Sunday, February 6, 2011

Preview oh preview: Liverpool VS Chelsea



Menjelang pertembungan hangat dua pasukan rival ini,kita singkap kembali sejarah tahun 1986 di mana King Kenny,pengurus kita sekarang menjaringkan gol terpenting yang menjulang Liverpool kepada takhta liga.Masa itu saya pun belum menjenguk dunia luar lagi.Namun,mampukah pasukan kita sekali lagi menampan serangan Chelsea yang dikatakan mahu tunjuk lagak menurunkan striker 3 serangkai,Anelka-T!@#%$-Drogba.In my opinion,saya yakin King Kenny mampu membuat ramuan formula secukup rasa bagi menghalang pemain-pemain kuda tua Chelsea tunjuk sempoi.Malah,dengan ketibaan Clarke yang sudah khatam menghafal gaya permainan bekas pasukannya,saya tidak nampak kenapa Liverpool tidak mampu mengekang Chelsea yang ingin mengambil kesempatan atas kekalahan Team Syaiton semalam.

 Dengan kembalinya seorang lagi Scouser berpengalaman,Carrager tentunya banyak pilihan yang mampu dilakukan King Kenny.Mungkin dia akan meletakkan Glen bermain sebagai sayap kanan,siapa yang tahu.Pasukan kita bukannya pasukan lembik tetapi cita-cita murni Hodgson yang mahu sangat team kita bermain ala-ala manja,inilah hasilnya sekarang.Pemain baru kita,Suarez pula nampaknya pulun berlatih sekarang.Beliau mungkin ingin melupuskan memori penyokong terhadap T!@#$@ dengan mencuri tumpuan pada perlawanan besar ini.Kita pun boleh lihat kelicikan serta pergerakan ala-ala Owen semasa zaman mudanya ketika aksi cameonya.So,penyokong perlu percaya dengan kebolehan beliau dan terus menyokong.Adik saya punyalah semangat menyokong suarez sampai sanggup membeli but yang dipakainya.Ayuh kita meniru semangat itu.

Kesemua pemain sihat-sihat belaka kecuali dua pemain kita terpaksa bersabar telan ubat supaya cepat sembuh di bangku.Bekas pemain Chelsea,Abg joe( knee injury)  serta Jay Spring(foot injury) tidak sembuh-sembuh lagi untuk bertandang ke Jambatan Roboh.Ini merupakan berita menggembirakan kerana tidak seperti zaman Hodgson di mana pemain-pemain ada saja yang sakit (mungkin meluat tengok muka pak cik Roy).Pemain kebanggaan kita .Paul koncisakit pun dengar-dengar sudah bahagia menyambut raya cina di Hutan Nottingham.Mesti Pakcik Roy melawatnya setiap hari di sana.

Jadi,segala outcome bagi perlawanan ini hanya akan diketahui pada malam ini.Damai sudah tiada,yang tinggal hanya amarah penyokong-penyokong terhadap T!@#@.Let bygone be bygone.Teruskan dengan apa yang kita ada.Pemain tiada yang lebih besar daripada kelab.Kita perlu pegang dan telan ayat ini agar sebati dalam diri kita.Saya begitu mana penyokong yang lain hanya mengharapkan pemain menunjukkan touch serta flair yang sepatutnya bagi match besar ini.YNWA.

No comments:

Post a Comment