Monday, April 18, 2011

Gosip sana Gosip sini(RUANGAN BARU)


Dari kiri:Hugo Lloris(Lyon),M'vila(Rennes),dan Sakho(PSG)


Ya ,gosip terbaru yang kita dengar mengatakan Dalglish berminat untuk mendapatkan ketiga-tiga pemain kebangsaan Perancis ini.Aik,keeper pun ada.Hangat!hangat!Ini menambahkan spekulasi bahawa sememangnya Liverpool dengan sepenuh hati dan jiwa sudah bersedia andai takdir telah menentukan jodoh Reina dengan Liverpool sudah tiada.Jom kita lihat serba-sedikit tentang pemain-pemain ini.Check it out....


HUGO LLORIS(GK)-Sememangnya pemain yang layak untuk menggantikan Reina sebagai goalie   kita.Tangkas bertindak,bagus dalam situasi one on one dan berkepimpinan(merupakan naib kapten  bagi Lyon dan Perancis,bukan ketua rumah sukan mahupun pengerusi BADAR).Merupakan keeper tahunan bagi Liga 1 Perancis bagi 2 tahun berturut-turut.Berumur 26 tahun.
                          
Nilai anggaran-20 m

 M'VILA(CDM)-Mempunyai susuk fizikal dan gaya permainan ala-ala Mascherano.Memang menepati kehendak kelab yang mahukan pemain muda berbakat.Kekuatan yang ketara bagi dirinya adalah susuk fizikalnya serta berbakat melindungi kawasan pertahanan dengan baik.Sememangnya Liverpool akan menggunakan wang hasil penjualan Aquilani jika benar,sohih dan mutakhir berita ini.Baru berumur 20 tahun.

Nilai anggaran-18 m

SAKHO(CB/LB)-Dikatakan bakatnya menyamai Gallas(kulit dah sama pun).Boleh bermain sebagai bek kiri tetapi selalu diletakkan di bek tengah kerana fizikalnya yang tegap dan tinggi.Bagus di udara dan pandai membaca permainan.Juga mempunyai 'bateri' yang tahan lama seperti Kuyt dan jarang injured.Pernah menjadi kapten termuda dalam sejarah liga 1 perancis(berumur 17 tahun ketika itu).Mempunyai peminat serata eropah terutama Arsenal yang mengejarnya tak dapat-dapat dari dulu.Sekarang berumur 21 tahun.

Nilai anggaran-15 m


Secara zahirnya,saya rasa LLoris itu sangat ideal bagi menggantikan Reina yang makin kesunyian kerana tak dak kawan di sini.Manakala bagi M'vila pulak saya rasa tak perlulah beli kerana kita sudah ada Lucas dan Spearing.Simpan saja duit itu untuk membeli midfield yang mampu menggantikan Abang Gerrard.Kita hanya perlukan midfield kreatif saja yang mampu 'menari-nari' dengan bola seperti yang dilakukan oleh Nasri ataupun bekas pemain kita,Benayoun.Untuk Sakho,saya rasa memang patut dan harap-harapnya Liverpool akan mengejar pemain ini sesungguh hati kerana ramai pemain pertahanan kita kian kudung,Carragher pulak macam sardin hampir expired.Persaingan dari seteru terdekat EPL pun ada kerana pasukan taska pun gila-gila mahukan khidmatnya.Itu yang mampu saya kongsikan.Pendapat anda bagaimana pulak?YNWA

2 comments: