Pertemuan terbaru yg dijumpai Kenny Daglish telah menjadi perbualan hangat di akhbar-akhbar tempatan mahupun luar negara. Barang yang dijumpai Kenny Daglish ni bukanlah emas atau berlian ia sebenarnya adalah permata "J". Aktivis-aktivis bola sepak dunia telah berbincang 'panas' mengenai permata ini. Permata apakah sebenarnya yang telah memanaskan Anfield sehingga rumput-rumput dekat padang tak larat nak tumbuh?Kalau tak silap saya ada 4 permata semuanya. Macam dragonball jer.
Permata pertama namanya Jay Spearing. Merupakan pemain pasukan reserve Liverpool. Bermula bermain pada tahun 2007. Pada tahun 2009 dia ni di offerkan kontrak oleh ex-manager kita iaitu Rafa Benitez. Permata ini mula menyinar berkelipan setelah Kenny menjadi caretaker bagi mengantikan Pak Cik Roy. Cangak lagi!!! Terus aja Kenny menyambar permata ni. Aset mahal ni tak nak lepas cam tu je. Kenny berjaya menjadikan Jay Spearing sebagai pemain midfielder yang dahulunya senang-senang di ayamkan pemain lain bertukar kepada harimau yang lapaq tak makan 30 hari. Kerja nak cantas bola pastu ligan bola. Dan sesetengah pengkritik bola sepak mengatakan yang Jay adalah bayangan Masherano. Dan saya menjangkakan kita bukan sahaja mahu Jay menjadi seperti Masherano bahkan mahu jadi lebih hebat dari itu. Saya juga merasakan gandingan Jay dan Lucas sangat menjadi di saat-saat ini. Dan saya lihat gandingan mereka ini akan membuka sejarah baru di Anfield.
Masherano kau tunggu laa. Aku boleh jadi lebih hebat dari kau. |
Seterusnya permata ini juga bermain sebagai midfielder. Namanya Jonjo Shelvey. Credit kepada Rafa Benitez kerana telah membawa masuk Jonjo ke Liverpool. Saya menjangkakan bahawa Jonjo ni menpunyai masa depan yang cerah sebagai bayangan kepada kapten fantastic kita Steven Gerrard. Rembatannya boleh tahan padu. Kelajuannya juga kira OK laa. Tak selembap kura-kura. Cuma Jonjo kurang kekreatifan untuk memassing bola dan membuka ruang serta melorong bola kepada pemain lain seperti abang Gerro kita. Masanya masih panjang. Usianya masih lagi muda. Bakatnya masih lagi boleh di gilap merelap seperti kepalanya. Hehehe. Kita hanya perlu menantikan magic daripadanya.
Jangan tengok kepala jaa. tengok aksi saya tau. |
Baki permata yang berkelip ini bermain di kiri dan kanan masing-masing. Bermain sebagai full-back dan diserap masuk dalam skuad senior hampir serentak. Kemunculan mereka pada mulanya amat diragui. Tetapi selepas beberapa perlawanan keraguan itu telah dinafikan oleh kehebatan anak-anak muda ini, John Flanagan dan Jack Robinson. Usia mereka cukup-cukup mentah baru 18 dan 17 tahun tetapi gaya mereka bermain bagai pemain yang berumur 20 an. Sangat tenang dan bersahaja mereka mengawal benteng Liverpool. Keputusan Kenny untuk membawa mereka bermain dengan skuad senior selepas beberapa pemain utama cedera sangat tidak mengecewakan. Kita tak perlu risau lagi dengan ketiadaan pemain-pemain utama kerana kita ada pemain muda yang berbakat besar. Hal ini juga membuktikan bahawa akademi Liverpool adalah yang terbaek dan terima kasih kepada King Kenny yang telah berjaya menemukan permata yang diberi nama FENOMENA 'J' masuk ke Anfield.
John Flanagan |
Jack Robinson |
Saya amat berharap ramai lagi pemain muda yang akan diserap masuk ke pasukan senior kita seperti Pachecho, Suso dan Coady. Masa depan Liverpool kelihatan kian bersinar dengan adanya permata-permata yang berkelipan ini. Kita juga berada tidak jauh untuk mengejar slot ke Champion League musim depan dengan hanya 1 mata ketinggalan dengan Manchester City. Kita juga telah berjaya memasuki top 5. From bottom to the upper side. Kemajuan yang memberangsangkan telah ditunjukkan oleh para pemain. Credit juga buat King Kenny yang telah banyak membantu Liverpool mendaki puncak liga. Daripada tempat ke 19 dan kini Liverpool telah berada di tempat ke 5. Sangat menakjubkan. Go Go Liverpool. Tiada yang mustahil untuk mengejar slot ke UCL. YNWA
terbaik players2 ni..
ReplyDelete