Monday, December 16, 2013

FT: Spurs 0-5 Liverpool

Sesungguhnya mereka-mereka yang tidak menyaksikan perlawanan semalam boleh dikategorikan dalam golongan orang-orang yang rugi, termasuklah saya. Di atas sebab-sebab yang tertentu saya telah terlepas perlawanan yang saya katakan berkelas tinggi. Namun dengan sedaya-upaya saya tetap menonton kembali siaran ulangan. Walaupun hanya ulangan, tetap saya rasakan seperti siaran langsung.

Ketiadaan kapten super Liverpool, Abang Stevie G ternyata membawa tuah kepada henderson dan seluruh pasukan. Ubat apa la yang hendo ni minum, macam tak letih ja saya tengok dia ni main. Memang bersungguh-sungguh dan mendatangkan hasil yang terbaik. Kemenangan ini saya katakan kejayaan pasukan kerana semuanya mantap dari penjaga gol sehingga perobek gawang.

Gol pertama hasil jaringan kapten sementara waktu ,Suarez yang boleh dikatakan gol PES. Kredit untuk hendo yang telah berjaya menguis bola kepada Suarez. Gol kedua ini memang milik hendo di atas usaha gigih yang beliau tunjukkan. Liverpool membawa bekal dua biji gol ke separuh yang kedua. Gol ketiga sememangnya ramai orang meraikannya dengan suka hati gembira dan paling gembira Encik Daglish sebab anak didiknya Flanagan dengan mudah menyambung hantaran lintang Suarez. Ternyata gol ini sungguh bernilai dengan menampakkan kerjasama seluruh pasukan.

Mungkin selepas ini Brendan akan garu kepala kerana dia punyai banyak pilihan. Kemasukan Alberto menyemarakkan lagi serangan dan hasilnya Hloris termakan dengan kuisan Suarez. Sterling sekali lagi telah membuktikan bahawasanya dia boleh main lebih cantik dari Moses dengan menyudahkan hantaran Suarez di minit-minit akhir perlawanan. Keluarnya Paulinho di separuh kedua perlawanan ini sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada Liverpool untuk terus mengasak dan mengasak. Pertahanan yang baik bermula daripada serangan yang mantap.

Momentum kemenangan perlu dikekalkan kerana selepas ini Liverpool akan menerima kunjungan City. Saya jangkakan perlawanan selepas ini lebih mencabar dan meletihkan kerana city baru sahaja mengembalikan memori budak-budak tadika pasukan pendahulu liga Arsenal dengan membenam mereka 6-3. Apa pon tenang dan terus menyokong Liverpool.

Sayonara
YNWA
-Mie-

1 comment:

  1. Syukur alhamdulillah saya ucapkan kepada ALLAH karna atas kehendaknya melalui MBAH RAWA GUMPALA saya sekaran sudah bisa buka toko sendiri dan bahkan saya berencana ingin membangun hotel dan itu semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya tidak pernah menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini,atas bantuan MBAH RAWA GUMPALA yang telah memberikan nomor selama 3x putaran dan alhamdulillah itu semuanya tembus bahkan beliau juga membantu saya dengan dana ghaib dan itu juga benar benar terbukti,MBAH RAWA GUMPALA juga menawarkan minyak penarik kepada saya dan katanya minyak ini bisa digunakan untuk berbagai jenis keperluan dan baru kali ini saya temukan paranormal yang bisa dipercaya,,bagi teman teman yang ingin dibantu untuk dikasi nomor yang benar benar terbukti tembus atau dana ghaib dan kepengen ingin membeli minyak penarik silahkan hubungi MBAH RAWA GUMPALA di 085316106111 ini benar benar terbukti nyata karna saya sendiri yang sudah membuktikannya.BUKA BLO DANA GHAIB MBAH RAWA GUMPALA

    ReplyDelete