Friday, May 20, 2011

Review Musim 2010/2011 siri 1




Alrite,saya persembahkan di sini review semusim bagi persembahan pasukan kita.Oleh kerana ketiga-tiga penulis akan memasuki alam ipt dalam masa 2 3 hari lagi,maka kami dengan besar hati membincangkannya lebih awal.

2010/2011 menyaksikan season yang penuh kejutan.Di sini saya lampirkan setiap peristiwa penting ke arah kebangkitan pasukan di akhir musim ini.Bermula mandom tak semestinya akan berakhir dengan mandom jugak.Inilah buktinya:-

  1. 3 jun 2010 melihat pemergian Rafa dari pangkuan kita diiringi lagu  p ramlee.Ini merupakan keputusan yang terbaik bagi pihak kita dan dia sendiri.Dia tetap di hati penyokong.
  2. Uncle roy tiba dengan reputasi menggerunkan.Mendaftar masuk beberapa pemain buangan saya kata  seperti cole,botak jegil konchesky,Jova,Poulsen,brad jones namun hanya Raul saja yang mampu berkilat,itupun bukan di zaman beliau.Pemain feveretnya sudah pasti Ngok.Duduk tak lama sebelum kena tendang.Kutip hanya 25 mata dari 21 game.
  3. Mascheranduk ketegaq bulu tak mau main lawan city.Sumpah dia ni tak malu makan gaji buta.Buang p barca penuhkan kuota bench.
  4. Kita jugak sudah insaf papar jenama todi pada seantero alam.Tukar pada standard chartered,nampak lebih sempoi.
  5. Owner kedekut piang kena tendang keluaq lepas masuk court.NESV masuk beli tanggal 15 oktober 2010.Keputusan tepat halau uncle Woy.
  6. Return of the King Kenny.Bukan takat dia saja,dia cek-in sekali dengan Steve Clarke.Permulaan yang hambar namun akhirnya keputusan positif mula menyusul.Mengutip 33 mata dalam hanya 16 game.Beza bukan dengan uncle woy?Penyokong jugak banyak bagi sokongan rohaniah kepada beliau.
  7. Damien Comolli dilantik sebagai pengarah bolasepak kelab.Hasilnya amat memuaskan.
  8. Torak cempera nak masuk kelab yang lebih besau dengan kemukakan surat blah dari kelab.Seantero galaksi ternganga,ada yang menangis dan ada yang tak kurang jugak mula berjumpak pawang untuk vodookan dia.Semua kata-katanya yang manis selama ni hanya omong kosong.Cesi seronok umpama kera dapat belacan.Seronok tak lama.Torak kecewa dihentam Agger dan pulangannya hanya 1 gol dalam 13 match.
  9. 50 m digantikan dengan 2 org striker bersaudara yang padu sabdu.Durian runtuh kata orang.Suarez masuk dengan reputasi gigi tajam manakala Carroll pulak dengan tandukan komersial serta penyepak agung.Suarez jadi gerunan bek-bek.
  10. Perlawanan penuh gemilang lawan syaiton merah.Tersungkur mereka di pintu neraka anfield.Selain itu Cesi makan asap,Birmingham kena ayam,Newcastle kena gulai,City nampak cam team miskin dan match penuh drama gerak khas di emirates.Mentari eropah muncul lagi akhirnya.
  11. Tak lupa jugak kekalahan pada team koro macam blackpool,2 west(ham dan brom) serta blackburn.Nak jadi mantop tak leh nak drop point dengan team mcm ni selalu.
  12. Pemain utama injured.Krisis oh krisis.Semua orang nak bunuh diri dapat tau kapten injured sampai akhir musim.Usah bimbang semua,kita ada youngster yang cekang-cekang belaka.Muncul Flanagan,Shelvey,Spearing,Robinson dan Kelly yang mencabar kewibawaan pemain-pemain veteren anfield.
  13. Pemain cemuhan jadi pojaan hati penyokong.Maxi,Kuyt dan paling penting Lucas,si brazilian yang mula nampak cam Dunga.Konsisten sepanjang musim.Tiada Mascheranduk tiada masalah.Kata Lucas dengan bongkak,''kawasan tengah aku yang punya''.
setakat itu saja buat masa sekarang.Tapi ingat ini baru sesi taaruf,siri 2 ada lagi.YNWA

Monday, May 16, 2011

Aquaman-apa cerita?



Aqua bagai orang mati kutu nampaknya sekarang ni.Dengan Juve coba-coba ketegaq nak bayaq harga sebanyak £13.9m seperti yang dimintak kita,nampaknya masa perbincangan akan dilanjutkan lagi antara dua kelab,patutnya deadline semalam.Tak cukup lagi ka masa yang kita dah bagi kat Juve?Saya rasa dengan kualiti yang Aqua ada,harga itu tak menjadi masalah langsung.Juve memang dasar kaki belit.Ada-ada saja komen yang dikeluarkan nak kaver takdak duit.Ura-ura mengatakan mereka dah cari option yang lagi murah yakni Pirlo andai tak dapat cekup Aqua.Yang lagi teruk Juve siap tawar hanya 5 m untuk pemain ni awalnya.5 m?Must be joking.Botak Konchesky bodo-bodo pon dah 3 m.Inikan pulak pemain antarabenua itali ni.Sememangnya Juve coba gunakan alasan Aqua ingin kekal di Itali sebagai habuan atau pancingan untuk kita jual dengan harga lelong.Maaf laa Juve,ni bukan musim jualan murah,nak murah tunggu raya cina la.


Ada sumber dalam(tak tau sohih atau tak) mengatakan kita lebih gembira andai kata pemain ini dapat dijual.Wang penjualan itu mewakili wang yang kita akan gunakan untuk membida Ashley Muda.Kiranya polisi yang sama digunakan sebelum ini.Jual pemain untuk pospek yang lebih bagus.Keadaan pemain ini yang tak gembira untuk kembali ke kelab asalnya jugak langsung tak membantu kerana prinsip Kenny mudah,kau tak suka kau blah!Sumber ini jugak katakan Aqua tak ngam dengan dengan projek yang dituju oleh kelab.Projek apakebenda laa pulak spy kami tak sempat merisik khabar.


Bagi saya,benda ni mudah saja.Jangan dilayan sangat permintaan kelab pompuan kerepot tuu.Kalau mereka buat ketegaq tak mau bayaq,AC Mizal Milan ada lagi untuk beli dia dari kita.Dan lagi baik kalau dia terus stay dengan kita yang memang tak cukup arkitek kreatif macam dia ni.Saya boleh bayangkan pilihan yang Kenny ada di unit tengah andai dia kekal dengan kita musim depan.Aqua pun seperti pasrah saja bila spy Komrad Reds cuba korek-korek tentang hal ni dari dia.


"My situation is simple. It all depends on Juventus - if they want to, [they can] buy me without asking anyone's opinion,"

Apa-apa pun yang terjadi,saya yakin permainan tarik tali pemain ini pasti berbaloi tak kira kelab mana yang dapatkannya untuk musim depan.Kita mungkil bakal ternampak kelibat jejaka romeo ini di Anfield seawal minggu depan ataupun sebaliknya.Siapa perlu Charlie gemok bila kita ada Aqua?YNWA


Sunday, May 15, 2011

FULL TIME:Liverpool 0 2 Tottenham





"nah kau sebijik"


Malas nak cakap banyak.Semua serba tak kena.Team ayam dah ayamkan kita.Layan game wigan lagi puas rasanya.Ada baik jugak miss europa.Ntah laaa.Ni laa yang aku dapat malam ni.


  1. Aura penanduk Carroll sudah hilang entah ke mana.Nak harapkan mat gomes saja tolong memang tak berdaya laa jawabnya.Benarkah lelaki 35 juta datang membawa bakatnya atau hanya datang membawa sial?Saya tinggalkan soalan itu untuk musim depan.
  2. Rafael memang suka membuat onar .Gol dia memang fantastik.
  3. Kuyt memang bateri tak expired.Tika semua pemain sudah hilang semangat,dia tetap berlari.
  4. Suarez kena bantai,peninju tanpa henti.Agaknya dia ni halimunan sampai si ref dogoi wat donno ja.Sempat menyepak Dawson.Kelihatan sangat cool.
  5. Midfield sakit bila tak dak Raul.Lucas-Spearing jadi mandom tak tentu arah.Sandro bulu ambik kesempatan membuli.
  6. Lucas wat perangai lama balik sangat bermurah hati menderma bola pada team jahat.
  7. Glen sememangnya makin sempoi tak kira letak kat kiri atau kanan.Hanya kaki kiri perlu lebih banyak praktis.
  8. Saya tetap memuji Flanagan walaupun kasik penalti kat geng jahat.Itu lumrah alam.Tak dinamakan bek laaa kalau tak concede penalti.Flanagan tak gentar naik membantu serangan.Namun,penaltikah itu?
  9. Maxi buas memburu gol sampai sanggup terjun ala-ala sakit dan mendapat kad.Keluar penuh kecewa.
  10. Ngog ada gaya nak buat sempoi tapi tak jadi.Agaknya memang dia training hari-hari untuk pass bola kat geng jahat.
  11. Sandro bulu wat aksi jenaka di padang.Lain kali kalau datang kena bawak helmet protection.
  12. Abang Gerrard dan lejen Fowler merana menonton dari sisi padang.
  13. Man of the match,Howard Webb !
YNWA

Preview oh preview: Liverpool VS Tottenham hotspurs



Dengan 2 mata membezakan antara kita dan spurs,ini boleh dikatakan perlawanan 'final' bagi kita.Kemenangan bagi kita sudah tentu memberikan spot europa league kepada kita dan memunah serta menjahanamkan reputasi spurs yang hanya mengutip 1 kemenangan dalam 13 perlawanan dalam semua kejohanan.Teruk,teruk,teruk!!!

Meireles dijangka bakal diturunkan selepas cedera hamstring pada match sebelum ini.Tapi kalau tak turun pun rasanya saya tak risau bila tengok aksi magik ala-ala Gerrard dari Shelvey minggu lepas.Yang menjadi tanda tanya adakah Kenny akan terus percaya dengan Maxis atau menurunkan player mahal,Carroll malam ini.Spurs pulak dilanda vodoo agaknya dengan deretan pemain mintak mc.Yang lecehnya Mat Gomes pulak injured.Rugi tau.Kalau tak rasanya Spearing boleh bubuh malam ni.Palacios serta Gallas jugak cedera dan memberikan sedikit kelebihan kepada kita.

Peminat semestinya kepingin melihat aksi menjilat jari dari Suarez sekali lagi malam ini.Suarez pulak diharapkan jangan terlalu gembira dipuja oleh seantero dunia.Harap-harapnya dia telan habes King dan Dawson malam ni.Van der vaart-Modric-Lennon pulak menjadi pertaruhan spurs untuk merobek gawang kita.

Dengan atmosfera positif yang melanda kelab sekarang ni perihal Raja sain kontrak sebagai manager tetap,nampaknya tiada yang mustahil melainkan yang mustahil-mustahil belaka.Tumbuk-menumbuk,balun membalun tentunya akan berlaku pada malam ini,malam segala-galanya bagi kedua-dua kelab.

Probable lineup:-
Reina, 
Flanagan, Carragher, Skrtel, Johnson
 Lucas, Spearing, Meireles, Maxi
Kuyt, Suarez.

 Crouch.
Van der Vaart
Pienaar,Modric,Sandro,Lennon
 Rose, Dawson, King,Corluka 
  


Ayuh The Reds,tunjukkan mereka siapa itu kita.YNWA


Thursday, May 12, 2011

SANG RAJA DAPAT KONTRAK KEKAL



Rupa-rupanya abang Henry tak tengok saja. Sebentar tadi SAH King Kenny menjadi pengurus Liverpool dengan kontrak 3 tahun. Abang henry berkata, sejak kedatangan sang raja, suasana di seluruh kelab berubah. Semua dia sentuh jadi cekang bak ayat baku sentuhan emas atau golden touch atau lejen laa! He deserves that. Tak lupa juga abang steve Clarke yang dibawa masuk king Kenny juga ditawarkan kontrak 3 tahun. Bagai orang mengantuk disuakan kopi o suam, beliau turut menerimanya. Harapan kita season depan pastinyamahu kelab kesayangan kita ini kembali menjadi kelab disenangi di rantau eropah. Kemarau kejuaraan liga yang memasuki umur 20-an,kalau lah diukur pada seorang manusia, tentu baru habis buat degree. Now the king has return, the fell ood factor has come to anfield! IKKWT!

Wednesday, May 11, 2011

KEAJAIBAN KING KENNY



DAH BERMACAM-MACAM KEAJAIBAN YANG TELAH KING LAKUKAN SELEPAS BELIAU MENGAMBIL ALIH TAMPUK PEMERINTAHAN PAK CIK ROY. KAT SINI SAYA BOLEH SENARAIKAN BEBERAPA KEMISTERIAN YANG BELIAU LAKUKAN.

1. KING BERJAYA KENAL PASTI PENGKIANAT DAN MENGHALAU MAKHLUK TORAK DARI PADANG ANFIELD.

2. KING TELAH BERJAYA MEMBAWA SUAREZ DAN CARROLL KE DALAM ANFIELD.

3. KING BERJAYA MENGGILAP BAKAT PEMAIN SEPERTI MAXI DAN KUYT MENJADI PENJARING GOL YANG DI GERUNI PERTAHANAN LAWAN. BAK KATA ORANG TUA-TUA MACAM KUCING LIGAN RIMAU. BERANI MATI PUNYA LAA.

4. KING BERJAYA MEMBUATKAN PENGKRITIK BOLA KUTIP BALIK TAIK YANG DEPA DAH BALING KAT LUCAS.

5. KING TELAH MEMBUATKAN ABANG GERRARD REHAT DENGAN SENANG LENANG MAKAN GAJI BUTA SEBAB DIA ADA GANDINGAN LUCAS SPEARING. DAN SPEARING TELAH TERSENARAI DALAM PASUKAN ENGLAND BAWAH 21.

6. KING TELAH TERJUMPA KILAUAN PERMATA DALAM AKADEMI LIVERPOOL DENGAN MEMBAWA MASUK KELLY, FLANAGAN, DAN ROBINSON KE DALAM PASUKAN. JONHSON PUN DAH TAKUT DENGAN DIORANG NI SEHINGGAKAN PRESTASINYA MEMUNCAK WALAUPUN DAH MAKIN GEMUK.

7. KING DAH KEMBALIKAN ZAMAN KEGEMILANGAN LIVERPOOL DENGAN MEMBAWA SEMULA LIVERPOOL KE TOP 5 LIGA DARI ZON PENYINGKIRAN.

8. KING MENYEBABKAN FAN LIVERPOOL BERTAMBAH RIBUT DI SETIAP PERLAWANAN WALAUPUN MAIN KAT TEMPAT LAWAN. BIASALAH FAN LIVERPOOL BUKAN KIRA APA DAH. KALAH PON SORAK MENANG PON SORAK. SUSAH NAK CARI FAN MACAM NI. BUKAN MACAM FAN SETAN, KALAH JA TERUS TAK NAK NGAKU FAN. COIHHHH. HAK TUIH.

9. KING JUGA TELAH MEMBUATKAN SEMUA PEMAIN LIVERPOOL BERMAIN DENGAN GARANG SELEPAS DI BERI MINUM AIR STOKIN BELIAU. RASA-RASANYA LAH. MAIN TAK RETI NAK PENAT. THROUGH PUN DAH SEMAKIN CANTIK. DARI KEEPER SAMPAILAH KE STRIKER SEMUANYA PANDAI NAK BUAT GOL.

10. YANG TERAKHIR SAYA BOLEH CERITAKAN IALAH KING TELAH MENYEBABKAN BLOGGER-BLOGGER LIVERPOOL YANG SEBELUM INI SURAM DILITUPI AWAN DANIA TELAH KEMBALI SEGAR BAGAI KENA AIR KETUM. PAIT BERDENGUNG KENA AIR KETUM KING. CELIK MATA TAK KESUDAH. CONTOH YANG BOLEH SAYA BERIKAN ADALAH KAMI DI KOMRAD REDS SENDIRI DAN JUGA DARI BLOG ABANG TOKEY SIBER, LIVERPOOLKITA SERTA BANYAK LAGI.


ALA KORANG NI JGN LA PUJI LEBIH-LEBIH. MALU LA I. HIHIHIH

TIADA KATA DAN NOTA YANG PERLU DISAMPAIKAN, TUNGGU BAPAK LAGI PEMILIK OII. BAGI JA KONTRAK TEMPOH PANJANG DEKAT KING. KALAU BOLEH SEUMUR HIDUP LAGI BAGUS. KAMI SENTIASA AKAN MENYAPORT LIVERPOOL BIAR APA YANG TERJADI. GO GO GO LIVERPOOL. YNWA. (asgard)

p/s: banyak lagi miracle yg dia buat. tak larat nak bagi semua. bak kata cucu saya lu pikir la sendiri. hehehe

Bergembiralah penyokong-penyokong sekalian



Kenapa saya kata begitu???Kerana kelab kita mempunyai pnyokong paling riuh sekali musim ini.Gegak gempita!!!Sekurang-kuranya kita boleh mendabik dada di depan penyokong kelab lain yang bajet ok.Tahniah untuk semua penyokong yang menunjukkan sokongan kepada kelab tak kira datang ribut ataupun uncle roy!Malahan bakal juara 19 kali yakni team syaiton gondol pun hanya memperoleh tempat ke-2.Sudah terang lagi bersuluh,tradisi turun-temurun keghairahan penyokong-penyokongnya tak ditelan dek zaman.Mengikut kajian yang dilakukan website Peter's Fan Chants ,sejak Kenny mengambil alih penyokong telah menunjukkan peningkatan sorakan sebanyak 40%.Wow!sememangnya sudah sah-sah yang penyokong amat-amat memandang tinggi beliau.Dan kepada penyokong-penyokong West Brom,fulham dan seangkatan dengannya,taon depan coba lagi.Berikut adalah senarai purata keseluruhan musim mengikut kelab-kelab.Alangkah indahnya jika ini adalah table epl pada akhir musim...ermmmm



1 Liverpool 97 decibels
2 Man Utd 94
3 Aston Villa 89
4 Everton 86
5 Blackpool 85
6 Stoke 83
7 Newcastle 82
8 West Ham 81
9 Chelsea 80
10 Sunderland 80
11 Arsenal 77
12 Wigan 72
13 Man City 71
14 Tottenham 70
15 Blackburn 67
16 Birmingham 70
17 Bolton 69
18 Wolves 69
19 West Brom 67
20 Fulham 65


YNWA

Tuesday, May 10, 2011

Hancur Lebur!!!!!


Nampaknya angan-angan mat jenin kita untuk menyelit masuk ke dalam kelompok liga champion2 hancusss bilamana pasukan ayam ditewaskan 1-0 oleh CT hasil kedajalan bekas pemain kita,crouch renjong yang dengan senang hati tap-in bola kedalam jaring sendiri.Bak kata orang tua-tua,from hero to zero kerana dia jugaklah yang menjaringkan satu-satunya gol penentuan kelayakan pasukan ayam ke liga champion2 di tempat yang sama musim lalu.Team ayam tak ditambat dah skrang ni.Namun,usah goyah usah risau pasai itu.Kita akan kembali msim depan.Dengan skuad yang lebih mantop,padat dan mutakhir!

Melihat permainan menyerang spurs pagi tadi membuatkan saya sedikit goyang.Ketiadaan Bale kelihatan sedikit pun tak mencacatkan permainan mereka.Seolah-olah merekalah tuan rumah.Dengan si toyol lennon kejap main di kiri kejap main di kanan,modric pulak seperti biasa mnjadi duri dalam daging,diharapkan Kenny sekeluarga mampu memikirkan solusi untuk menghalang mereka ini.Keluarkan potensi sepenuhnya kerana kita bermain untuk mendapatkan slot liga europa yang mungkin mampu menarik perhatian pemain2 kelas dunia untuk bermain di padang kita.

Usah difikirkan sangat tentang kegagalan kita ke liga champion2.Tomorrow never die!Musim depan ada lagi.Ayuh penyokong seklian,keluarkan suaramu sepenuh,gerakkan pemain kita untuk tewaskan spurs dan menuju ke liga europa.YNWA

Monday, May 9, 2011

FULL TIME:Fulham 2-5 Liverpool




3 gol dalam 16 minit sudah menceritakan kesemuanya.Gerakan One-touch yang hebat,quick passing,sememangnya the old Liverpool Way.Mesej untuk Sir Alex yang pasukannya tak akan selamanya berada di atas.Apa yang saya dapat pagi tadi:-


  1. Dengan form Maxi sekarang,lebih baik letakkan Carroll di bangku saja sehingga akhir musim.Semua jenis gol dia boleh bagi kat kita.Ada yang katakan Torak tukaq bakat depan gol dia dengan Maxi.Siapa tahu?
  2. Seperti yang saya katakan sebelum ini,Gerrard boleh injured dengan senang hati lepas ni.Bukan takat spearing-Lucas saja memukau,saya makin lama makin sayang pada Shelvey.Thru-ball dan movement dia ada ala-ala kapten kita laaaa.
  3. Kita daa buktikan vodoo tempat lawan mampu kita tangkisi.Naaah 5 bijik.
  4. Tak dinafikan semua orang dah jadi fanatik pada Suarez.Buktinya,ternampak kelibat bendera Uruguay berkibar megah di Kotej.Pasti City dan Chelsea tergaru-garu kepala menyesai tak bida dia sebelum ni.
  5. Glen memang kian matang dan cekal sekarang ni.Defender makan asap jaaaa gelecek dengan dia.Melakukan satu super block atas garisan di separuh masa pertama.Tergugat agaknya dengan kehadiran Flanagan dan Robinson.
  6. Bekas penyokong fanatik Everton,Carragher sudah dianggap ikon Liverpool nampaknya setempat dengan status Paolo Maldini di sisi Milan.Mungkin rekodnya mampu memberikan inspirasi kepada pemain muda yang baru bermula langkah.
  7. Kuyt menjadi satu-satu pemain Liverpool yang menjaringkan gol dalam 5 perlawanan liga secara berterusan semenjak John aldridge lakuakn pada 1989.Sah-sah aku tak lahir lagi.
  8. Pemilik jangan tunggu-tunggu lagi,Kenny calon yang paling layak.Tak kan nak tunggu Man city sambaq dia baru nak offer kot?
  9. Gerrard sudah melaungkan amaran kepada Meng yuu jangan terlalu leka kerana kita akan bangkit musim depan.
  10. Pacheco kepingin untuk kembali ke Norwich andai tak diberikan peluang lagi musim depan.Kenny,lakukan apa yang terbaik untuk permata gemerlapan ini.
  11. Berikut ada jugak fakta menarik;-




YNWA

Sunday, May 8, 2011

Preview oh preview:Fulham VS Liverpool







1.Spurs sudah terkena jampi ayam serama nampaknya.Mata demi mata sudah digugurkan.Peluang baik untuk kita mengejar slot Liga Europa.Liga ni amat penting untuk pemain seperti Shelvey,Pacheco,Sterling,Coady dan Suso musim depan andai kita berjaya.
2.Kenny mungkin akan berpegang dengan formasi 2 match lepas,8 gol tanpa bolos.Glen mungkin akan mengambil posisi Robinson dan Carroll mungkin jugak hanya akan diberi tempat di bangku simpanan berikutan form maxi-Suarez-Kuyt yang kian menjadi-jada.
3.Posisi yang mungin bakal digunakan:-

Reina
Glen-Skrtel-Carragher-Flanagan
Lucas-Spearing
Meireles
Kuyt-Suarez-maxi

4.Milan Jovanovic n Aurelio mungkin berpeluang untuk turun memberikan sumbangan.Saya masih harapkan Jovanovic diturunkan andai kita sedang leading 2 atau 3 bijik.Apa kata letak jadi striker?
5.Hari yang spesel untuk naib kapten kita,Carragher yang akan menjadi orang kedua di belakang Ian Callaghan,iaitu pemegang rekod terbanyak penampilan bersama kelab.Carra akan memegang angka keramat 666 andai diturunkan pada match ni.
6.Fulham tengah on form sekarang ni tambah-tambah main di Kotej.Harap-harapnya kita tidak leka dan meneruskan rekod cemerlang.
7.Pemain pinjaman Norwich,Pacheco check-out dari kelabnya dengan stail pabila menjaringkan gol dan membantu norwich naik ke epl.Maju Pacheco untuk Liverpool.
8.Gossip panas ada katakan kita sedang mengintai Lennon.Cangak lagi,tukar dengan Joe cole laaaa Kenny.

YNWA

Monday, May 2, 2011

Kiitos Sami Hyypia


Lagenda Liverpool yang kini berada di Bayern Leverkusen akhirnya telah mengumumkan akan bersara dalam karier 19 tahun yang penuh dengan suka-duka.Bekas kapten dan tonggak pertahanan yang jugak raja tanduk Liverpool suatu masa dulu,dia tetap dalam hati kita.2 piala carling,2 piala FA cup,1 piala europa,1 piala UCl dan anugerah-anugerah individu yang lain menceritakan segalanya.Terima kasih Hyypia,jasamu akan dikenang zaman-berzaman.Truly a legend in our eyes.YNWA


Sunday, May 1, 2011

FENOMENA 'J' DI ANFIELD



Pertemuan terbaru yg dijumpai Kenny Daglish telah menjadi perbualan hangat di akhbar-akhbar tempatan mahupun luar negara. Barang yang dijumpai Kenny Daglish ni bukanlah emas atau berlian ia sebenarnya adalah permata "J". Aktivis-aktivis bola sepak dunia telah berbincang 'panas' mengenai permata ini. Permata apakah sebenarnya yang telah memanaskan Anfield sehingga rumput-rumput dekat padang tak larat nak tumbuh?Kalau tak silap saya ada 4 permata semuanya. Macam dragonball jer.

Permata pertama namanya Jay Spearing. Merupakan pemain pasukan reserve Liverpool. Bermula bermain pada tahun 2007. Pada tahun 2009 dia ni di offerkan kontrak oleh ex-manager kita iaitu Rafa Benitez. Permata ini mula menyinar berkelipan setelah Kenny menjadi caretaker bagi mengantikan Pak Cik Roy. Cangak lagi!!! Terus aja Kenny menyambar permata ni. Aset mahal ni tak nak lepas cam tu je. Kenny berjaya menjadikan Jay Spearing sebagai pemain midfielder yang dahulunya senang-senang di ayamkan pemain lain bertukar kepada harimau yang lapaq tak makan 30 hari. Kerja nak cantas bola pastu ligan bola. Dan sesetengah pengkritik bola sepak mengatakan yang Jay adalah bayangan Masherano. Dan saya menjangkakan kita bukan sahaja mahu Jay menjadi seperti Masherano bahkan mahu jadi lebih hebat dari itu. Saya juga merasakan gandingan Jay dan Lucas sangat menjadi di saat-saat ini. Dan saya lihat gandingan mereka ini akan membuka sejarah baru di Anfield.

Masherano kau tunggu laa. Aku boleh jadi lebih hebat dari kau.


Seterusnya permata ini juga bermain sebagai midfielder. Namanya Jonjo Shelvey. Credit kepada Rafa Benitez kerana telah membawa masuk Jonjo ke Liverpool. Saya menjangkakan bahawa Jonjo ni menpunyai masa depan yang cerah sebagai bayangan kepada kapten fantastic kita Steven Gerrard. Rembatannya boleh tahan padu. Kelajuannya juga kira OK laa. Tak selembap kura-kura. Cuma Jonjo kurang kekreatifan untuk memassing bola dan membuka ruang serta melorong bola kepada pemain lain seperti abang Gerro kita. Masanya masih panjang. Usianya masih lagi muda. Bakatnya masih lagi boleh di gilap merelap seperti kepalanya. Hehehe. Kita hanya perlu menantikan magic daripadanya. 


Jangan tengok kepala jaa. tengok aksi  saya tau.

Baki permata yang berkelip ini bermain di kiri dan kanan masing-masing. Bermain sebagai full-back dan diserap masuk dalam skuad senior hampir serentak. Kemunculan mereka pada mulanya amat diragui. Tetapi selepas beberapa perlawanan keraguan itu telah dinafikan oleh kehebatan anak-anak muda ini, John Flanagan dan Jack Robinson. Usia mereka cukup-cukup mentah baru 18 dan 17 tahun tetapi gaya mereka bermain bagai pemain yang berumur 20 an. Sangat tenang dan bersahaja mereka mengawal benteng Liverpool. Keputusan Kenny untuk membawa mereka bermain dengan skuad senior selepas beberapa pemain utama cedera sangat tidak mengecewakan. Kita tak perlu risau lagi dengan ketiadaan pemain-pemain utama kerana kita ada pemain muda yang berbakat besar. Hal ini juga membuktikan bahawa akademi Liverpool adalah yang terbaek dan terima kasih kepada King Kenny yang telah berjaya menemukan permata yang diberi nama FENOMENA 'J' masuk ke Anfield.



John Flanagan





Jack Robinson


Saya amat berharap ramai lagi pemain muda yang akan diserap masuk ke pasukan senior kita seperti Pachecho, Suso dan Coady. Masa depan Liverpool kelihatan kian bersinar dengan adanya permata-permata yang berkelipan ini. Kita juga berada tidak jauh untuk mengejar slot ke Champion League musim depan dengan hanya 1 mata ketinggalan dengan Manchester City. Kita juga telah berjaya memasuki top 5. From bottom to the upper side. Kemajuan yang memberangsangkan telah ditunjukkan oleh para pemain. Credit juga buat King Kenny yang telah banyak membantu Liverpool mendaki puncak liga. Daripada tempat ke 19 dan kini Liverpool telah berada di tempat ke 5. Sangat menakjubkan. Go Go Liverpool. Tiada yang mustahil untuk mengejar slot ke UCL. YNWA

FULL TIME:Liverpool 3 - 0 Newcastle United

"The feel-good factor has come back to Anfield" - Kata2 commentator Channel 812...


Ya...memang betul...3-0..Maxi, Kuyt dan Suarez memberikan kemenangan ke atas Newcastle...Kita bukan saja  naik dari tempat ke-6 ke tempat ke-5, malah, pasukan ayam pun dah ada bawah kita dah la ni(hahahahha...padan muka..sapa suruh gatai nak main champions league sangat...)


Persembahan yang power dari semua pemain Liverpool..dari Reina, hinggalah ke Suarez...Spearing & Flanagan pun mantap....


Maxi tiba2 dapat Tonic dari King Kenny...First half, dia berjaya menjaringkan gol. Kemudian,2nd half plak,dia cross dan tidak bernasib baik kerana bola itu terkena tiang.... 

2nd Goal : Credits to Suarez atas Semangat yang kenal untuk dapatkan bola daripada Williamson yang mana Williamson kemudiannya men`tackle` Suarez hingga Liverpool dihadiahkan dengan Penalty.. 
 Kuyt score dari penalty... 7 Gol dari 8 Games.. NICE!

3rd Goal : The Star of the show... Suarez gets his rewards.. 
One-two yang cantik dgn Kuyt berjaya menghasilkan goal.... 

 
ERrr.... Jeles ka kami ada Carroll?

Apa-apa pun...Tahniah buat semua pemain Liverpool kerana menghidupkan peluang untuk ke Eropah season depan....
Lagi 3 game ja tinggal...Hopefully Kita akan kutip saki-baki mata yang ada..YNWA

PREVIEW OH PREVIEW:LIVERPOOL VS NEWCASTLE



Reina
Flanagan-Carragher-Skrtel-Aurelio
Lucas-Spearing
Meireles
Kuyt-Carroll-Suarez


Misi ke eroph diteruskan di gelanggang keramat kita Anfield apabila bertemu pasukan Newcastle. Aksi konsisten di tempat sendiri pasti dijadikan modal semangat para pemain untuk menyekat pasukan magpies ini. Tambahan pula kita tidak pernah tewas di tempat sendiri sejak Kenny mengambil tampuk pemerintahan Anfield. Namun saya agak hairan kerana perlawanan kali ini bakal berlangsung agak awal iaitu kira2 pukul 7 petang waktu Malaysia. Setelah ditolak tambah kira2 pukul 12 tengahhari waktu uk. Gila ka apa main bola tengah-tengah hari buta kah kah kah………………(bunyi cengkerik). Ahh lupakan!

TUMPUAN:Andy Carroll



Liverpool masih lagi dalam mood yakin boleh setelah menabrak Birminggham 5-0 minggu lepas sementelahan itu pasukan dari tynneside ini pula sekadar mengutip 5 mata dalam 5 perlawanan liga terdahulu. Permain tumpuan pastinya Andy Carroll yang bakal menentang kelab lamanya setelah perpindahan beliau ke Liverpool bernilai 35 juta pound pada musim sejuk lepas. Namun belum dapat dipastikan beliau akan sempat sembuh bagi perlawanan ini. Semuanya begantung pada kecergasan beliau. Tapi tengok gya beliau tunggang ayaq setan kat Madrid  tempoh hari macam dah boleh main. Tetapi harus diingat, bak kata Kenny, ini bukan lah carroll vs Newcastle tetapi Liverpool vs Newcastle. Lupakan seketika emosi di luar padang dan beri aksi bermutu ketika berjuang-itulah yang pihak kami harapkan jikalau dia sempat cergas dan main nnti.

Berdasarkan fakta,kita tiada masalah berdepan lawan kita ini di halaman sendiri. Dalam 15 perlawanan terdahulu di anfield Liverpool telah menewaskan Newcastle 13 kali dalam 15 perlawanan terakhir. Namun harus juga diingat kita juga telah dilanyak mereka pada aksi separuh pertama liga di tempat lawan. Berita terkini yang melaporkan Carroll masih lg dalam status doubtful mungkin menyaksikan hat-rick hero Maxi Rodriguez disenaraikan dalam kesebelasan utama. Saya jangkakan tiada perubahan terhadap line-up yang mengamuk Birmingham minggu lepas. Sementara itu di kem lawan, Alan Pardew menerima berita tak sedap apabila on-loan midfield,Stephen Ireland bakal tersisih baki perlawanan liga musim ini. Ben-Arfa yang telah rehat panjang pula telah menunjukkan tanda-tanda positif tetapi masih belum cergas sepenuhnya. Pemain yang patut diberi tumpuan semestinya adalah Kevin Nolan yang telah menandatangi kontrak baru bersama Newcastle. Membesar sebagai seorang Liverpool, pastinya jaringan menentang kelab pujaan waktu kecil bakal meninggalkan memori yang sukar dilupakan.

Kekalahan tottenham kepada Chelsea semalam sememangnya perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh Liverpool untuk persaingan ke Eropah. Bermain seperti wira dan jangan segan nak buat gol.selamat berjaya!YNWA.