Friday, September 6, 2013

Sembang-sembang


Hai hai hai. Bertemu kita kembali dalam slot sembang-sembang. Merujuk gambar berkenaan, saya tak mahu kata panjang boleh cuba tengok sendiri. Nak ulas panjang takut pulak nanti dikatakan bongkak. Sekarang ini ramai yang tak sebulu dengan Liverpool. Ramai yang mengatakan Liverpool ini pasukan sejarah dan sejarah itu benda lama yang orang lain pun dah lupa. Dan ada jugak yang iri hati dengan Liverpool dengan pelbagai troll yang saya rasa itu semua adalah agenda  untuk menjatuhkan pasukan kesayangan kita. Apapun saya tak mahu silaturahim antara kita peminat-peminat bola seantero dunia ini tercalar dek kerana permainan bola sepak yang kita sendiri tak main,sekadar tengok depan tv atau skrin laptop saja. Yang tak puas hati itu kita abaikanlah, mulut manusia payah dijaga. Mungkin mereka cemburu dengan persembahan pasukan kita setakat ini. Siapa tahu?

Berbalik kepada gambar yang saya paparkan, jelas membuktikan 4 pemain dari pasukan Liverpool, Mignolet, Enrique, Agger dan Sturidge berjaya mengumpul mata tertinggi dalam carta pasukan idaman untuk liga fantasi. Saya bukannya nak ulas persembahan mereka ini, semua orang sudah tahu.
Tapi saya cuma berharap agar pasukan kita teruskan dan kekalkan momentum kemenangan serta membaikpulih persembahan sedia kala. Tak minta lebih cukuplah jika layak mengambil alih pasukan 4 teratas liga. Sudah lama tak rasa suasana bermain dengan pasukan terbaik Eropah. Keep Calm And Support Liverpool. YNWA.

*Yg mana tak letak 4 player Liverpool ini, lepas ini boleh transfer lain kot. Hihihi.
-mie-

1 comment:

  1. Dari segi pasukan aku tak risau lagi..aku rasa paling tidak pasti kedudukan yg lebih baik dari musim lepas...cuma entah lah, selama ni aku rasa FA england jugak main peranan dalam kejatuhan LIverpool...harap aku silap he he...

    ReplyDelete