Alrite,saya persembahkan di sini review semusim bagi persembahan pasukan kita.Oleh kerana ketiga-tiga penulis akan memasuki alam ipt dalam masa 2 3 hari lagi,maka kami dengan besar hati membincangkannya lebih awal.
2010/2011 menyaksikan season yang penuh kejutan.Di sini saya lampirkan setiap peristiwa penting ke arah kebangkitan pasukan di akhir musim ini.Bermula mandom tak semestinya akan berakhir dengan mandom jugak.Inilah buktinya:-
- 3 jun 2010 melihat pemergian Rafa dari pangkuan kita diiringi lagu p ramlee.Ini merupakan keputusan yang terbaik bagi pihak kita dan dia sendiri.Dia tetap di hati penyokong.
- Uncle roy tiba dengan reputasi menggerunkan.Mendaftar masuk beberapa pemain buangan saya kata seperti cole,botak jegil konchesky,Jova,Poulsen,brad jones namun hanya Raul saja yang mampu berkilat,itupun bukan di zaman beliau.Pemain feveretnya sudah pasti Ngok.Duduk tak lama sebelum kena tendang.Kutip hanya 25 mata dari 21 game.
- Mascheranduk ketegaq bulu tak mau main lawan city.Sumpah dia ni tak malu makan gaji buta.Buang p barca penuhkan kuota bench.
- Kita jugak sudah insaf papar jenama todi pada seantero alam.Tukar pada standard chartered,nampak lebih sempoi.
- Owner kedekut piang kena tendang keluaq lepas masuk court.NESV masuk beli tanggal 15 oktober 2010.Keputusan tepat halau uncle Woy.
- Return of the King Kenny.Bukan takat dia saja,dia cek-in sekali dengan Steve Clarke.Permulaan yang hambar namun akhirnya keputusan positif mula menyusul.Mengutip 33 mata dalam hanya 16 game.Beza bukan dengan uncle woy?Penyokong jugak banyak bagi sokongan rohaniah kepada beliau.
- Damien Comolli dilantik sebagai pengarah bolasepak kelab.Hasilnya amat memuaskan.
- Torak cempera nak masuk kelab yang lebih besau dengan kemukakan surat blah dari kelab.Seantero galaksi ternganga,ada yang menangis dan ada yang tak kurang jugak mula berjumpak pawang untuk vodookan dia.Semua kata-katanya yang manis selama ni hanya omong kosong.Cesi seronok umpama kera dapat belacan.Seronok tak lama.Torak kecewa dihentam Agger dan pulangannya hanya 1 gol dalam 13 match.
- 50 m digantikan dengan 2 org striker bersaudara yang padu sabdu.Durian runtuh kata orang.Suarez masuk dengan reputasi gigi tajam manakala Carroll pulak dengan tandukan komersial serta penyepak agung.Suarez jadi gerunan bek-bek.
- Perlawanan penuh gemilang lawan syaiton merah.Tersungkur mereka di pintu neraka anfield.Selain itu Cesi makan asap,Birmingham kena ayam,Newcastle kena gulai,City nampak cam team miskin dan match penuh drama gerak khas di emirates.Mentari eropah muncul lagi akhirnya.
- Tak lupa jugak kekalahan pada team koro macam blackpool,2 west(ham dan brom) serta blackburn.Nak jadi mantop tak leh nak drop point dengan team mcm ni selalu.
- Pemain utama injured.Krisis oh krisis.Semua orang nak bunuh diri dapat tau kapten injured sampai akhir musim.Usah bimbang semua,kita ada youngster yang cekang-cekang belaka.Muncul Flanagan,Shelvey,Spearing,Robinson dan Kelly yang mencabar kewibawaan pemain-pemain veteren anfield.
- Pemain cemuhan jadi pojaan hati penyokong.Maxi,Kuyt dan paling penting Lucas,si brazilian yang mula nampak cam Dunga.Konsisten sepanjang musim.Tiada Mascheranduk tiada masalah.Kata Lucas dengan bongkak,''kawasan tengah aku yang punya''.
setakat itu saja buat masa sekarang.Tapi ingat ini baru sesi taaruf,siri 2 ada lagi.YNWA
No comments:
Post a Comment