Thursday, August 25, 2011

Arrivederci Aquaman....


Aquaman dengan sahnya telah berhijrah ke AC dengan kontrak pinjaman semusim dan AC mempunyai pilihan untuk membelinya andaikata beliau mampu membuat sekurang-kurangnya 25 penampilan dalam musim ini.

Berat hati saya untuk mengulas berkenaan pindahnya pemain yang betul-betul saya sanjungi ini.Dari zaman Rafa hingga King Kenny,tak seorang pun yang cuba untuk mengeksploitasi sepenuhnya potensi yang ada padanya.Kita mampu saja melihat aksinya yang pendek namun sangat efektif jika diberi peluang.Kecederaan serta kemangkuk-hayunan Uncle Woy loan beliau pada Juve membataskan peluang beliau menunjukkan taring dan belangnya.Boleh saja para peminat timbulkan isu kenapa pemain lain yang hanya perabih gaji kelab masih kekal sedangkan Aqua ditendang kiri dan kanan namun siapakah kita untuk mempersoalkan tindakan King Kenny?Lagipun,perpindahan ini mungkin jalan yang terbaik untuk kedua-dua pihak dan kita perlu ingat tiada pemain yang lebih besar daripada kelab.Akhir kata,dari pihak kami,selamat maju jaya Aqua dan ketahuilah bahawa once a red always a red.YNWA.

No comments:

Post a Comment