Tuesday, August 16, 2011

Rangkuman Pembelian Pemain


  • Jordan Henderson
  • Charlie Adam
  • Stewart Downing
  • Doni
  • Jose Enrique







Saya minta maaf banyak disebabkan keterlambatan untuk mengupdate blog. Maklum la terlalu banyak urusan sehinggakan terlupa untuk meluangkan sedikit masa bersama blog ni. Apapun kita hanya mampu merancang tapi Dia yang tentukan.

Berbalik semula kepada tajuk asal entry saya, saya di sini ingin merangkumkan pembelian yang dibuat pada pintu perpindahan kali ni yang bakal melabuhkan tirai pada 31 Ogos ni. Setakat ini pembelian yang di buat oleh King dan Comoli saya rasakan adalah yang terbaik dan terganas. Pemain sulung yang di bawa masuk Jordan Henderson. Beliau adalah pemain terbaik Sunderland musim lepas. Berikutnya Charlie Adam bekas Kapten pasukan Blackpool yang saya rasakan pemain terbaik Blackpool smusim lepas. Seterusnya Doni dari As Roma yang akan memangku tugas Reina. Kemudian pemain sayap terbaik Villa Stewart Downing. Dan yang terbaru dan termantop, pemain bek kiri terbaik EPL Jose Enrique telah selamat dan lulus ujian kecergasan dan berkemungkinan dia bakal di turunkan untuk menggantikan Jonhson pada perlawanan sulung menentang pasukan Sundal di Anfield.

Saya rasa bukan setakat itu sahaja pemain yang akan di bawa masuk ke kem latihan Melwood. Rumours setakat ini mengatakan Gary Cahill pemain dari Bolton akan masuk dgn nilai perpindahan 12 juta dan Ngog akan dijadikan barang cagaran kepada Bolton. Bolton sekarang terdesak untuk mencari peganti Sturidge yang sudah kembali ke Chelsea. Sebab tu depa mintak Ngog sebagai tambahan. Saya rasa tak ada salah pun meepaskan Ngog ni. Kalau dia duduk di Anfield pon mungkin dia tak akan naik. Mana lah kita tau kot-kot dia pi Bolton rezeki dia maju, jadi striker tebaik ka, boleh main dengan pasukan kebangsaan ka, Barca dengan Real berebut dia ka. Sapa tahu? Tapi saya rasa sampai sekarang pemain yang keluar dari Anfield tak pernah Berjaya melainkan Xabi Alonso. Mungkin ini adalah sumpahan Bill Shankley.

Apapun kami sebagai penyokong amat berterima kasih kepada owner kerana sanggup mengeluarkan pitih yang begitu banyak untuk menaikkan semula Liverpool ke takhta liga. Dan kami mengharapkan yang terbaik dan termantop daripada semua pemain Liverpool. Sinar kemenangan rasanya sudah kembali menempat di Liverpool dan Liverpool kini kembali menjadi pencabar musuh tradisi, Menyu dan seluruh pasukan EPL. Selamat kembali ke zaman kegemilangan dan teruskan perjuangan. YNWA.

No comments:

Post a Comment