Monday, May 16, 2011

Aquaman-apa cerita?



Aqua bagai orang mati kutu nampaknya sekarang ni.Dengan Juve coba-coba ketegaq nak bayaq harga sebanyak £13.9m seperti yang dimintak kita,nampaknya masa perbincangan akan dilanjutkan lagi antara dua kelab,patutnya deadline semalam.Tak cukup lagi ka masa yang kita dah bagi kat Juve?Saya rasa dengan kualiti yang Aqua ada,harga itu tak menjadi masalah langsung.Juve memang dasar kaki belit.Ada-ada saja komen yang dikeluarkan nak kaver takdak duit.Ura-ura mengatakan mereka dah cari option yang lagi murah yakni Pirlo andai tak dapat cekup Aqua.Yang lagi teruk Juve siap tawar hanya 5 m untuk pemain ni awalnya.5 m?Must be joking.Botak Konchesky bodo-bodo pon dah 3 m.Inikan pulak pemain antarabenua itali ni.Sememangnya Juve coba gunakan alasan Aqua ingin kekal di Itali sebagai habuan atau pancingan untuk kita jual dengan harga lelong.Maaf laa Juve,ni bukan musim jualan murah,nak murah tunggu raya cina la.


Ada sumber dalam(tak tau sohih atau tak) mengatakan kita lebih gembira andai kata pemain ini dapat dijual.Wang penjualan itu mewakili wang yang kita akan gunakan untuk membida Ashley Muda.Kiranya polisi yang sama digunakan sebelum ini.Jual pemain untuk pospek yang lebih bagus.Keadaan pemain ini yang tak gembira untuk kembali ke kelab asalnya jugak langsung tak membantu kerana prinsip Kenny mudah,kau tak suka kau blah!Sumber ini jugak katakan Aqua tak ngam dengan dengan projek yang dituju oleh kelab.Projek apakebenda laa pulak spy kami tak sempat merisik khabar.


Bagi saya,benda ni mudah saja.Jangan dilayan sangat permintaan kelab pompuan kerepot tuu.Kalau mereka buat ketegaq tak mau bayaq,AC Mizal Milan ada lagi untuk beli dia dari kita.Dan lagi baik kalau dia terus stay dengan kita yang memang tak cukup arkitek kreatif macam dia ni.Saya boleh bayangkan pilihan yang Kenny ada di unit tengah andai dia kekal dengan kita musim depan.Aqua pun seperti pasrah saja bila spy Komrad Reds cuba korek-korek tentang hal ni dari dia.


"My situation is simple. It all depends on Juventus - if they want to, [they can] buy me without asking anyone's opinion,"

Apa-apa pun yang terjadi,saya yakin permainan tarik tali pemain ini pasti berbaloi tak kira kelab mana yang dapatkannya untuk musim depan.Kita mungkil bakal ternampak kelibat jejaka romeo ini di Anfield seawal minggu depan ataupun sebaliknya.Siapa perlu Charlie gemok bila kita ada Aqua?YNWA


1 comment:

  1. liverpool skrng nie x perlu permain tngh!! jual2 haram jadah 5m ja.

    ReplyDelete