Saturday, August 20, 2011

FT: Arsenal 0-2 Liverpool

Credit untuk Liverpoolsensasi sebab saya balas gambar ni.huhu

Reina
Kelly - Carragher - Agger - Enrique
Kuyt - Lucas - Adam - Downing
Henderson
Carroll



Malam ini telah membuktikan sumpahan ke atas tempat Arsenal memang benor nipunye. Ingat bagus ke main-main dengan sumpah ni. Dan terbukti gandingan Raul dan Luis sangat-sangat berbisa lagi berduri. Terkencing cikgu tadika tengok depa dua ni main. Siap boleh gelak-gelak lagi depa ni main. Jangkaan para peminat juga betul yang Liverpool boleh main-main dengan meriam. Maklum la bulan posa memang syok main meriam. Dengan ketiadaan beberapa tonggak utama akibat sakit tersalah makan waktu buka posa dan juga kehilangan ketua kelas, Cesc yang sudah melanjutkan pelajaran ke universiti Barcelona sedikit sebanyak telah membuka ruang untuk bermain-main dengan adik-adik kecil ni.

Babak pertama bermula agak suram dan permainan lebih banyak dikuasai oleh adik-adik. Saja ja nk bagi depa ni syok main-main dulu. Kalau skor awal-awal satgi nangis terguling-guling pulak. Abang-abang pun ada rasa perikemanusiaan jugak. Kesian kat adik-adik nak main tak puas pulak satgi. Permainan kembali rancak ketika penghujung babak pertama. Abang-abang dah tak larat nak tunggu adik skor. Liverpool banyak juga mengasak pada akhir babak nak tunjuk kat adik macam mana nak main. Kesudahan babak pertama 0-0.

Babak kedua menyaksikan abang-abang masih mencari jalan nak main-main dengan adik lama-lama sikit. Akibat kebosanan melihat abang bermain dengan adik, King memberikan ramuan istimewa untuk adik-adik dengan memasukkan abang long Suarez dan abang ngah Mereiles bagi menjaga kawasan hadapan. Ternyata ramuan itu telah membuatkan cikgu tadika ternganga dan rasa kesal sebab anak muridnya telah menjaringkan gol sendiri. Bebal tak boleh skor dekat gawang abang Reina, sumbat gol sendiri pon boleh la. Adik Frimpong sudah tak mau main dan bebal lalu di berikan kad merah kepadanya untuk menghantar dia pulang ke tepi padang minum air. Keluarnya Frimpong menampakkan kejelesan kawan-kawannya yang lain yang ingin mengikuti jejaknya keluar padang, adik-adik sudah tidak bermaya untuk bermain sehinggakan depa terleka dengan gandingan abang long dan abang ngah yang baru masuk. Sekali lagi gandingan terpadu malam ini membuahkan hasil dengan abang long menjaringkan gol kedua perlawanan dan gol keduanya untuk dua perlawanan berturut-turut. Kekecewaan cikgu tadika tampak jelas dimukanya. Siaplah hampa budak-budak oi, malam ni tobat kena rotan. Begitulah kisah abang yang mengajar adik bermain bola.

Jangkaan saya tepat pada malam ni dengan mengatakan Liverpool akan menang 0-2. Tetapi sayangnya saya tak sempat untuk meneka dalam peraduan yang di anjurkan oleh tuan empunya Liverpoolkita kerana ada hal sedikit di luar kawasan. Saya rasa permainan Henderson tak begitu menjadi begitu juga dengan Caroll. Depa perlukan sedikit masa untuk serasi. Percaturan King malam ini begitu menjadi-jadi dengan memasukkan Suarez pada pertengahan babak kedua. Suarez adalah pemain yang cukup bersemangat untuk menjaringkan gol dan dia berhak untuk itu. Permainan menjadi pantas selepas kemasukan Meireles dan Suarez dan terbukti Meireles berhak untuk tempat 1st eleven. Saya harapkan Liverpool akan meneruskan rentak kemenangan ini sehingga ke hujung musim. Semoga maju jaya. YNWA.

3 comments:

  1. semua posisi dah sedap tinggal posisi handerson jer tak sedap...udah udah lah tu bagi ler mireles main

    ReplyDelete
  2. rabun: memang posisi hendo tu xngam lagi dgn dia...sy rsa lbih elok bg raul main..bru ada kreativiti..
    en.kasut: biasa2 aja..rajin2 la melawat blog ni ye...YNWA

    ReplyDelete