Thursday, September 5, 2013

Review perpindahan summer 2013/2014



Dari kiri: Mkhitaryan,Eriksen,Costa,Willian dan Mata....

Apa macam? Mesti ada yang sampai sekarang tak boleh nak move on dari nama-nama ini kahkahkah

Saya masih teringat betapa kucar-kacirnya jendela perpindahan pertama Rodgers ketika mengambil alih pasukan ini tahun lepas. Hanya tuhan yang tahu betapa azabnya melihat target utama Dempsey disailang oleh Spurs,meninggalkan hanya Suarez saja opsyen penyerang kita.

Berbeza. Cukup berbeza sekali berbanding musim ini. Liverpool pada deadline day kali ini setenang air di kali. Hanya sibuk mengambil masa untuk umumkan 3 pembelian baru ketika pasukan lain cukup sibuk. Saya yakin Rodgers pada hari itu hanya mampu tersenyum lega kerana tiada sebarang drama dan pembelian panik di hujung deadline day.

Walaupun tiada marquee signing seperti yang dijanjikan, saya tak terlalu kecewa kerana posisi kritikal seperti goli dan pertahanan telah dibaikpulih. Rodgers sedar persaraan Carragher akan membuatkan pasukan hilang seorang abang senior dalam skuad. Jadi kemasukan Toure sebagai pengganti terus kepada Carragher sangatlah bijak. Kombinasi baru Sakho-Agger pula diharap mampu menamatkan zaman Liverpool dibuli semasa set piece dan tidak lagi menjadi lubuk.

Coates pula yang cedera dan tunggu masa untuk angkat kaki telah diganti dengan Illori. Cissokho akan membuatkan Enrique kekal bersaing dan tak senang duduk. Ditambah Skrtel yang bermain cemerlang ketika menjadi bidan terjun semasa menentang United,dalam hati saya kerap berkata ayat cliche penyokong Liverpool, 'this is our year'.

Yang buat saya respek pada Rodgers adalah keberanian beliau menendang keluar Reina yang merupakan senior dan juga fan favourite di Anfield. Membawa masuk Mignolet adalah logik disebabkan hampir 3 musim jugalah Reina 'bersara'.Manakala deadwood yang masih sekadar duduk melepak di bangku simpanan seperti Downing,Spearing,Assaidi,Pacheco dan Carroll juga telah dibuang dari skuad manakala Borini dan Suso dipinjamkan untuk menimba pengalaman. Antara yang mengejutkan saya bukanlah perpindahan Ozil ke Arsenal tetapi bagaimana Carroll berpindah ke West Ham dengan harga semahal itu. Hairan betul saya ada juga sanggup bayar 15 juta untuk pemain ini.

Saya suka corak pemain offensive yang cuba dibawa(Mkhitaryan,Willian,Mata) dan telah dibawa masuk oleh Rodgers(Aspas,Alberto). Pemain muda dan teknikal yang mampu bermain di seluruh barisan depan dan juga sebagai no 10.Pemain ini juga mampu bertukar posisi ketika perlawanan(interchangable) sekaligus menyukarkan untuk tracking. Moses pula saya tak letakkan harapan tinggi. Lebih baik daripada Downing pun saya buat sujud syukur.

Bisnes terbaik Liverpool kali ini adalah mengekalkan Suarez di Anfield. Skuad cuba dibina Rodgers tidak akan lengkap tanpa Suarez yang berbaki 2 match sahaja lagi untuk turun padang. Harapnya Suarez lupakan hasrat untuk pindah dan kekal bersemangat di atas padang seperti dulu.

Bagi pemain tengah sedia ada seperti Gerrard,saya cukup tertarik gaya beliau menggabungkan long range passing serta tactical awareness/displin agar seluruh pasukan mendapat manfaat. Henderson kini bermain seperti dirasuk saka Dirk Kuyt manakala Lucas sehingga sekarang saya tak mampu nak komen banyak. Cukuplah saya katakan seorang midfield destroyer perlu dibawa masuk sebagai cover. Key player adalah Coutinho yang bertindak sebagai creator-in-chief. Semua orang sedar Liverpool mati akal jika beliau off form ataupun injured.

Saya harapkan Rodgers akan tetap membuat marquee signing pada bulan Januari ini dan owner tidak lagi kedekut setelah dilaporkan 8 juta setahun gaji pemain telah dipotong. Jika pada krismas ini Liverpool berada hampir di puncak liga,tidak mustahil untuk mencuba pemain serangan berkualiti untuk menambahkan jumlah gol. Mudah kata Hazard saya terima, Juan Mata pun saya terima.

Adios! YNWA
-Z-

P/S:Minta maaf panjang.Terlepas gian nak menulis huhu

No comments:

Post a Comment