Sunday, January 30, 2011

NANDO OH NANDO!



"His armband proved he was a red torres,torres 
You'll never walk alone it said torres,torres,
we bought the lad from sunny spain 
he got the ball he scores again
fernando torres liverpool#9
na na na na na..."
      
mungkin kita tidak akan mendengar lagi bait nyanyian untuk FT9 selepas ini. Tiada angin tiada rebut tiba-tiba dia telah mengemukakan permohonan secara bertulis kepa pihak LFC bahawa beliau ingin berpindah. Ini amat mengejutkan seluruh peminat LFC seantero dunia khususnya. Permohonan untuk berpindah atau transfer request ini telah dihantar sejurus selepas Liverpool secara rasminya telah menolak bidaan Chelsea untuk torres yang dikatakan bernilai hamper 35 m. Persoalannya sekarang,dimanakah kesetiaan seorang pemain bernama Fernando Torres?

Isu ini cukup rumit. Terdapat bnyak versi berita atau rumours untuk dibaca tetapi satu fakta yang kita tak buleh nak sangkal adalah akhbar tetap akhbar. Nak kasik laku paper kena la ada cerita sensasi. Kalau tak jangan harap pembaca nak berminat. Ada kata Chelsea improvebid sampai 50m plus anelka(huh?). Ada juga yang kata NSEV sanggup jual torres untuk beli player baru dan memantapkan skuad. Tetapi bagi saya, insane bernama Fernando Torres ini tiada galang gantinya. Saya boleh kelaskan dia sebagai seorang pemain yang datang hanya seratus tahun sekali. Amatlah rugi jika kita kehilangan beliau. Peminat seluruh dunia sedang menunggu untuk menantikan gabungan baru elnino+elpistorino. Pesanan saya buat torres, fikir dahulu sebelum bertindak. Anda tidak akan berjumpa kelab yang sentiasa dibelakang anda seratus peratus. Silap haribulan, anda terperosok di bangku simpanan Stamford Bridge dan menunggu dijual ke Besiktas padaa harga lelong. Anda sudah berada di kelab yang stabil,tak perlu berpindah. LFC still needs you! Kami tak sanggup tengok kombinasi surez-ngog..nunca caminaras solo…



No comments:

Post a Comment