Wednesday, February 2, 2011

Sangat Teruja


Semuanya bagaikan mimpi jadi kenyataan. Permainan yang sangat menarik dengan short passing ala-ala Barcelona. Aku rasa mcm berbaloi ja semalam. First half melihat aksi-aksi menarik di rumah. Dah masuk 2nd half perut dah menyanyi lagu seroja. Apa lagi cepat-cepat la aku ambil kunci moto keluar rumah.

Memang aku dah target nak pergi kedai dekat-dekat je sebab tengah dok half time. Bapak lagi pecut tak sangka la. Sampai-sampai ja kat kedai tu dengan selambanya pergi tengok tv siaran pa. Tau-tau tengok tak dak player pun pakai baju merah. Alamak!!! Game Ciry pulak. Hangin sikit. Cangak lagi. Apa lagi. Kalut terus. Adus kena pergi kedai dekat pekan pulak. Tak pa la. Aku pun pecut tahap racer dah. Memang tak ikut peraturan jalan raya dah. Nak buat macam mana. Tak dak kenderaan kat tengah jalan. Aku bedal je la.

Sampai-sampai ja memang kalut tahap cipan dah. Ingatkan dah minit 60 ka 70. Tengok-tengok baru minit 50. Tapi aku terlepas gol dari Meireles. Tak pa la. Mungkin ada gol lain yang akan menyusul. Memang ramai la penyokong setia Liverpool yang menyaksikan game tadi. Dari kecik sampai la yang besar. Tua muda semua ada. Semua kaum ada. 1 Malaysia katakan.

Sedar tak sedar Luis Suarez muncul. Apa lagi semua bagi standing ovation la. Sekali dengan tokey kedai bagi. Fuhhh!!! Bangga betul tengok Fan-fan Liverpool cam ni. tak tunggu lama selepas kemunculan Suarez tengah padang. Tetiba sorakan Fan bergema semula apabila melihat aksi menarik yang ditunjukkan oleh Suarez. Beremang bulu roma aku. Kiri aku india kanan aku cina. diorang ni tak habis-habis dok sembang pasai Suarez. Walaupun aku tak paham mereka cakap apa tapi aku tau topik yang diperkatakan adalah mengenai Suarez sebab aku ada dengar nama dia banyak kali.

Sekali lagi guruh bergema tapi kali ni lagi dahsyat. Goalllll!!!!!! Bunyi macam-macam kali ni. Sambil bagi standing ovation ada jugak yang menepuk-nepuk meja bagi gempak sikit. Teruja gila aku melihat fan Liverpool yang sangat setia melihat game Liverpool walau pukul berapa sekali pun. Tokey kedai rasanya untung besar hari ni sebab ramai tersangat yang dok makan kat situ. Tahniah fan liverpool. YNWA (asgard).    

4 comments:

  1. nak tanya yang tgk game City tu ramai sangat ker heheh? halau jer dorang berambus... he he.

    ReplyDelete
  2. nice blog keep it up..
    liverpoolkita

    ReplyDelete
  3. Rabun: ramai la jugak tu yang blah pi tempay lain..
    tokeysiber: trime kasih..baru mula nak berjinak

    ReplyDelete
  4. Bro...sila ke Blog gua kalu nak tahu satu kes nyaya!. Ini sume gara-gara Liverpool!!

    http://bakhtiarjais-bad.blogspot.com/2011/02/liverpool-oh-liverpool.html

    ReplyDelete