Monday, September 16, 2013

FT: Swansea 2-2 Liverpool


Bila saya bangun daripada tidur tadi saya seperti mendapat alamat yang Shelvey bakal membuat onar untuk pasukan kita. Dan tekaan saya sangat betul. Buka-buka tv saja terus nampak Shelvey sedang galak meraikan gol. Reda sikit marah saya bilamana 2 kali Shelvey on spot menunjukkan kenapa Liverpool mengambil keputusan untuk menjualnya.

Babak kedua menyaksikan Swansea telah bertukar menjadi Swanselona. 69.7% possesion  menjadi bukti. Menang atau kalah sesuatu perlawanan bola sepak itu biasanya dipengaruhi oleh bahagian tengah padang dan Swansea telah mengeksploitasi Liverpool dengan bermain lebih ke atas padang. Kredit juga untuk Shelvey yang terus melibatkan diri dan tidak menyorok selepas dua kali memberi 'hadiah' kepada kita. Mengamuk juga saya tengok Swansea dominate kawasan tengah. Dan ini semuanya boleh berlaku dengan hanya satu sebab; Phillipe Coutinho.



Seperti dilihat dalam rajah Opta di atas,Coutinho adalah kunci utama Liverpool. Rajah menunjukkan beliau adalah linkman dalam serangan. Selepas beliau dikeluarkan kita umpama bermain hanya untuk berkongsi mata. Ini dibuktikan di mana Liverpool hanya berjaya membuat 4 daripada 11 pass di kawasan lawan semasa separuh masa kedua. Liverpool hilang pedoman dan ditadikakan di bahagian tengah. Celaka betul William suka main jahat. Harapnya Coutinho hanya cedera ringan.

Antara yang dapat saya perhatikan malam ini adalah:-

1)Debutant Sakho pada separuh masa pertama agak kelam-kabut namun improve selepas masa rehat. Baru nak polish kerana tak bermain sejak bulan mei. Namun fakta menarik yang menunjukkan Sakho mampu bermain di BPL; malam ini sahaja Sakho telah membuat 15 clearances dan hanya tewas sekali sahaja bola di udara. Solid

2)Skrtel dengan last ditch tackle menghalang Bony manakala asakan Henderson untuk Shelvey membuatkan dia gelabah dan 'assist' kepada Sturridge. Reliable

3)Wisdom sangatlah noob. Positioning bersepah. Mujurlah kita ada Henderson yang rajin turun membantu. Saya harap Toure diturunkan untuk lawan selepas ini.

4)Seronok melihat akhirnya Liverpool ada Downing versi upgrade iaitu Moses. Pace,power and trickery.Terima kasih Chelsea.

5)Sturridge sangat clinical. Mendapat gol hasil larian efektif menunggu kesilapan lawan dan tak hanya statik  di satu-satu tempat.

6)Iago Aspas ketika masuk tak menambah apa-apa pada dimensi serangan kita. Sloppy dan hilang possesion beberapa kali. Saya tak gemar tengok kadangkala dia macam tak berminat. Harapnya saya silap.

7)A tale of two halves. Untuk 5 perlawanan berturut-turut. Big big problem andai ini termasuk dalam strategi Rodgers.

4 perlawanan 10 mata. Top of the league. Apa lagi anda mahu?

Adios.YNWA!
-Z-

1 comment:

  1. Syukur alhamdulillah saya ucapkan kepada ALLAH karna atas kehendaknya melalui MBAH RAWA GUMPALA saya sekaran sudah bisa buka toko sendiri dan bahkan saya berencana ingin membangun hotel dan itu semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya tidak pernah menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini,atas bantuan MBAH RAWA GUMPALA yang telah memberikan nomor selama 3x putaran dan alhamdulillah itu semuanya tembus bahkan beliau juga membantu saya dengan dana ghaib dan itu juga benar benar terbukti,MBAH RAWA GUMPALA juga menawarkan minyak penarik kepada saya dan katanya minyak ini bisa digunakan untuk berbagai jenis keperluan dan baru kali ini saya temukan paranormal yang bisa dipercaya,,bagi teman teman yang ingin dibantu untuk dikasi nomor yang benar benar terbukti tembus atau dana ghaib dan kepengen ingin membeli minyak penarik silahkan hubungi MBAH RAWA GUMPALA di 085316106111 ini benar benar terbukti nyata karna saya sendiri yang sudah membuktikannya.BUKA BLO DANA GHAIB MBAH RAWA GUMPALA

    ReplyDelete