Friday, August 19, 2011

Preview oh preview: Arsenal VS Liverpool


Udara-udara optimistik sudah mula menonjolkan dirinya di Kota London.Dengan skuad yang hampir penuh(Johnson dan Gerrard pakat ambik mc balek raya)maka sudah semestinya kemenangan mutlak yang diharapkan peminat setelah berkurun lama 3 mata penuh tak pernah kunjung tiba menentang team meriam besi ini.Arsenal bakal memulakan hidup tanpa figura penting yakni Fabregas,Clichy dan sudah pasti Nasri yang hampir pasti berambus dari kelab ini.Tambah lagi masalah bila ramai pemainnya beratur panjang untuk berjumpak dengan doktor.Namun,janganlah kita sama sekali terpedaya dan mudah underestimate pasukan ini ynag semua orang tahu merupakan 'second barcelona' team.Gabungan Ramsey,Walcott dan Persie boleh saja melukakan hati kita..Dan jangan pulak dilupakan Arshavin yang merupakan nemesis terbesar kita selepas Alex Ferguson!Saya jugak sangat nanti-nantikan aksi Chamberlain yang dikatakan sangat,sangat wonderful itu.

Liverpool bakal bersedia dengan skuad yang mungkin lebih baik dan bertenaga daripada ketika menentang Sunderland tempoh hari.Jangan kita lupa yang Enrique baru saja check-in sebelum terus diserap masuk ke dalam skuad manakala Suarez pula masih lagi pening-pening lalat dek penangan parti liar meraikan kemenangan Copa Amerika.Setelah seminggu penuh skuad ini berlatih bersama,sudah pasti momentum penuh bakal diperoleh.King Kenny saya sangat-sangat harapkan menggantikan Flanagan yang sudah hilang toniknya dengan Martin Kelly kerana beliau mempunyai fizikal,tenaga dan jugak lebih matang dalam membantu serangan dan pertahanan.Gabungan mantap Carragher-Agger pula pastinya tak berubah dengan Agger diharapkan rajin-rajinkan diri cuba untuk mara ke depan test nasib.Enrique pulak pastinya perlu all-out dan bersedia lumba lari dengan Walcott sepanjang perlawanan.

Henderson yang agak kecewa menentang Sunderland mungkin ditukarkan dengan Kuyt yang lebih banyak makan garam di sayap kanan manakala Downing di sayap kiri.Barisan tengah pula saya impikan Adam dan Lucas bergabung membuli dan mengasak barisan muda belia Arsenal sehabis baik kerana kekuatan terbesar Arsenal adalah di barisan tengah.Adam jugak perlu mengambil kesempatan atas kelemahan set-piece Arsenal dan banyak membuat long diagonal ball kepada Carroll seperti match tempoh hari.Carroll sudah pasti ingin menunjukkan tag 35 jutanya kepada penyokong dan saya sangat harapkan Koscielny dan Vermaelan tak lena malam kena baham dengan beliau dan Suarez.

Akhir kata,moga-moga perlawanan ini membuka mata semua pihak bahawa Liverpool masih berbisa dan unggul.Mohon permisi.YNWA

No comments:

Post a Comment