Wednesday, February 9, 2011

Aksi Persahabatan

Pagi tadi beberapa pemain kita telah beraksi untuk negara mereka dalam aksi persahabatan. Antaranya ialah Christian Poulsen, Daniel Agger, Glen Johnson, Raul Meireles, Dirk Kuyt, Lucas Leiva dan termasuk juga pemain kita yang telah diloankan iaitu Alberto Aquilani. Bagi Pepe Reina dan Danny Wilson, mereka hanya menghiasi bench sahaja.

Pada perlawanan Denmark menentang England di Copenhagen, pemain pertahanan kita iaitu Agger telah meletakkan negaranya di hadapan dengan tandukan yang amat berbisa. Harap-harap dia boleh skor untuk The Reds pulak. Poulsen pulak diberi tanggungjawab untuk menjadi ketua pasukan. Manakala Johnson telah membantu pasukannya menang pada perlawanan tersebut apabila dia mengassistkan gol untuk Ashley Young. Ketiga-tiga pemain tersebut telah bermain untuk tempoh 90 minit.

Kuyt pulak telah membantu pasukan negaranya menang apabila Holland telah membenamkan Austria 3-1. Pemain Liverpool yang selalu main kat posisi wing kanan ni telah berjaya menyempurnakan sepakan penalti dan bermain selama 75 minit.

Lucas pulak telah bermain selama 90 minit. Tapi team dia kalah 1-0 kepada Perancis hasil jaringan Karim Benzema. Raul Meireles pulak diberi peluang bermain selama 79 minit. Pasukannya pun kalah kepada Argentina 2-1 apabila Lionel Messi berjaya menjaringkan penalti pada minit-minit terakhir perlawanan. Aquilani masuk di minit 63. Italy terikat 1-1 kepada German.

Tahniah diucapkan kepada pemain-pemain yang beraksi awal pagi tadi(waktu Malaysia). Diharapkan anda semua fit bila bertemu Wigan nanti di Anfield. Hidup Liverpool. YNWA. (asgard) 


1 comment:

  1. good blog bro.. Pemain liverpool memang star...

    http://merahsebenar.blogspot.com

    ReplyDelete