau wahai Kuyt.


Jelasnya kawasan tengah memang didominasi oleh gandingan Spearing-Lucas dengan Meireles diletakkan sedikit di hadapan dan bebas bergerak turun naik.Agak menabjukkan permainan trio bertiga ini menguasai kawasan tengah dengan Barry dan Yaya Toure yang bersaiz lebih besar drpd mereka tak mampu berbuat apa-apa.Pujian untuk Lucas yang mengawal tempo permainan pasukan dan seringkali memulakan serangan dan kredit jugak bagi Meireles yang terus-terusan membuka ruang dengan pass yang mengelirukan,tak lupa jugak hantaran cantik untuk jaringan kedua Carroll.Kapten Carrager tak goyang langsung dalam mengawal unit pertahanan.Ini dibantu dengan kualiti Dzeko,pemain rebutan ramai suatu masa dulu dan tengoklah permainan lembiknya,sah-sah pemain terburuk di padang.Gandingan Carragher-Skrtel di bek tengah sememangnya membuatkan saya lega sedikit.Paling kurang tiadalah aksi roti kirai Kyrgiakos lagi dan Aurelio banyak membantu serangan.Saya agak teruja melihat slot bek kanan diisi oleh pemain yang seusia saja dengan saya,Flanagan malahan sepanjang perlawanan dia menjaga kawasannya dengan baik di samping membantu serangan.Saya sudah nampak masa depan yang cerah untuk pemain ini dengan krisis kecederaan yang kita alami sekarang.Berbadan kecik,berjiwa besar.Well done lad!!!Bagi Kenny pulak,langkah untuk mengeluarkan Carroll diiringi tepukan gemuruh sememangnya bijak untuk memberikan pemain baru ini satu pengalaman dan 'perasaan' bila  menjaringkan gol di hadapan Kop End.


Saya jugak kurang berpuas hati dengan etika yang ditunjukkan pemain lawan,Ballotelli.Tahulah team kau kalah pun tapi tunjukkanlah sedikit sportmanship sebagai seorang professional.Kata kaki baran tapi bila kena bentes dengan Lucas sikit aja buat-buat sakit pulak.Komentator pun dengan sinisnya berkata dia langsung tak menunjukkan permainan berpasukan.Memalukan!!!Harap-harapnya tiada pemain pasukan kita yang berkelakuan memalukan sepertinya.Bagi Adam Johnson pulak,saya harap anda sudah melihat potensi yang ditunjukkan Liverpool jadi janganlah ragu-ragu jika bidaan untuk kau muncul dari kami nanti,kami sedia menerima winger laju seperti kau wahai Johnson.


Kemenangan ini menjarakkan pasukan dengan tangga ke 5 masih dengan 5 mata tetapi Spurs mempunyai kelebihan satu perlawanan di tangan.Posisi ke 6 saya rasa lebih realistik dengan jumlah baki perlawanan yang akan dimainkan lagi.Namun,kemenangan ini memberikan amaran kepada pasukan di tangga atas bahawa Liverpool sama sekali tidak akan melepaskan kelompok' Big four' kepada pasukan lain dan pasukan kita layak berada dalam kelompok Eropah.Saya yakin peluang musin depan lebih cerah untuk kita merebut semua kejuaraan.Siapa perlu Torres bila kita ada Kuyt-Carroll-Suarez?YNWA

3 comments:

  1. sayangnya salah seorang blogger bolg ni tertido meninggalkan saya berseorangan menanti di kedai mamak haha

    ReplyDelete
  2. tau xpa..haram x tgok pon..tiba2 update blog mcm duduk kat anfield..caih,....

    ReplyDelete
  3. amboi2..kutuk sya noh..blog ni ada 3 penulis.klau sorang tertidor 2 masih ada..hahaha

    ReplyDelete