Saturday, April 23, 2011

FULL TIME:Liverpool 5 vs 0 Birmingham City



"Bos kasi laa saya main lepas ni,janganlah kedekut,saya tere dari Messi lagi"


No Gerrard.No Carroll.No problem.Terbaik dari ladang performance Liverpool hari ini.Luar biasa hebatnya,kegembiraan ini ditambah perisa pulak bila aku dengar pasukan ayam sekadar seri menentang team pakcik Roy.Memang legend lah pakcik.Nampak sangat dia masih sayangkan Liverpool.

Kepada para pelanggan celcom baik hampa tukar la cepat-cepat ke Maxis.Tengok malam ni ,dia naik sheikh skor hatrik.Semua game yang dia skor setakat ni semuanya menang.Memang hang tuah betul mamat ni.Ada guna lagi pemain macam dia ni,harapnya janganlah dijual.Baik jugak dia diturunkan kerana dia lebih tangkas berbanding Carroll.Hasilnya,naaaaahh 3 bijik!Malam ni sekali lagi Kuyt terpaksa ambik sempoa kira berapa bijik dah dia skor musim ni.Suarez?memang dia tak dak luck sekali lagi.Terpegun den tengok dia sepak silang kaki tadi.Tak kisahlah dia skor ataupun tak janji dia bermain elok dan tak mengecewakan penyokong.Okey lah tu boleh assist sampai 2 bijik.

Hakikatnya,Birmingham memang macam tikus nak kena ngap dengan kucing jaa sepanjang perlawanan.Ditambah dengan psikologi dimainkan oleh penyokong,den dah nampak kita nak menang besaq lepas gol kedua.Kenny memang pakar formasi.Beliau gunakan posisi diamond pada awal perlawanan untuk membolehkan Meireles menggunakan kebolehannya supply bola untuk unit serangan.Kemudian ditukar pulak kepada  formasi 4-4-2.Spearing-Lucas sudah menjadi seperti adik-beradik nampaknya.Main sambil bertepuk-tampar pun tak goyang.Den ternampak Abang Gerrad jeles melihat dua midfield itu meniru gaya permainannya.Manakala dua fullback muda,bergaya lagi hebat itu masih kekal cemerlang.Apa yang aku suka dua budak ni main macam EPL tuu gelanggang mainan depa waktu kecik-kecik.Naik turun,overlapping,terjahan keras dan banyak lagi.Hleb pun kena buli dengan Robinson.Reina pulak hari ni sibuk praktis meninju bola,itu pun hanya dua tiga  kali saja.Jonjo saya lihat memang punya gerakan seorang midfielder yang boleh kita harap.

Apa yang kita boleh dapat hari ini;

  1. Pemilik tunggu apa lagi,bagi ja jawatan pengurus tu kat Kenny cepat-cepat.Sudah jelas dia paling layak dan tampan untuk mengembalikan zaman gemilang kita.
  2. Gaya 'pass and move' sudah nampak dari game ke game di bawah Kenny.Cuma perlu konsisten dan terapkan gaya ini di game away jugak,bukan sekadar kuat di home.
  3. Flanagan,Robinson dua-dua boleh pakai.Kalau beli LB musim depan jangan lupakan mereka langsung
  4. Suarez kena kurangkan komplen macam Kuyt.Tapi kualiti yang dia ada memang sempoi.
  5. Maxis tuu masih boleh main backup player.
  6. Tempat ke eropah bukan mustahil.Ingat,pasukan ayam masih perlu lawan Chelsea,City dan pasukan kita.
  7. Sapa perlu Messi bila kita ada Maxi???YNWA

5 comments:

  1. hmm..yup..gem y mnarik! score y mantap! congrat liv!

    ReplyDelete
  2. "Reina pulak hari ni sibuk praktis meninju bola"

    wakaka,bes game

    ReplyDelete
  3. go go liverpool, hambat team ayam kampung dari utara...hehehe

    previu bolton vs arsenal

    ReplyDelete
  4. haha,,aku mmg akn gelak stiap kali bca blog ni..ayat ko best,plus teringat2 lg hatrick maxi..=)

    ReplyDelete
  5. trimas smua...kalau ada idea or perkongsian,jgn segan jgn segan..pakat2 kongsi laaa kita

    ReplyDelete