Saturday, February 12, 2011

Preview oh preview: Liverpool vs Wigan





                  vs








Pada malam ini pukul 10.55 waktu Malaysia, Liverpool akan menerima kunjungan daripada Wigan. Melihatkan kepada prestasi pasukan kita, tampak ia memberikan sinar kemenangan pada malam ini. Tetapi hanyalah di atas kertas. Biarpun Wigan berada pada zon penyingkiran kita tidak boleh memandang enteng pada pasukan ini. Bak kata Hasbullah Awang "bola itu bulat dan tidak lonjong".

Apapun kemenangan amat dicari bagi mengekalkan rekod kemenangan dan tanpa dibolosi. Adakah posisi sebelum ni akan dikekalkan. Itu terpulang kepada Master Key kita King Kenny. Pelbagai percaturan sedang bermain dalam ruangan fikiran beliau.

Dikhabarkan kapten fantastic kita masih belum pulih sepenuhnya. Adakah beliau akan bermain pada malam ni menjadi tanda tanya bagi semua peminat Liverpool. Bek kanan yang semakin naik namanya sekarang Martin Kelly juga dikhabarkan tidak sembuh sepenuhnya lagi. Berita baik pula dilihat Joe Cole sudah boleh bermain dan berada dalam bench dan mungkin akan digunakan bila-bila masa sahaja.

Biar la apapun semuanya bergantung kepada King kita bagi memastikan  3 mata penuh menjadi milik mutlak kita pada malam ini. Sengatan Suarez amatlah diperlukan ketika ini bagi membolehkan peminat percaya kepada kehebatan beliau. Gandingan midfield kita yang akan diketuai Meireles perlu serasi untuk terus menyerang dan bertahan. Segalanya bergantung pada keserasian para pemain malam ini. Buatlah yang terbaik. YNWA (asgard).

2 comments: