Sunday, August 21, 2011

Apa Cerita Aquaman? Benarkah?




Desas-desus telah mengatakan pemain terbaik Juventus musim lepas yang telah dipinjamkan Liverpool akan mengangkat kaki keluar ke Milan. Benarkah ini akan terjadi? Kita hanya perlu nantikan sehingga pintu perpindahan musim ini tutup.

Aquilani adalah pemain yang telah dibawa masuk dari Roma oleh pengurus lama Liverpool, Encik Rafa yang dikatakan akan menggatikan tempat Alonso yang telah berhijrah ke Real dengan harga 20 juta. Tetapi pemain ini datang dalam kena cedera dan memerlukan masa untuk pulih semula. Musim pertamanya tidak menjadi disebabkan kecederaan dan telah di pinjamkan ke Juventus selama semusim untuk mengembalikan prestasi asalnya. Ternyata musim tersebut amat bersinar baginya di Juve. Mungkin mamat ni sesuai bermain di liga Italy.

Jika ini benar-benar terjadi, sedikit kerugian dan keuntungan akan diperoleh Liverpool. Kerugiannya, Liverpool akan kehilangan seorang pemain yang agak kreatif bagi saya dan saya suka corak permainan dia. Saya rasakan Aquilani dapat menggerakkan jentera serangan dari bahagian tengah dengan jaya dan jitunya. Kebolehan menghantar  bola jarak jauh memang menarik perhatian saya. Dia juga pemain yang lincah dan mempunyai skil tersendiri. Musim lepas saya selalu melihat permainannya untuk Juve dan saya rasa gayanya amat sesuai jika digandingkan dengan penyerang sensasi kita, Suarez. Jika dilihat pada aksi persahabatan yang lepas, permainannya cukup teratur dan mampu mengucar kacirkan pertahanan lawan. Contoh yang mudah saya bagi adalah pada perlawan menentang pasukan tanah air. Kemasukannya pada babak kedua begitu menggamit perhatian para peminat yang menonton pada hari tersebut. Saya salah seorang yang tidak terkecuali menyaksikan perlawanan tersebut di stadium Bukit Jalil. Boleh dikatakan peminat di sekekliling saya menjerit "tak payah jaul la mamat ni. masih berguna lagi khidmat dia". Dia sangat kreatif dan banyak melakukan lorongan merbahaya. Dan jika dia dikekalkan, mungkin dia mampu membuat banyak lorongan yang baik untuk Suarez. Suarez pula amat berbahaya jika di beri lorongan yang cantik kerana mamat ni pantang jumpa bola, pasti dia akan mengejar.

Untungnya, Liverpool dapat mengurangkan jumlah pemain tengah yang tengah bersepah sekarang ini dan dapat mengekalkan Meireles yang merupakan pemain terbaik pilihan peminat EPL musim lepas. Meireles juga sangat kreatif dan berbahaya. Contohnya pada aksi malam semalam. Gandingan dia dan Suarez cukup menjadi-jadi. Asakan demi asakan dapat mereka lakukan sehingga mengucar kacirkan pertahanan Arsenal. Arsene Wenger pun garu kepala. Jika Aquilani ingin berambus dari sini apakan daya, saya mungkin tak dapat melihat aksi dia bermain bersama Suarez. Itu adalah hak dia. Kalau pemain itu tidak ada hati lagi dengan kelab lebih baik bagi dia berambus. Kalau dia stay lagi, mungkin dia tidak akan bermain bersungguh-sungguh macam Tor#@s. Tapi kita harus ingat sumpahan Bill Shankley terhadap pemain yang berangkat keluar. Tak ada seorang pon yang berjaya melepasi sumpahan ini melainkan Alonso sebab dia memang layak untuk menggugurkan sumpahan tersebut. Setiap pemain yang belah dari Liverpool tak akan berjaya seperti mana yang pernah mereka kecapi sewaktu di Liverpool. Biarlah apa pun yang terjadi Aqua berhak menentukan segalanya untuk kariernya. Pemain masuk dan pergi. Duit jualannya boleh dijadikan modal untuk mencari pemain lain. Semoga anda berjaya di kelab baru. YNWA.

p/s: jgn dok caya sgt sumpahan Shankley tu. saja nak melawak. berdosa kalau percaya. huhu 

No comments:

Post a Comment