Saturday, October 19, 2013

FT: Newcastle 2-2 Liverpool




  1. Bermain menentang 10 orang selama 50 minit dan masih seri, walaupun tak kalah tapi still tak puas hati.
  2. Sindrom second half main bangang sudah sembuh. 15-20 minit terakhir kita asak bertubi-tubi cari winning goal namun terlalu lewat.
  3. Kita masih megah bersandar di tangga ketiga liga. Cepat doa biar Spurs tumbang malam ini!
  4. 20 gol dalam 26 penampilan untuk Sturridge. manakala Suarez sempat menyumbang 2 assist dan 1 kad merah walaupun tak berapa menjadi semalam.
  5. Badi set-piece Liverpool masih tak hilang-hilang walaupun ada 7 pemain jaga dalam kotak. Banyak sangat makan daging korban gamaknya.
  6. Coutinho akan turun minggu depan menyelamatkan posisi tengah yang nampak sangat ketaranya tiap minggu kena buli.
  7. Moses BUKAN No 10.
  8. Glen sempat merasa 80 minit penampilan setelah lama cuti mc.
  9. Jika anda perasan, ball retention kita sangat lemah di seluruh padang. Kemana perginya falsafah 'Death by football' digunapakai Brendan musim lalu?
  10. Gol abang long Gerrard yang ke-100 dalam BPL. Living legend
Adios! YNWA
-Z-

Preview Oh Preview: Newcastle United vs Liverpool


Salam sejahtera saya ucapkan kepada semua. Harap maaf jika blog ni kelihatan kusam dan tidak berseri. Almaklumla pakat sibuk habih. Pakat nak pegang banyak jawatan jadi macam ni la, yang di kendong tak tau pi mana yang dok ligan hilang lesap entah ke mana. Sebelum saya memulakan penulisan saya, saya nak ucapkan selamat hari raya qurban kepada yang Muslim, maaf sekali lagi sebab lambat.

Tak payah cerita panjang, malam ni pasukan kita akan bertandang ke St. James bukan untuk menghadiri majlis qurban, qurban dah habih dah cek oiiii, tapi untuk mengorbankan pasukan Magpies. Bukan apa semangat korban tu ada lagi, tu yang dok membawak sampai ke laa ni.

Saya di khabarkan bahawa coutinho masih belum cargas sepenuhnya termasuk aspas, coates dan Mr Enrique menjalankan pembedahan kecil. Tapi tak pa, Abg Glen sudah sihat. Mesti ramai rindukan kelibat pemain ni kan. Bagi kes Lucas saya tak pasti sangat, ada kata dia ambik cuti bini bersalin. Tapi apa pun tahniah Lucas anda memang lelaki sejati.

Kepulangan pemain-pemain dari mewakili negara masing-masing pasti memberi suntikan baru. Tambah-tambah abang long Gerrard kita. Mana taknya, beliau berjaya membawa pasukan negaranya masuk piala dunia tahun depan. Harap-harap ini boleh menjadi penyunting semangat buat beliau untuk mengetuai pasukan bagi melapah magpies.

Formasi apa yang bakal digunakan oleh Boss besar saya tak pasti, sesungguhnya saya yakin beliau akan menggunakan Formasi sebelum ini yakni 3-5-2. Dengan formula dan rencah yang istimewa, makanya magpies akan menjadi hidangan terunggul malam ini. Saya amat yakin dengan Formasi sebegini dengan meletakkan 2 pemain yang boleh menyerang mahupun bertahan di kedua-dua belah sayap. Formasi ini juga mujarab jika anda bermain dalam Fifa atau Pes sekalipun. Kalau tak percaya sila cuba. Sebab inilah formasi yang saya sangat suka jika bermain game. Tu pasal la eksaited terlebih.

Apa-apa pun saya harap malam ini pasukan Liverpool berjaya membawa pulang 3 mata penuh walaupun main tak elok sekali pun. Apa yang penting adalah 3 mata kerana kita sedang berkongsi mata dengan pendahulu liga, Arsenal. Diharapkan pasukan kita tidak begitu berasa selesa dengan kedudukan terkini. Dalam falsafah dunia bola sepak apa jua pun boleh berlaku. Selamat maju jaya...YNWA.

Por favo
-Mie-

Saturday, October 5, 2013

FT: Liverpool 3-1 Crystal Palace



Liverpool melonjak ke persada liga perdana dengan megahnya. Walaupun menang ,sekali lagi Liverpool raja pada separuh masa pertama,kerdil di separuh masa kedua. Sukar untuk menyembunyikan rasa optimis bila pasukan yang kita sayang bermain sebaik ini.16 daripada 21 mata penuh satu pulangan yang baik bila diambil kira prestasi turun naik pasukan lain.

Dengan kecederaan key players,Rodgers kembali bermain posisi 3-4-1-2 dengan Henderson mengambil tempat Lucas dan Sterling sebagai RWB. Jelmaan SAS muncul kembali. Pergerakan Suarez sebagai floating forward terlalu mencabar untuk pemain Crystal Palace. Power betul dah tergelincir pun boleh lagi skor. Sturridge amatlah humble cuma mampu dapat satu gol. Henderson excellent dalam dua tugas utamanya di bahagian tengah; shielding defence dan juga pressing lawan. Sakho pula kereta kebal, tak gelabah dan gemar main short pass. Namun Sterling mengecewakan dan kelihatan tak sehaluan dengan pemain lain.


Tarian gol solo ala-ala penari ballet 

Minggu perlawanan international memberi peluang Johnson,Allen,Coutinho dan Cissokho kembali sembuh. Saya tak sabar nak lihat apa yang mampu kita lakukan bila kita menggunakan kesebelasan utama kerana walaupun kita menang, namun banyak lagi cacat cela dalam permainan terutama di bahagian tengah. Lopong-lopong ini andai berlaku ketika menentang lawan-lawan besar alamatnya pasti kita dihukum. Saya paling tak suka bila second half main ala kadar,boleh buat jantung rasa nak explode.

Fakta bukan auta: Suarez has 19 goals in his last 22 games while Sturridge has 19 in 24 matches since joining in January.Boom!

Adios! YNWA
-Z-