Sunday, May 15, 2011

Preview oh preview: Liverpool VS Tottenham hotspurs



Dengan 2 mata membezakan antara kita dan spurs,ini boleh dikatakan perlawanan 'final' bagi kita.Kemenangan bagi kita sudah tentu memberikan spot europa league kepada kita dan memunah serta menjahanamkan reputasi spurs yang hanya mengutip 1 kemenangan dalam 13 perlawanan dalam semua kejohanan.Teruk,teruk,teruk!!!

Meireles dijangka bakal diturunkan selepas cedera hamstring pada match sebelum ini.Tapi kalau tak turun pun rasanya saya tak risau bila tengok aksi magik ala-ala Gerrard dari Shelvey minggu lepas.Yang menjadi tanda tanya adakah Kenny akan terus percaya dengan Maxis atau menurunkan player mahal,Carroll malam ini.Spurs pulak dilanda vodoo agaknya dengan deretan pemain mintak mc.Yang lecehnya Mat Gomes pulak injured.Rugi tau.Kalau tak rasanya Spearing boleh bubuh malam ni.Palacios serta Gallas jugak cedera dan memberikan sedikit kelebihan kepada kita.

Peminat semestinya kepingin melihat aksi menjilat jari dari Suarez sekali lagi malam ini.Suarez pulak diharapkan jangan terlalu gembira dipuja oleh seantero dunia.Harap-harapnya dia telan habes King dan Dawson malam ni.Van der vaart-Modric-Lennon pulak menjadi pertaruhan spurs untuk merobek gawang kita.

Dengan atmosfera positif yang melanda kelab sekarang ni perihal Raja sain kontrak sebagai manager tetap,nampaknya tiada yang mustahil melainkan yang mustahil-mustahil belaka.Tumbuk-menumbuk,balun membalun tentunya akan berlaku pada malam ini,malam segala-galanya bagi kedua-dua kelab.

Probable lineup:-
Reina, 
Flanagan, Carragher, Skrtel, Johnson
 Lucas, Spearing, Meireles, Maxi
Kuyt, Suarez.

 Crouch.
Van der Vaart
Pienaar,Modric,Sandro,Lennon
 Rose, Dawson, King,Corluka 
  


Ayuh The Reds,tunjukkan mereka siapa itu kita.YNWA


1 comment:

  1. matikan gerakan modric semuanya ok.. maxi kene main, dia tengah onform ...masukan carrol second half jer lah..harap harap main bola bawah lagi...muntah aku nengok bola lambong heheheh..

    ReplyDelete