Sunday, May 1, 2011

PREVIEW OH PREVIEW:LIVERPOOL VS NEWCASTLE



Reina
Flanagan-Carragher-Skrtel-Aurelio
Lucas-Spearing
Meireles
Kuyt-Carroll-Suarez


Misi ke eroph diteruskan di gelanggang keramat kita Anfield apabila bertemu pasukan Newcastle. Aksi konsisten di tempat sendiri pasti dijadikan modal semangat para pemain untuk menyekat pasukan magpies ini. Tambahan pula kita tidak pernah tewas di tempat sendiri sejak Kenny mengambil tampuk pemerintahan Anfield. Namun saya agak hairan kerana perlawanan kali ini bakal berlangsung agak awal iaitu kira2 pukul 7 petang waktu Malaysia. Setelah ditolak tambah kira2 pukul 12 tengahhari waktu uk. Gila ka apa main bola tengah-tengah hari buta kah kah kah………………(bunyi cengkerik). Ahh lupakan!

TUMPUAN:Andy Carroll



Liverpool masih lagi dalam mood yakin boleh setelah menabrak Birminggham 5-0 minggu lepas sementelahan itu pasukan dari tynneside ini pula sekadar mengutip 5 mata dalam 5 perlawanan liga terdahulu. Permain tumpuan pastinya Andy Carroll yang bakal menentang kelab lamanya setelah perpindahan beliau ke Liverpool bernilai 35 juta pound pada musim sejuk lepas. Namun belum dapat dipastikan beliau akan sempat sembuh bagi perlawanan ini. Semuanya begantung pada kecergasan beliau. Tapi tengok gya beliau tunggang ayaq setan kat Madrid  tempoh hari macam dah boleh main. Tetapi harus diingat, bak kata Kenny, ini bukan lah carroll vs Newcastle tetapi Liverpool vs Newcastle. Lupakan seketika emosi di luar padang dan beri aksi bermutu ketika berjuang-itulah yang pihak kami harapkan jikalau dia sempat cergas dan main nnti.

Berdasarkan fakta,kita tiada masalah berdepan lawan kita ini di halaman sendiri. Dalam 15 perlawanan terdahulu di anfield Liverpool telah menewaskan Newcastle 13 kali dalam 15 perlawanan terakhir. Namun harus juga diingat kita juga telah dilanyak mereka pada aksi separuh pertama liga di tempat lawan. Berita terkini yang melaporkan Carroll masih lg dalam status doubtful mungkin menyaksikan hat-rick hero Maxi Rodriguez disenaraikan dalam kesebelasan utama. Saya jangkakan tiada perubahan terhadap line-up yang mengamuk Birmingham minggu lepas. Sementara itu di kem lawan, Alan Pardew menerima berita tak sedap apabila on-loan midfield,Stephen Ireland bakal tersisih baki perlawanan liga musim ini. Ben-Arfa yang telah rehat panjang pula telah menunjukkan tanda-tanda positif tetapi masih belum cergas sepenuhnya. Pemain yang patut diberi tumpuan semestinya adalah Kevin Nolan yang telah menandatangi kontrak baru bersama Newcastle. Membesar sebagai seorang Liverpool, pastinya jaringan menentang kelab pujaan waktu kecil bakal meninggalkan memori yang sukar dilupakan.

Kekalahan tottenham kepada Chelsea semalam sememangnya perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh Liverpool untuk persaingan ke Eropah. Bermain seperti wira dan jangan segan nak buat gol.selamat berjaya!YNWA.

No comments:

Post a Comment