Monday, September 16, 2013

Preview Oh Preview: Swansea VS Liverpool

Bang long Gerrard bakal mengemudi The Reds buat kali 
ke-400 malam ini


Dua minggu yang tak bermakna sudah berakhir dan syukur BPL kembali lagi. Liverpool kali ini akan bertandang ke Wales untuk cubaan meraih kemenangan ke 4 dan mengekalkan rekod menang 100%. Manakala Swansea mencari-cari kemenangan kedua musim setelah menang ke atas West Brom 0-2 sebelum ini.

Swansea adalah pasukan yang mampu memegang possesion dengan begitu lama seperti juga Liverpool. Jadi displin dan kesabaran adalah kunci utama bagi Liverpool untuk memecahkan lawan. Perisik Raja Merseyside telah mengenalpasti tiga tunggak utama Swansea iaitu Wilfriend Bony dan Michu. Mesin gol yang diimport dari liga Belanda, Bony setakat ini masih belum diberikan peluang penuh untuk tunjukkan taring sebenar. Kombinasi tinggi lampai Michu-Bony mampu merobek mana-mana pasukan.

Dalam sistem digunakan Swansea, serangan melalui bahagian sayap sangatlah penting. Rangel dan Davies keduanya sangat aggresif untuk membuat overlap, manakala Hernandez dan Routledge kerap membuat larian mengelirukan.Jadi untuk menangkis serangan Swansea, saya cuba-cuba meneka Rodgers akan menurunkan barisan berikut pada malam ini:-

Mignolet
Wisdom Toure Agger Enrique
Gerrard Lucas
Henderson Coutinho Moses
Sturridge/Aspas

Bahagian pertahanan adalah posisi yang paling sukar untuk diduga. Dengan ketiadaan Johnson,Rodgers mungkin menurunkan Wisdom untuk menangkis asakan Hernandez dan Dyer. Enrique mengekalkan posisi bek kiri manakala jika pulih dari kecederaan Toure akan berganding dengan Agger di bahagian tengah. Saya cenderung agar Skrtel tidak diturunkan malam ini kerana khuatir sejarah Skrtel digula-gulakan striker bersaiz gergasi mungkin berulang. Namun tidak mustahil andai Sakho diturunkan kerana agak pelik jika meletakkan pemain bernilai belasan juta di bangku simpanan.

Gerrard dan Lucas berganding di tengah. Coutinho di posisi terbaiknya penggerak serangan manakala Henderson dan Moses di bahagian inside forward. Tenaga dan work rate setiap pemain  untuk mengasak dan turun bawah adalah kunci pasukan mana yang bakal menang malam ini.

Prediction: Swansea 0-2 Liverpool

Adios! YNWA
-Z-

No comments:

Post a Comment