"eh eh janganlah camni bang,malulah saya kena posing depan fan"
Anda kenal dengan pemain muda ini?Dia adalah Phil Jones,19 tahun,seorang centreback yang sangat klasik.Kenapa dia dikatakan klasik? Walaupun ketinggian dia hanya 1.80 m(tak tinggi dan renjong macam crouch),namun badannya memang cocok dan ideal bagi seorang defender(tak boroi dan tak keding).Dia jugak ada disamakan dengan kapten england sekarang,John Terry kaki curang dari segi keupayaan membaca permainan dan agresif mengawal kawasannya.Walaupun dia masih tak menjaringkan sebarang gol untuk blackburn,namun kita perlu ingat dia hanya berumur 19 tahun.Banyak lagi ruang dan tunjuk ajrku sifu mampu diberikan oleh Kenny dan staf-stafnya andai kita berjaya mendapatkannya.Ditambah pulak kita ada pasangan pakar tanduk-menanduk,Kyrgiakos dan Carroll.Maka saya rasa tiada masalah bagi aspek itu.
Dilaporkan Kenny ditemani oleh Damien Comolli sempat teropong belia ini bermain menentang manchester city dan dikatakan kedua-duanya sangat tertarik dengan gaya permainannya walaupun tewas 1-0.Baru saja mereka dok syok,tiba-tiba depa dapat tau rupa-rupanya pasukan iblis merah jugak tengah mengusha dari tirai kamar.Iblis merah dengarnya sedang merancang untuk menyatupadukan dia dan Smalling,partnernya di england bawah-21 di kawsan bek tengah untuk tahun-tahun akan datang andai Vidic dan Ferdinand mati kena gelek treler.Dengan kemati-pucukan pemain kita seperti Agger,Kelly dan Carragher kadang-kala,tak termasuk Kyrgiakos yang tak mampu bermain pun di bahagian bek(striker lebih sesuai tapi kena beli Delap),maka memang Jones sangat menyamai dengan ciri-ciri yang dimahukan oleh pemilik kelab.
Bagi saya,selepas beberapa kali melihat dia bermain,memang dia kelihatan seperti prospek masa depan yang ada kelas gituu.Namun,apa akan berlaku kepada player-player kita yang diloankan ke kelab-kelab lain seperti Ayala,Mavinga dan Darby?adakah bakat mereka akan terkubur begitu saja?Saya tinggalkan soalan itu untuk dijawab oleh Kenny musim panas ini.YNWA.
No comments:
Post a Comment